home Speechs in the year 2003 2002 2001 2000 1999 1998 1997 1996 1995 1994 1993 1992 1991 1990 1989 1989 1988 1987 1986 1985 1984 1983 1982 1981 |
Oleh/By : DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD Tempat/Venue : TINGKAT 13, BANGUNAN BANK NEGARA MALAYSIA Tarikh/Date : 13/11/81 Tajuk/Title : MAJLIS PENYAMPAIAN DUIT-DUIT SYILING PERINGATAN RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT KEPADA YANG AMAT BERBAHAGIA TUN HUSSEIN ONN Yang Amat Berbahagia Tun Hussein Onn, Yang Berbahagia Dato' Abdul Aziz bin Haji Taha, Gabenor, Bank Negara Malaysia, dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah, Dif-dif Kehormat, Tuan-tuan sekelian. Saya merasa gembira pada hari ini kerana diberi satu tugas yang istimewa, iaitu tugas untuk menyampaikan satu set duit-duit syiling peringatan Rancangan Malaysia Keempat kepada Yang Amat Berbahagia Tun Hussein Onn. 2. Seperti kita sedia maklum, Rancangan Malaysia Keempat ini telah dilancarkan pada bulan Mac yang lalu oleh Yang Amat Berbahagia Tun Hussein Onn yang pada masa itu menjadi Perdana Menteri Malaysia. 3. Duit-duit syiling peringatan Rancangan Malaysia Keempat ini telah diluluskan oleh Kerajaan Malaysia untuk memperingati pelancaran Rancangan Malaysia Keempat dan sebagai merakamkan penghormatan yang berkekalan kepada Yang Amat Berbahagia Tun Hussein Onn. Sebagai menghargai sumbangan Yang Amat Berbahagia Tun yang gigih dan dedikasi ke arah pencapaian hasrat Kerajaan untuk meningkat perpaduan nasional dan pembangunan negara, potret Yang Amat Berbahagia Tun sendiri telah menghiasi duit-duit syiling khas ini. 4. Sekarang, sebagai tanda penghargaan yang tinggi Kerajaan Malaysia kepada Yang Amat Berbahagia Tun Hussein Onn di atas jasa-jasa beliau kepada negara dan rakyat Malaysia, saya bagi pihak Kerajaan Malaysia, dengan gembiranya menyampaikan satu set duit-duit syiling peringatan Rancangan Malaysia Keempat kepada Yang Amat Berbahagia Tun Hussein Onn. |