home
Speechs in the year
2003
2002
2001
2000
1999
1998
1997
1996
1995
1994
1993
1992
1991
1990
1989
1989
1988
1987
1986
1985
1984
1983
1982
1981
   
Oleh/By		:	DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD 
Tempat/Venue 	: 	SABAH 
Tarikh/Date 	: 	16/11/81 
Tajuk/Title  	: 	MERASMIKAN SYARIKAT KERJASAMA 
			PENGGUNA-PENGGUNA PERKHIDMATAN 
			AWAM BERHAD 




1. Terima kasih kepada ahli-ahli Syarikat Kerjasama ini kerana sudi
menjemput YAB untuk merasmikan Syarikat tersebut. Gembira dapat bersama
hadirin di majlis yang meriah tersebut.

2. Dalam usaha-usaha Kerajaan untuk meninggikan taraf ekonomi rakyat
Kerajaan menggalakkan penubuhan koperasi-koperasi kerana ia dapat melatih
ahli-ahli berjimat di samping mendedahkan mereka kepada bidang perniagaan.

Koperasi-koperasi yang berjaya adalah yang mempunyai pengurusan
pentadbiran dan kewangan yang cekap.

3. Walau bagaimanapun pengurusan kewangan yang cekap sahaja tidak
mencukupi. Tidak kurang pentingnya ialah menambah bilangan ahli koperasi
yang aktif yang benar-benar menaruh minat dalam kegiatan koperasi dan
sentiasa memberi sumbangan positif kepada kemajuan usaha ini.

4. Koperasi sebagai satu badan perniagaan yang bertanggungjawab kepada
ahli-ahlinya, iaitu pengguna-pengguna, memainkan peranan penting dengan
memberi perlindungan kepada ahli-ahlinya dari segi mengawasi harga-harga
barang keperluan harian. Dengan cara ini kegiatan tidak sihat
setengah-setengah para peniaga yang sentiasa mencari jalan untuk menaikkan
harga barang-barang dapat dikawal.

5. Syarikat Kerjasama juga boleh membantu ke arah mengurangkan kegiatan
orang-orang tengah dengan cara membeli terus daripada
pengilang-pengilang. Ini adalah lebih murah dan menjimatkan. Penjimatan
harga ini dapat dinikmati oleh ahli-ahli apabila koperasi menurunkan harga
barang-barang jualan. Ini merupakan satu sumbangan positif
syarikat-syarikat kerjasama kepada perkembangan ekonomi negara dengan
membantu membendung inflasi. Kejayaan ekonomi yang telah kita capai
sehingga hari ini sudah tentu tidak akan memberi apa-apa makna jika
inflasi tidak dikawal.

6. Kakitangan-kakitangan Kerajaan di negara ini memang telah banyak
memberi sumbangan kepada negara dan telah memberi khidmat yang baik. Walau
bagaimanapun saya percaya kakitangan Kerajaan mempunyai kebolehan untuk
meninggikan pengeluaran kita. Dengan bertambahnya daya pengeluaran akan
tercapai tahap kemajuan yang lebih tinggi lagi.

7. Kita mestilah berbangga dengan kerja yang kita lakukan.

Kita hendaklah mempunyai sikap bahawa kita bekerja bukanlah semata-mata
untuk mendapat gaji tetapi dengan tujuan yang lebih besar dan murni, iaitu
untuk berbakti kepada masyarakat dan negara.

 



 


 











 
Google