home
Speechs in the year
2003
2002
2001
2000
1999
1998
1997
1996
1995
1994
1993
1992
1991
1990
1989
1989
1988
1987
1986
1985
1984
1983
1982
1981
   
Oleh/By		:	DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD 
Tempat/Venue 	: 	UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, 
			PULAU PINANG 
Tarikh/Date 	: 	03/10/81 
Tajuk/Title  	: 	MERASMIKAN PERHIMPUNAN AGUNG MIC 
			YANG KE-29 




Y.B. Dato Samy Vellu, Presiden MIC, 
Y.B. Senator S. Subramaniam, Timbalan Presiden MIC, 
Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat MIC, 
Dif-dif Kehormat, 
Tuan-tuan dan puan-puan sekelian.

Saya mengucapkan terima kasih kepada YB Dato' Samy Vellu, Presiden MIC dan
juga Jawatankuasa Pusat MIC kerana menjemput saya, sebagai Pengerusi
Barisan Nasional, untuk merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MIC pada hari
ini.

Pada 19hb. September, yang lalu saya telah diberi penghormatan merasmikan
Perhimpunan Agung MCA dan pada hari ini pula sekali lagi saya diberi
penghormatan untuk merasmikan Perhimpunan Agung sebuah lagi parti komponen
Barisan Nasional, iaitu MIC.

2. MIC, seperti MCA, telah menjadi rakan UMNO dalam membentuk gabungan
Perikatan. Kemudian gabungan yang diasaskan oleh UMNO, MCA, dan MIC ini
telah dibesarkan di mana parti-parti politik yang lain telah menyertainya
bersama untuk membentuk Barisan Nasional. Parti MIC telah banyak memberi
sumbangan kepada pembentukan asas-asas Perikatan dan kemudian Barisan
Nasional dan juga kepada Kerajaan. Sumbangan dan kerjasama yang diberi
oleh MIC telah membantu memperkukuhkan coalition Barisan Nasional ini.

3. Di sini elok juga saya terangkan sedikit konsep coalition atau gabungan
saperti yang diamalkan oleh Perikatan dan Barisan Nasional di
Malaysia. Biasanya coalition diadakan selepas pilihanraya kerana tidak ada
parti yang mendapat majoriti yang cukup untuk membentuk Kerajaan. Tetapi
Perikatan dan Barisan Nasional dibentuk sebelum pilihanraya dan pemilihan
calun serta pembentukan strateji dibuat secara satu parti dan bukan
parti-parti yang berasingan. Konsep dan amalan inilah yang telah menjamin
kemenangan gabungan kita di tiap-tiap pilihanraya. Tetapi sungguhpun
Perikatan dan Barisan Nasional bertindak lebih sebagai satu parti dari
parti campuran, kepentingan parti komponen masing-masing masih
terjamin. Dalam keadaan politik di Malaysia kini susunan seumpama ini
adalah yang sebaik-baiknya yang boleh diadakan. Adalah penting bagi
ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional
memahami asas kekuatan Barisan Nasional. Jika asas sebenar Barisan
Nasional ini tidak difahami, maka cabaran terhadap amalan yang sedia ada
ini mungkin dibuat dan cabaran-cabaran ini bukan sahaja akan melemahkan
Parti Barisan Nasional tetapi akan menggugat kedudukan Kerajaan dan
kestabilan negara. Akhirnya mereka yang mencabar dan melemahkan Barisan
Nasional dan Kerajaan Barisan Nasional, akan dengan sendirinya binasa. MIC
sebagai anggota Barisan Nasional dan ahli-ahli MIC, seperti juga
parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain, harus faham asas dan
bentuk Barisan Nasional supaya tidak akan berlaku, secara sedar atau tidak
sedar, tindakan-tindakan yang boleh membawa akibat yang saya telah
terangkan tadi.

4. Sebagai parti yang mewakili sebahagian besar daripada masyarakat India
di negara ini peranan MIC bukan sahaja besar malahan adalah
berat. Masyarakat India di Malaysia, seperti juga masyarakat-masyarakat
yang lain, telah memberi berbagai sumbangan kepada perkembangan sosial,
ekonomi dan politik negara. Dengan adanya kerjasama dan persefahaman di
antara kaum di negara ini kita telah dapat mencapai kemajuan yang begitu
pesat sekali. Kemajuan yang kita capai ini adalah juga hasil sumbangan
rakyat dari segenap lapisan dan pentadbiran kerajaan yang cekap dan
berkesan.

Saudara-saudari sekelian.

5. Pada hemat saya masyarakat India Malaysia, walaupun kecil bilangannya,
telah mencapai kemajuan yang boleh dibanggakan berbanding dengan
masyarakat keturunan India di negara-negara lain. Pada keseluruhannya
pencapaian oleh masyarakat India Malaysia diberbagai bidang, termasuk
bidang ekonomi dan profesyenal bolehlah dikatakan hampir mencapai matlamat
yang dituju. Masyarakat India Malaysia bukan sahaja bekerja di
ladang-ladang besar tetapi juga terdapat di dalam Kerajaan, dalam bidang
perniagaan, kejuruteraan, peguaman dan sebagainya. Malahan beberapa orang
dari masyarakat India Malaysia memegang atau menduduki jawatan-jawatan
yang penting dan besar sama ada dalam Kerajaan atau pun swasta.

6. Parti MIC telah bekerjasama dengan parti-parti lain dalam Barisan
Nasional dalam mewujudkan dasar-dasar dan program-program yang bertujuan
untuk meninggikan lagi taraf hidup rakyat dan meningkatkan pembangunan
negara.

Dasar-dasar ini telah mengambil kira kepentingan semua bangsa di negara
ini. Semua dasar ini juga telah ditimbang dengan teliti dan mendalam dan
telah mendapat persetujuan umum sebelum ianya dilaksanakan. Dalam lain
perkataan dasar-dasar Kerajaan telah diterima oleh sebahagian besar rakyat
Malaysia kerana dasar-dasar ini adalah sesuai untuk masyarakat berbilang
bangsa yang terdapat di negara ini.

Saudara-saudari sekelian.

7. Sepertimana yang telah saya sebutkan beberapa kali dahulu, tidak akan
berlaku perubahan-perubahan besar dalam dasar-dasar asas Kerajaan di bawah
kepimpinan sekarang.

Kalau ada yang bertukar pun hanyalah style atau cara sahaja.

Sepertimana juga yang saya nyatakan, tidak ada sebab mengapa mesti ditukar
dasar-dasar yang telah diterima dan yang berjalan dengan baik. Saya kerap
kali menyebut perkara ini kerana masih lagi terdapat ramalan-ramalan yang
tidak berasas sama sekali yang mengatakan berbagai perubahan dasar akan
berlaku. Ini tidaklah benar. Saya ingin menegaskan bahawa saya akan
meneruskan usaha-usaha dan dasar-dasar yang telah dipelopori oleh
pemimpin-pemimpin negara yang lepas.

Saudara-saudari sekelian.

8. Dasar-dasar Kerajaan, seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pelajaran
Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan, adalah bertujuan juga untuk
mewujudkan perpaduan yang lebih lagi di kalangan masyarakat
Malaysia. Dasar-dasar yang sedang dilaksanakan ini telah pun kita
persetujui bersama. Yang penting bukanlah lagi pembentukan dasar baru yang
dikatakan lebih sesuai tetapi mengamalkan dasar yang sedia ada dengan cara
yang saksama dan mengikut matlamat yang telah ditentukan. Memang benar ada
kadangkala berlaku beberapa kelemahan, di sana sini, di dalam
pelaksanaan. Ini memang patut ditegur dan sekiranya didapati ada kelemahan
di dalam pelaksanaan sesuatu rancangan itu, tindakan segera hendaklah
diambil untuk membetulkannya.

9. Walau bagaimanapun kita mestilah sedar bahawa oleh kerana dasar-dasar
ini telah kita terima apa juga teguran-teguran yang hendak dikemukakan
seharusnyalah mengenai soal-soal pelaksanaan sahaja. Teguran-teguran yang
berasas dan membina akan diberi pertimbangan yang sewajarnya. Tetapi kita
tidak patut membangkit atau menyoal prinsip-prinsip dasar-dasar yang telah
dipersetujui itu.

Apa yang sudah dipersetujui mestilah dihormati. Kerajaan boleh memperbaiki
interpretasi dan cara pelaksanaan sahaja.

Kerajaan tidak akan mengubah dengan sewenang-wenangnya.

Dasar-dasar asas yang telah diterima bersama. Semua pihak mestilah
menerima hakikat ini khususnya parti-parti komponen Barisan Nasional.

10. Saya sedar tentang beberapa perkara yang tidak disenangi oleh MIC dari
segi pelaksanaan dasar.

Perkara-perkara ini telah disebutkan oleh YB Presiden MIC tadi. Kerajaan
berhasrat membetulkan pelaksanaan ini.

Tetapi dalam perkara ini masalah yang timbul ialah kekeliruan di antara
kaum keturunan India dengan kaum keturunan Tamil dari Ceylon. Kerajaan
tidak dapat mengambil dari kaum keturunan Ceylon untuk diberi kepada kaum
keturunan India. Perkara ini hendaklah diselesaikan oleh kedua-dua pihak
sendiri. Keduanya ialah tentang minat kaum keturunan India sendiri. Adalah
penting mereka bukan sahaja membuat teguran tetapi beberapa kelemahan dan
sikap di kalangan mereka dibetulkan supaya identiti mereka di Malaysia ini
tidak boleh dipersoalkan. They should remember always that they are not
just Indians but they are Malaysian Indians; the descendants of people
from the Indian sub-continent who have settled here and have acknowledged
Malaysia as their home and focus of loyalty.

11. Teguran yang saya buat ini adalah sama dengan teguran-teguran yang
telah saya buat kepada kaum-kaum lain termasuk orang-orang
Melayu. Tujuannya ialah supaya kita tidak sahaja memandang kepada orang
lain untuk membetulkan diri tetapi juga kepada diri kita sendiri. Saya
berbangga dengan tindakan-tindakan yang telah diambil oleh MIC untuk
menjayakan kaum keturunan India, seperti disebut oleh saudara Presiden MIC
tadi. Tetapi masih banyak yang perlu diperbetul dan diperbuat oleh MIC dan
kaum keturunan India untuk mendapat faedah yang sepenuhnya dari
pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Selain daripada itu janganlah sesiapa dari
apa kaum juga membuat apa-apa jua yang boleh menimbul keraguan tentang
fokus taat setia mereka. Perbuatan seperti itu tidak memudahkan Kerajaan
untuk menolong mereka atau menolong mententeramkan suasana politik di
negara ini.

Saudara-saudari sekelian.

12. Kemajuan dan pembangunan yang kita capai ini adalah kerana kita berada
dalam keadaan aman dan kerana adanya perpaduan di antara penduduk-penduduk
di negara ini.

Perpaduan adalah faktor yang sangat penting terutama sekali dalam negara
yang mempunyai penduduk berbilang bangsa. Bagi negara kita Malaysia
perpaduan kebangsaan adalah faktor utama dan segala usaha-usaha kita
adalah bertujuan untuk memperkukuhkan lagi perpaduan ini. Tanpa perpaduan
yang tulin kita tidak dapat mencapai matlamat-matlamat yang telah kita
tetapkan. Perpaduan yang terdapat sekarang ini telah dipupuk sejak begitu
lama dan kita mistilah berusaha supaya perpaduan ini tidak diganggu dan
diancam. Dalam hal ini kita semua terutama sekali parti-parti komponen
dalam Barisan Nasional mistilah sentiasa berhati-hati khususnya apabila
membuat cadangan atau pun permintaan supaya tindakan tersebut tidak
menimbulkan sebarang keraguan atau salah faham yang boleh menjejaskan
perpaduan. Walau bagaimanapun saya yakin bahawa dengan kepimpinan yang
bijak dan kematangan politik parti-parti komponen Barisan Nasional,
tindakan seumpama ini tidak akan berlaku.

13. Kita juga bersyukur bahawa keselamatan negara kita adalah
terpelihara. Sayugia diingatkan bahawa keselamatan negara bukanlah
tanggongjawab pihak berkuasa atau pasukan keselamatan sahaja tetapi adalah
tanggongjawab kita bersama.

Setiap rakyat mempunyai peranan masing-masing bagi menjaga keselamatan dan
ketenteraman negara. Kita mistilah juga berhati-hati kerana masih lagi
terdapat golongan-golongan yang cuba mengancam ketenteraman dan
kesetabilan negara kita. Golongan-golongan ini adalah kecil tetapi kita
hendaklah sentiasa berwaspada terhadap kegiatan-kegiatan mereka.

Saudara-saudari sekelian.

14. Pada tahun ini, nampaknya pemilihan dalam MIC berjalan tanpa
pertandingan yang heboh dan hebat. Ada lagi pemilihan yang belum selesai
dan saya harap ini juga akan berjalan dengan licin dan teratur.

15. Perhimpunan ini akan membincangkan berbagai-bagai perkara. Saya harap
apa jua perkara yang akan dibangkitkan akan dibincang dengan penuh
tanggongjawab dan keputusan yang dibuat kelak bukan sahaja akan memberi
munafaat kepada MIC tetapi juga kepada negara.

16. Dengan kata-kata ini saya dengan sukacitanya merasmikan pembukaan
Perhimpunan Agung MIC yang ke-29 ini.

Terima kasih.


---
Y.B. Dato Samy Vellu,
Presiden MIC,
Y.B. Senator S. Subramaniam,
Timbalan Presiden MIC,
Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat MIC,
Dif-dif Kehormat,
Tuan-tuan dan puan-puan sekelian.
    Saya  mengucapkan  terima  kasih  kepada  YB Dato' Samy
Vellu, Presiden MIC dan juga Jawatankuasa Pusat  MIC  kerana
menjemput  saya,  sebagai  Pengerusi Barisan Nasional, untuk
merasmikan Perhimpunan Agung  Tahunan  MIC  pada  hari  ini.
Pada   19hb.   September,   yang   lalu  saya  telah  diberi
penghormatan merasmikan Perhimpunan Agung MCA dan pada  hari
ini   pula   sekali  lagi  saya  diberi  penghormatan  untuk
merasmikan Perhimpunan  Agung  sebuah  lagi  parti  komponen
Barisan Nasional, iaitu MIC.
2.   MIC,  seperti  MCA,  telah  menjadi  rakan  UMNO  dalam
membentuk  gabungan  Perikatan.    Kemudian  gabungan   yang
diasaskan  oleh  UMNO,  MCA, dan MIC ini telah dibesarkan di
mana  parti-parti  politik  yang  lain  telah   menyertainya
bersama  untuk  membentuk Barisan Nasional.  Parti MIC telah
banyak  memberi  sumbangan  kepada   pembentukan   asas-asas
Perikatan  dan  kemudian  Barisan  Nasional  dan juga kepada
Kerajaan.   Sumbangan dan kerjasama  yang  diberi  oleh  MIC
telah  membantu  memperkukuhkan  coalition  Barisan Nasional
ini.
3.   Di  sini  elok  juga  saya  terangkan  sedikit   konsep
coalition   atau   gabungan   saperti  yang  diamalkan  oleh
Perikatan  dan  Barisan  Nasional  di  Malaysia.    Biasanya
coalition  diadakan  selepas  pilihanraya  kerana  tidak ada
parti yang mendapat  majoriti  yang  cukup  untuk  membentuk
Kerajaan.    Tetapi  Perikatan dan Barisan Nasional dibentuk
sebelum pilihanraya dan pemilihan  calun  serta  pembentukan
strateji dibuat secara satu parti dan bukan parti-parti yang
berasingan.    Konsep  dan amalan inilah yang telah menjamin
kemenangan gabungan kita di tiap-tiap pilihanraya.    Tetapi
sungguhpun  Perikatan  dan  Barisan Nasional bertindak lebih
sebagai satu parti dari parti  campuran,  kepentingan  parti
komponen   masing-masing  masih  terjamin.    Dalam  keadaan
politik di Malaysia kini susunan seumpama  ini  adalah  yang
sebaik-baiknya  yang  boleh  diadakan.   Adalah penting bagi
ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin parti-parti komponen Barisan
Nasional memahami asas kekuatan Barisan Nasional.  Jika asas
sebenar Barisan Nasional ini tidak  difahami,  maka  cabaran
terhadap  amalan  yang  sedia  ada  ini  mungkin  dibuat dan
cabaran-cabaran  ini  bukan  sahaja  akan  melemahkan  Parti
Barisan  Nasional  tetapi  akan menggugat kedudukan Kerajaan
dan kestabilan negara.   Akhirnya mereka yang  mencabar  dan
melemahkan  Barisan  Nasional dan Kerajaan Barisan Nasional,
akan dengan sendirinya binasa.  MIC sebagai anggota  Barisan
Nasional   dan   ahli-ahli  MIC,  seperti  juga  parti-parti
komponen Barisan Nasional yang lain, harus  faham  asas  dan
bentuk  Barisan  Nasional  supaya tidak akan berlaku, secara
sedar atau tidak sedar, tindakan-tindakan yang boleh membawa
akibat yang saya telah terangkan tadi.
4.   Sebagai parti yang mewakili sebahagian  besar  daripada
masyarakat  India  di  negara  ini  peranan MIC bukan sahaja
besar malahan adalah berat.  Masyarakat India  di  Malaysia,
seperti  juga masyarakat-masyarakat yang lain, telah memberi
berbagai sumbangan kepada perkembangan sosial,  ekonomi  dan
politik negara.  Dengan adanya kerjasama dan persefahaman di
antara kaum di negara ini kita telah dapat mencapai kemajuan
yang  begitu  pesat  sekali.    Kemajuan yang kita capai ini
adalah juga hasil sumbangan rakyat dari segenap lapisan  dan
pentadbiran kerajaan yang cekap dan berkesan.
Saudara-saudari sekelian.
5.   Pada  hemat  saya  masyarakat  India Malaysia, walaupun
kecil  bilangannya,  telah  mencapai  kemajuan  yang   boleh
dibanggakan  berbanding dengan masyarakat keturunan India di
negara-negara lain.   Pada  keseluruhannya  pencapaian  oleh
masyarakat India Malaysia diberbagai bidang, termasuk bidang
ekonomi  dan  profesyenal bolehlah dikatakan hampir mencapai
matlamat yang  dituju.    Masyarakat  India  Malaysia  bukan
sahaja  bekerja  di ladang-ladang besar tetapi juga terdapat
di dalam Kerajaan, dalam  bidang  perniagaan,  kejuruteraan,
peguaman  dan  sebagainya.    Malahan  beberapa  orang  dari
masyarakat   India   Malaysia   memegang   atau    menduduki
jawatan-jawatan  yang  penting  dan  besar  sama  ada  dalam
Kerajaan atau pun swasta.
6.   Parti MIC telah  bekerjasama  dengan  parti-parti  lain
dalam  Barisan  Nasional  dalam  mewujudkan  dasar-dasar dan
program-program yang bertujuan untuk meninggikan lagi  taraf
hidup    rakyat   dan   meningkatkan   pembangunan   negara.
Dasar-dasar  ini  telah  mengambil  kira  kepentingan  semua
bangsa  di negara ini.  Semua dasar ini juga telah ditimbang
dengan teliti dan mendalam dan  telah  mendapat  persetujuan
umum  sebelum  ianya  dilaksanakan.    Dalam  lain perkataan
dasar-dasar Kerajaan telah diterima  oleh  sebahagian  besar
rakyat  Malaysia  kerana dasar-dasar ini adalah sesuai untuk
masyarakat berbilang bangsa yang terdapat di negara ini.
Saudara-saudari sekelian.
7.   Sepertimana yang  telah  saya  sebutkan  beberapa  kali
dahulu,  tidak  akan berlaku perubahan-perubahan besar dalam
dasar-dasar asas  Kerajaan  di  bawah  kepimpinan  sekarang.
Kalau ada yang bertukar pun hanyalah style atau cara sahaja.
Sepertimana juga yang saya nyatakan, tidak ada sebab mengapa
mesti  ditukar  dasar-dasar  yang  telah  diterima  dan yang
berjalan dengan baik.  Saya kerap kali menyebut perkara  ini
kerana   masih  lagi  terdapat  ramalan-ramalan  yang  tidak
berasas sama sekali yang mengatakan berbagai perubahan dasar
akan berlaku.  Ini tidaklah benar.   Saya  ingin  menegaskan
bahawa saya akan meneruskan usaha-usaha dan dasar-dasar yang
telah dipelopori oleh pemimpin-pemimpin negara yang lepas.
Saudara-saudari sekelian.
8.   Dasar-dasar Kerajaan, seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar
Pelajaran Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan, adalah
bertujuan juga untuk mewujudkan perpaduan yang lebih lagi di
kalangan  masyarakat  Malaysia.    Dasar-dasar  yang  sedang
dilaksanakan ini telah pun kita persetujui  bersama.    Yang
penting  bukanlah lagi pembentukan dasar baru yang dikatakan
lebih sesuai tetapi mengamalkan dasar yang sedia ada  dengan
cara   yang   saksama   dan  mengikut  matlamat  yang  telah
ditentukan.  Memang benar ada  kadangkala  berlaku  beberapa
kelemahan,  di  sana sini, di dalam pelaksanaan.  Ini memang
patut ditegur dan sekiranya didapati ada kelemahan di  dalam
pelaksanaan sesuatu rancangan itu, tindakan segera hendaklah
diambil untuk membetulkannya.
9.   Walau  bagaimanapun  kita  mestilah  sedar  bahawa oleh
kerana  dasar-dasar  ini  telah   kita   terima   apa   juga
teguran-teguran   yang   hendak   dikemukakan  seharusnyalah
mengenai soal-soal pelaksanaan sahaja.  Teguran-teguran yang
berasas  dan   membina   akan   diberi   pertimbangan   yang
sewajarnya.  Tetapi kita tidak patut membangkit atau menyoal
prinsip-prinsip  dasar-dasar  yang  telah  dipersetujui itu.
Apa yang sudah dipersetujui mestilah  dihormati.    Kerajaan
boleh  memperbaiki interpretasi dan cara pelaksanaan sahaja.
Kerajaan  tidak  akan  mengubah  dengan  sewenang-wenangnya.
Dasar-dasar  asas  yang telah diterima bersama.  Semua pihak
mestilah menerima hakikat ini khususnya parti-parti komponen
Barisan Nasional.
10.  Saya  sedar  tentang  beberapa   perkara   yang   tidak
disenangi    oleh   MIC   dari   segi   pelaksanaan   dasar.
Perkara-perkara ini telah disebutkan oleh  YB  Presiden  MIC
tadi.    Kerajaan  berhasrat  membetulkan  pelaksanaan  ini.
Tetapi  dalam  perkara  ini  masalah   yang   timbul   ialah
kekeliruan  di  antara  kaum  keturunan  India  dengan  kaum
keturunan Tamil dari Ceylon.  Kerajaan tidak dapat mengambil
dari  kaum  keturunan  Ceylon  untuk  diberi   kepada   kaum
keturunan  India.    Perkara ini hendaklah diselesaikan oleh
kedua-dua pihak sendiri.  Keduanya ialah tentang minat  kaum
keturunan India sendiri.  Adalah penting mereka bukan sahaja
membuat  teguran  tetapi  beberapa  kelemahan  dan  sikap di
kalangan  mereka  dibetulkan  supaya  identiti   mereka   di
Malaysia  ini tidak boleh dipersoalkan. They should remember
always that they are not just Indians but they are Malaysian
Indians;  the  descendants  of  people   from   the   Indian
sub-continent  who  have  settled here and have acknowledged
Malaysia as their home and focus of loyalty.
11.  Teguran  yang  saya  buat  ini   adalah   sama   dengan
teguran-teguran  yang  telah saya buat kepada kaum-kaum lain
termasuk orang-orang Melayu.   Tujuannya ialah  supaya  kita
tidak  sahaja  memandang kepada orang lain untuk membetulkan
diri tetapi juga kepada diri kita sendiri.   Saya  berbangga
dengan  tindakan-tindakan  yang telah diambil oleh MIC untuk
menjayakan  kaum  keturunan  India,  seperti  disebut   oleh
saudara  Presiden  MIC tadi.  Tetapi masih banyak yang perlu
diperbetul dan diperbuat oleh MIC dan kaum  keturunan  India
untuk mendapat faedah yang sepenuhnya dari pelaksanaan Dasar
Ekonomi  Baru.    Selain daripada itu janganlah sesiapa dari
apa kaum juga   membuat  apa-apa  jua  yang  boleh  menimbul
keraguan tentang fokus taat setia mereka.  Perbuatan seperti
itu  tidak  memudahkan  Kerajaan  untuk menolong mereka atau
menolong mententeramkan suasana politik di negara ini.
Saudara-saudari sekelian.
12.  Kemajuan dan pembangunan yang  kita  capai  ini  adalah
kerana  kita  berada  dalam  keadaan  aman dan kerana adanya
perpaduan  di  antara  penduduk-penduduk  di   negara   ini.
Perpaduan  adalah faktor yang sangat penting terutama sekali
dalam negara yang mempunyai penduduk berbilang bangsa.  Bagi
negara kita  Malaysia  perpaduan  kebangsaan  adalah  faktor
utama  dan  segala  usaha-usaha  kita adalah bertujuan untuk
memperkukuhkan lagi  perpaduan  ini.  Tanpa  perpaduan  yang
tulin kita tidak dapat mencapai matlamat-matlamat yang telah
kita  tetapkan.   Perpaduan yang terdapat sekarang ini telah
dipupuk sejak begitu lama dan kita mistilah berusaha  supaya
perpaduan  ini  tidak  diganggu dan diancam.   Dalam hal ini
kita  semua  terutama  sekali  parti-parti  komponen   dalam
Barisan  Nasional  mistilah  sentiasa berhati-hati khususnya
apabila membuat cadangan atau pun permintaan supaya tindakan
tersebut tidak  menimbulkan  sebarang  keraguan  atau  salah
faham  yang boleh menjejaskan perpaduan.  Walau bagaimanapun
saya  yakin  bahawa  dengan  kepimpinan   yang   bijak   dan
kematangan  politik  parti-parti  komponen Barisan Nasional,
tindakan seumpama ini tidak akan berlaku.
13.  Kita juga  bersyukur  bahawa  keselamatan  negara  kita
adalah  terpelihara.  Sayugia  diingatkan bahawa keselamatan
negara bukanlah tanggongjawab pihak  berkuasa  atau  pasukan
keselamatan sahaja tetapi adalah tanggongjawab kita bersama.
Setiap  rakyat  mempunyai peranan masing-masing bagi menjaga
keselamatan dan ketenteraman negara.    Kita  mistilah  juga
berhati-hati  kerana  masih  lagi terdapat golongan-golongan
yang cuba  mengancam  ketenteraman  dan  kesetabilan  negara
kita.    Golongan-golongan  ini  adalah  kecil  tetapi  kita
hendaklah  sentiasa  berwaspada  terhadap  kegiatan-kegiatan
mereka.
Saudara-saudari sekelian.
14.  Pada  tahun ini, nampaknya pemilihan dalam MIC berjalan
tanpa pertandingan yang heboh dan hebat.  Ada lagi pemilihan
yang belum selesai dan saya harap  ini  juga  akan  berjalan
dengan licin dan teratur.
15.  Perhimpunan   ini   akan  membincangkan  berbagai-bagai
perkara.  Saya harap apa jua perkara yang akan  dibangkitkan
akan dibincang dengan penuh tanggongjawab dan keputusan yang
dibuat  kelak  bukan sahaja akan memberi munafaat kepada MIC
tetapi juga kepada negara.
16.  Dengan kata-kata ini saya dengan sukacitanya merasmikan
pembukaan Perhimpunan Agung MIC yang ke-29 ini.
     Terima kasih.

 


 


 











 
Google