home Speechs in the year 2003 2002 2001 2000 1999 1998 1997 1996 1995 1994 1993 1992 1991 1990 1989 1989 1988 1987 1986 1985 1984 1983 1982 1981 |
Oleh/By : DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD Tempat/Venue : KEDIAMAN T.Y.T. GABNOR PULAU PINANG Tarikh/Date : 20/11/81 Tajuk/Title : MAJLIS JAMUAN TEH RAKYAT, 1. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pulau pinang kerana meraikan saya dan isteri saya dengan mengadakan majlis ini. 2. Ini merupakan lawatan pertama saya ke Pulau Pinang setelah memegang jawatan Perdana Menteri. Di atas sambutan yang diberikan kepada saya dan rombongan, saya ucapkan terima kasih. 3. Pembangunan yang dilaksanakan adalah untuk faedah, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya. 4. Pulau Pinang adalah salah sebuah negeri yang maju di dalam bidang perindustrian sesuai dengan penekanan kepada industri berat dan industri teknoloji yang tinggi di dalam Rancangan Malaysia Keempat. 5. Pembangunan dalam konteks Malaysia adalah untuk kemajuan dan faedah semua rakyat. Kaum bumiputera adalah golongan yang tertinggal jauh ke belakang di dalam bidang ekonomi. Ini jelas sekali berlaku di negeri ini. Saya yakin, usaha-usaha oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri seterusnya akan memberi keutamaan kepada langkah-langkah mengatasi masalah ini. 6. Setiap rakyat mestilah berusaha dan terus berusaha untuk memperbaiki nasib dan taraf hidupnya. 7. Setiap rakyat mestilah cuba melupakan aspek perbezaan di kalangan mereka dan melihat ke arah persamaan. Ini adalah asas keharmonian dan perpaduan. |