Oleh/By : DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Tempat/Venue : MUZIUM NEGARA
Tarikh/Date : 31/03/82
Tajuk/Title : MAJLIS PERASMIAN PAMERAN
"MALAYSIA KESAYANGANKU"
Yang Berhormat Dato' Mokhtar bin Hashim, Menteri Kebudayaan, Belia dan
Sukan Malaysia; Yang Berhormat Menteri-Menteri; Yang Berbahagia Dato'
Shahrum bin Yub, Ketua Pengarah Jabatan Muzium; Dif-Dif
Kehormat; Tuan-tuan dan puan-puan sekelian.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi tahniah kepada
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang mengambil daya-usaha untuk
menganjurkan pameran "Malaysia Kesayanganku" ini, dan di atas penghormatan
yang diberikan kepada saya untuk merasmikannya, saya mengucapkan terima
kasih.
2. Pameran ini merupakan satu usaha yang penting bagi meningkatkan
kesedaran dan keinsafan rakyat Malaysia terhadap tanggungjawab mereka
kepada tanah tumpah darah mereka. Pembangunan yang pesat tidak memberi
apa-apa makna sekiranya rakyat miskin dan tandus dari segi semangat dan
rasa kasihkan tanahair, iaitu satu aspek dari perkembangan rohani dan satu
dimensi yang termesti dalam pembangunan.
Antara lainnya, usaha-usaha pembangunan mestilah kerana s.a.w.
3. Saya harap usaha-usaha untuk memupuk kesedaran dan membangkitkan
semangat rakyat supaya kasihkan negara ini akan sentiasa diusahakan. Saya
khuatir sekiranya semangat cintakan tanahair ini tidak sentiasa dipupuk,
ianya akan menjadi begitu lemah hinggakan kita mungkin menjadi bangsa
Sejarah serta peristiwa semasa jelas menunjukkan bahawa apabila penduduk
sesebuah negara lebih mementingkan diri daripada masyarakat dan negara
maka kelemahan menimpa negara itu. Sebaliknya, apabila rakyat mengutamakan
negara, bukan sahaja negara menjadi makmur tetapi rakyat juga bahagia.
4. Kerana cintakan tanahair maka negara kita telah dapat dibebaskan. Ada
yang berpendapat bahawa nasionalisme tidak penting, tetapi belum ada
sebuah negara pun yang mencapai kemerdekaan tanpa nasionalisme. Memang ada
orang yang menggadai nyawa dan harta benda ialah penduduk negara yang
berkenaan. Dan mereka cuma akan sanggup menghadapi cabaran jika mereka
cintakan negara mereka. Inilah yang kita lihat di Afghanistan hari
ini. Sementara ramai yang bersimpati, cuma orang Afghanistan sahaja yang
berkorban untuk merebut balik negara mereka.
5. Setiap rakyat negara ini harus bersyukur, dengan sebenar-benar syukur
kerana lahir di negara ini, menjadi rakyat negara ini, dapat berteduh dan
mencari rezeki di negara ini. Tidak ada mana tempat pun di dunia ini yang
baik seratus peratus pada pandangan rakyatnya. Begitu juga dengan
Malaysia. Tetapi, seribu kali syukur, Malaysia dilimpahi dengan rahmat,
nikmat dan rezeki yang tidak ada bandingnya. Sekiranya ini direnungi
dengan insaf, akan timbullah rasa halus yang begitu menghargai
segala-galanya yang ada pada kita di Malaysia ini, walaupun sedikit. Tidak
ada sebab mengapa kita tidak mengasihi serta berbangga dengan negara
ini. Alangkah ruginya sekiranya ada di antara kita yang tidak mahu, atau
tidak tahu mensyukuri kerana nikmat ini, dan sebaliknya, berusaha
memburukkan negara sendiri dan merobohkan peradaban yang telah kita bina
sekian lama ini.
6. Jika kita bersyukur dan menghargai sesuatu kurniaan, kita tidak harus
semata-mata berkata kita bersyukur. Nilai yang tinggi yang kita beri
kepada nikmat mestilah ditunjuk dengan tidak mensia-sia atau membazirkan
apa yang kita terima. Orang yang bersyukur mestilah menggunakan hadiah
yang diterima dengan cara yang membawa kebahagiaan kepadanya. Inilah tanda
sebaik-baiknya orang yang bersyukur.
7. Jadi kalau kita bersyukur kerana kemerdekaan tanahair kita maka
hendaklah kita berusaha untuk menjadikan tanahair kita sebuah negara yang
kuat dan kukuh, yang dihormati oleh orang lain dan yang kekal dalam
keadaan baik ini. Untuk ini kita perlu berusaha, perlu bekerja, perlu
meningkatkan lagi keupayaan kita, bukan kerana kepentingan diri tetapi
untuk menjadikan negara yang dikurniakan kepada kita negara yang tidak
rosak dan hancur-lebur dalam sekejap masa. Jika kita tidak suka pemberian
kita kepada orang dimusnahkan dalam sekelip mata, tentulah kita tidak akan
merosak atau mempertarungkan pemberian Tuhan.
8. Apakah yang perlu kita buat untuk membuktikan Hasil dari tumpuan kepada
dua perkara ini bukanlah sahaja negara akan mendapat manfaat tetapi diri
sendiri juga akan mendapat kebahagian. Demikianlah hikmat bekerja untuk
bangsa dan nusa.
9. Memanglah benar juga bahawa tumpuan kepada belajar dan bekerja sahaja
tidak mencukupi. Untuk menjadi masyarakat yang berbahagia kita perlu
memiliki nilai-nilai kemasyarakatan yang tinggi. Sebab itu kita telah
gubalkan lima asas falsafah negara kita yang dipanggil Rukun Negara.
Rukun-rukun ini tidak bertentangan dengan agama kita, walau apa pun agama
yang kita anuti. Jika kita benar-benar berpegang kepada rukun-rukun ini
nescaya negara kita akan menjadi stabil dari segi politik dan pesat
membangun dari segi ekonomi tanpa menjadi terlalu materialistik.
10. Saya berharap agar setiap golongan masyarakat negara ini sentiasa
berikhtiar untuk memupuk perasaan cinta dan kasihkan tanahair. Seterusnya
kita hendaklah menyalurkan perasaan ini untuk membina negara yang kita
sayangi ini dengan asas-asas perpaduan, kestabilan dan keharmonian.
11. Saya juga berharap apa yang dipamerkan ini, sedikit sebanyak akan
membangkitkan semangat cintakan tanahair dan memberi manfaat kepada rakyat
sekelian. Akhir sekali, dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang, saya dengan sukcaita merasmikan pameran "MALAYSIA
KESAYANGANKU" ini.
|