home
Speechs in the year
2003
2002
2001
2000
1999
1998
1997
1996
1995
1994
1993
1992
1991
1990
1989
1989
1988
1987
1986
1985
1984
1983
1982
1981
   
Oleh/By		:	DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD 
Tempat/Venue 	: 	WISMA PUTRA, KUALA LUMPUR 
Tarikh/Date 	: 	15/12/81 
Tajuk/Title  	: 	LATAR BELAKANG PERSIDANGAN KETUA-
			KETUA PERWAKILAN MALAYSIA DI 
			SEBERANG LAUT 




Seperti yang telah diluluskan oleh YAB Dato' Seri Perdana Menteri,
Persidangan Ketua-Ketua Perwakilan Malaysia di seberang laut akan
dilangsungkan di Bilik Triti, Wisma Putramulai dari 15hb. Disember hingga
23hb. Disember, 1981.

2. Sejak tahun-tahun enam puluhan persidangan-persidangan seumpama ini
telah diadakan dari masa kesemasa bila keadaan memerlukan untuk menerang
dan membincangkan perkara-perkara penting yang timbul disatu-satu masa
tersebut. Namun demikian persidangan-persidangan di masa-masa yang lepas
hanya melibatkan sebahagian dari Ketua-Ketua Perwakilan kita
sahaja. Persidangan yang akan diadakan ini merupakan yang pertama kali
yang melibatkan kesemua Ketua Perwakilan.

3. Persidangan Ketua-Ketua Perwakilan yang pertama telah diadakan dalam
bulan March 1964 di Kuala Lumpur, dihadiri oleh Ketua-Ketua Perwakilan
kita di Asia dan Pacifik dan Wakil Tetap di Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu.

Persidangan 'tergempar' itu bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara
yang berkaitan dengan "konfrantasi" antara Malaysia dengan Indonesia,
dalam proses untuk mencapai satu dasar dan strateji negara dalam
menghadapi ancaman 'konfrantasi'.

4. Persidangan Ketua-Ketua Perwakilan yang kedua telah diadakan dalam
bulan Julai 1967 di London yang telah dibuka dan di Pengerusikan oleh YTM
Perdana Menteri. Persidangan ini hanya tertumpu kepada Ketua-Ketua
Perwakilan kita di Eropah dan isu-isu penting yang dibincangkan ialah
berkenaan dengan bantuan ekonomi dari negara-negara Eropah untuk
pembangunan negara, peranan EEC dan N.A.T.O.

Persidangan-persidangan ini telah mengambil kesempatan beradanya YTM
Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Luar Negeri di London untuk
menghadiri Persidangan Menteri-Menteri Komanwel dan membincangkan tentang
soal-soal pertahanan dengan Kerajaan British.

5. Persidangan yang ketiga telah juga diadakan di London dalam bulan Julai
1968 yang juga telah dibuka dan dipengerusikan oleh YTM Perdana
Menteri. Persidangan ini yang melibatkan Ketua-Ketua Perwakilan di Benua
Eropah sahaja telah menumpukan perhatian atas perkara-perkara Perhubungan
Malaysia dengan Persatuan Ekonomi Eropah dan implikasi kemasukan British
dalam EEC ke atas Malaysia dan bantuan Pembangunan (Development
Aid) kepada Malaysia.

6. Persidangan yang keempat telah diadakan di Kuala Lumpur dalam bulan
Julai 1969 yang melibatkan Ketua-Ketua Perwakilan kita di Wilayah Asia dan
Pacific. Persidangan yang telah dibuka oleh YAB Perdana Menteri/Menteri
Luar Negeri, telah menumpukan perhatian atas perkara-perkara penting yang
telah timbul di masa itu seperti soal-soal keselamatan serantau dengan
penekanan atas dasar keselamatan dan pertahanan Malaysia, perbincangan
juga menumpukan perhatian atas soal tuntutan Filipina atas Sabah,
soal-soal tentang kerjasama serantau terutama dalam lapangan ekonomi.

7. Persidangan yang kelima telah diadakan dalam bulan April 1971 bertempat
di Perwakilan kita di London dan persidangan ini telah dihadiri oleh
Ketua-Ketua Perwakilan kita dari Benua Eropah dan Amerika
Utara. Persidangan ini telah menumpukan perhatian kepada isu perhubungan
bilateral di antara Malaysia dengan negara-negara di Benua Eropah dan
Amerika. Ketua-Ketua Perwakilan telah membincangkan pendirian dan
perubahan-perubahan dasar negara-negara tersebut terhadap Malaysia dan
seterusnya Ketua-Ketua Perwakilan tersebut telah diberi taklimat mengenai
soal-soal keselamatan dan pertahanan serantau dan dasar ekonomi negara.

8. Persidangan yang keenam telah diadakan pada bulan Mei 1973 di Kuala
Lumpur yang telah dihadiri oleh Ketua-Ketua Perwakilan kita di Wilayah
Asia Tenggara. Persidangan ini telah menumpukan perhatian kepada
pergolakan politik dan ekonomi di wilayah ini dan juga antarabangsa, untuk
mengkaji semula perhubungan Malaysia dengan negara-negara di rantau ini,
dan untuk memberi peluang kepada Ketua-Ketua Perwakilan mendapat maklumat
lengkap tentang pembangunan negara.

9. Persidangan Ketua-Ketua Perwakilan yang ketujuh telah diadakan di
London pada bulan Oktober 1976 yang telah melibatkan Ketua-Ketua
Perwakilan di Paris, London, Rome, Bonn, Brussels dan Hague. Dalam
persidangan ini perkara-perkara yang telah dibincangkan termasuklah
reaksi-reaksi negara-negara Eropah terhadap undang-undang kita yang telah
diluluskan seperti "Petroleum Act" dan "Industrial Coordination
Act". Perbincangan juga tertumpu pada sikap negara-negara Eropah ke atas
bantuan dan pelaburan ke Malaysia dalam konteks Rancangan Malaysia Ketiga
dan pendirian negara-negara Eropah ke atas persidangan kerjasama ekonomi
antara bangsa yang telah diadakan di Paris (Paris Conference on
International Economic Corporation) terutama sekali perkara-perkara yang
menyentuh soal "Finance Development Aid" dan masalah-masalah
"commodities." Di samping itu Ketua-Ketua Perwakilan juga telah memberi
taklimat balas tentang reaksi-reaksi negara-negara Eropah ke atas
lapuran-lapuran akhbar mengenai keadaan keselamatan dalam Malaysia akibat
kejadian 13 Mei 1969.

10. Persidangan yang kelapan telah diadakan dalam tahun 1977 di Kuala
Lumpur dimana kita telah memanggil balik Ketua-ketua Perwakilan dari
negara Asia Pasifik dan Timur Tengah. Persidangan ini menumpukan perhatian
kepada isu-isu perhubungan bilateral di antara Malaysia dengan
negara-negara dimana mereka ditauliahkan dan juga tentang perkara-perkara
keselamatan dan dasar luar negeri kita pada keseluruhannya.

11. Persidangan yang ke sembilan telah diadakan di Paris dalam bulan
Disember 1980 bagi Ketua-Ketua Perwakilan kita di negara-negara Eropah dan
Amerika. Persidangan di Paris ini telah menumpukan perhatian kepada
soal-soal keselamatan dalam negeri dan serantau, soal Kampuchea, dan
perkara-perkara yang berkaitan dengan bantuan-bantuan yang boleh
diperolehi dari negara-negara ini dalam konteks Rancangan Malaysia
Keempat.

12. Seperti yang dimaklumkan persidangan-persidangan di masa-masa yang
lepas telah melibatkan hanya sebahagian sahaja dari jumlah Ketua-Ketua
Perwakilan. Persidangan yang akan datang ini merupakan yang pertama kali
ianya melibatkan kesemua Ketua-Ketua Perwakilan. Persidangan ini adalah
dirasakan paling tepat pada masanya, memandangkan kepada berbagai
perkembangan di dalam dan di luar negeri dan adalah penting perkembangan
terbaru ini dapat difahami sepenuhnya supaya pemikiran dan pendirian
Kerajaan dapat dicerminkan dengan tepat dan sepenuhnya.

13. Persidangan yang akan diadakan ini akan tertumpu kepada
perkara-perkara seperti berikut:- 
(1) Garis panduan dasar luar negeri.

(2) Taklimat atas Dasar Ekonomi Baru, Rancangan Malaysia Keempat dan
perkembangan perdagangan dan pelaburan.

(3) Politik kuasa-kuasa besar (4) Perhubungan Timur-Barat (5) Asia Barat
dan peranan politik di rantau itu dalam tahun-tahun lapan puluhan dan
selepasnya.

(6) Potensi kerjasama dan konflik di rantau Asia Pasifik.

(7) Masalah-masalah yang berkaitan dengan keselamatan negara dan
keselamatan serantau.

(8) ASEAN sebagai satu faktor stabilisasi di Asia Tenggara.

14. Di samping taklimat-taklimat dan perbincangan tentang perkara-perkara
di atas Ketua-Ketua Perwakilan juga akan diberi peluang untuk meyaksikan
masalah-masalah yang berkaitan dengan orang-orang pelarian Kampuchea dan
juga mendapat taklimat dari Menteri Luar Negeri Thai atas masalah-masalah
yang berkaitan dengan Kampuchea dan Vietnam.

 



 


 











 
Google