home
Speechs in the year
2003
2002
2001
2000
1999
1998
1997
1996
1995
1994
1993
1992
1991
1990
-->
   
Oleh/By		:	DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD 
Tempat/Venue 	: 	MELALUI RADIO DAN TALIVISYEN 
			MALAYSIA, (RTM) 
Tarikh/Date 	: 	30/08/82 
Tajuk/Title  	: 	PERUTUSAN HARI KEBANGSAAN 
			YANG KE 25 




wata'ala kerana kemerdekaan kita telah mencapai usia ini, dan dengan
limpah rahmatNya, dapat kita menyambut Hari Kebangsaan negara yang kita
sayangi ini.

2 Hari Kebangsaan kali ini merupakan peristiwa yang amat penting. Sambutan
Jubli Perak ini menandakan sesuku abad kita telah merdeka, bebas dari
belenggu penjajahan, dan sesuku abad kita menentukan nasib kita sendiri
sebagai bangsa dan negara yang bebas dan berdaulat. Syukur, alhamdulillah,
negara kita sentiasa berada di dalam keadaan sejahtera dan terkawal, dan
hari ini, kita dapat menyambut Jubli Perak negara kita dalam suasana aman
dan bahagia.

3. Sempena hari yang bersejarah ini bersama-samalah kita meraya dan
meraikannya bukan sahaja dengan membuktikan penghormatan kita kepada
lambang-lambang negara, malahan dengan doa, semoga negara dan rakyat akan
sentiasa selamat sejahtera serta makmur dan bebas.

4 Dua puluh lima tahun pertama sejarah negara kita merupakan tempoh
membentuk, meletak dan mengukuhkan asas-asas politik, ekonomi, sosial dan
budaya negara kita.

Dengan asas-asas ini kita tentukan kestabilan, kesejahteraan dan
kemakmuran serta keharmonian yang menjadi impian kita akan dapat dinikmati
bukan sahaja oleh kita tetapi oleh generasi-genarasi yang akan datang,
insyaalah.

berjaya, bahkan kita akan hancur. Mereka ini menunggu-nunggu untuk melihat
ramalan mereka menjadi kenyataan. Tetapi, oleh kerana sebahagian besar
daripada rakyat negara ini terdiri daripada orang-orang yang berfikiran
waras dan sederhana, maka setelah 25 tahun berlalu, kita bukan sahaja
stabil tetapi telah mencapai kita capai sehingga ekonomi kita berkembang
lebih pesat dari setengah-setengah negara maju dan nilai matawang kita
meningkat naik. Tiap kali kita mengadakan pilihanraya bermacam-macam
ramalan buruk dibuat oleh peramal yang tidak senang hati dengan kejayaan
kita, tetapi tiap kali pula kita telah buktikan bahawa, walaupun kita
mempunyai banyak masalah, tetapi kita mampu mengurus hal ehwal negara kita
dengan jayanya.

6. Salah satu perkara yang sering disebut oleh pihak-pihak tertentu
sebagai faktor yang akan menghancurkan kita ialah hakikat bahawa kita
adalah sebuah negara berbilang bangsa dan keturunan. Sebagai iblis yang
sentiasa menghasut ke arah kemungkaran dan kehancuran, mereka sentiasa
membangkit dan mengapi-apikan sifat semula jadi manusia, iaitu sifat
tamak, iri-hati dan curiga di kalangan dan antara keturunan supaya apa
yang mereka harap-harapkan, iaitu gagal dan hancurnya negara kita akan
terbukti. Mereka tidak akan berhenti dari menghasut dan mengeksploitasi
kurang fahaman dan kejahilan setengah-setengah pihak, dan meracuni fikiran
rakyat di segenap lapisan dengan berbagai cara. Muslihat dan strategi
mereka ialah menggunakan rakyat untuk menghancurkan negara.

7. Asas pembinaan satu bangsa dan sebuah negara Malaysia yang makmur dan
bersatu padu ialah perkiraan faktor-faktor sejarah, politik, ekonomi,
sosial dan budaya dalam pembentukan dasar-dasar negara. Asas ini
dihasilkan dengan fikiran yang waras dengan memberi pertimbangan kepada
kepentingan semua pihak dan golongan, dengan perspektif jangka pendek dan
jangka panjang, dengan satu sistem yang dapat menjamin keadilan bagi semua
pihak dan dengan batasan-batasan serta had-had yang dapat mengelak kita
daripada terjerumus ke dalam bahaya dan kehancuran. Tidak ada sistem
ciptaan manusia yang 100% sempurna di dunia ini dan tidak ada sistem yang
terbaik bagi memberi kepuasan kepada semua cita-cita dan nafsu manusia,
tetapi sistem yang telah digubal bagi kita ialah sistem yang terbaik
sekali bagi menjamin keselamatan kita dalam dunia yang penuh
pancaroba. Tempoh dua puluh lima tahun yang telah kita lalui membuktikan
bahawa sistem pentadbiran, politik, ekonomi dan sosial di negara kita
dapat menjamin kesempurnaan rakyat dan negara. Sistem yang ada ialah
sistem yang berdasarkan kepada undang-undang dan yang diasaskan kepada
perasaan bertanggungjawab, persefahaman dan toleransi, iaitu nilai-nilai
tinggi yang diredai oleh agama dan oleh masyarakat manusia yang bertamadun
tinggi.

dari rakyat Malaysia tidak pernah hidup dijajah oleh orang lain. Mereka
membesar atau dilahir selepas merdeka.

Sungguhpun mereka mempelajari sejarah negara tetapi ini tidaklah sama
dengan pengalaman rakyat yang pernah hidup di bawah pemerintahan
penjajah. Persepsi terhadap nilai-nilai hidup yang ada kaitan dengan
kehormatan negara antara dua generasi yang berbeza ini tentulah tidak
sama. Sekarang ini sudah ada generasi yang menganggap kemerdekaan sebagai
perkara semula jadi yang tidak memerlukan perlindungan mereka. Maka dengan
itu, bagi mereka mungkin perayaan Hari Kebangsaan, iaitu ulangtahun
kemerdekaan pun tidak mempunyai makna.

9. Anggapan kemerdekaan sebagai perkara biasa yang tidak perlu kita
agung-agungkan adalah amat merbahaya. Kita mesti sedarkan generasi yang
beranggapan demikian sebelum kemalangan menimpa kita. Sebenarnya
kemerdekaan adalah satu nikmat yang istimewa. Kerana kehilangan
kemerdekaanlah hari ini rakyat Palestin, Afghanistan dan Kampuchea
berperang bermati-matian. Kita bersimpati dengan mereka kerana negara
mereka ditakluk orang. Kita hulurkan derma dan kita sanjung tinggi mereka
yang menawar diri untuk pergi berperang bersama dengan pejuang-pejuang
negara-negara ini. Tetapi, apakah maknanya simpati dan kesedihan kita jika
nikmat yang kita rasai di negara sendiri tidak kita hargai. Oleh itu
sedarlah dan bersyukurlah. Pada hari kita rayakan 25 tahun kemerdekaan,
insaf dan bersyukurlah tentang nasib baik kita.

Generasi lama memperjuangkan kemerdekaan. Generasi baru bertanggungjawab
memelihara dan mengekalkan kemerdekaan.

10. Merdeka bukan sahaja bermakna bebas dari pemerintahan asing. Dalam
dunia yang "semakin kecil," penjajahan boleh juga dilakukan melalui
saluran-saluran lain. Oleh itu percubaan tetap akan dibuat untuk menyekat
kebebasan kita.

Berhadapan dengan cabaran ini kita tidak boleh memutuskan perhubungan
dengan dunia luar dan memulaukan diri. Cara yang berkesan ialah
melengkapkan diri dengan segala ilmu dan kecekapan, dan mengukuhkan
ketahanan negara. Jika pada hari ini Kerajaan mendesak rakyat supaya
menguasai ilmu dan kecekapan, bekerja kuat dan mencari kekayaan, tujuannya
bukanlah kerana terpengaruh dengan materialisme dunia tetapi kerana
sayangkan, dan bertanggungjawab terhadap kemerdekaan negara. Kita tidak
mahu melihat negara ini merdeka dari segi lambang dan bendera sahaja. Kita
mahu kemerdekaan yang tulin, yang tidak boleh dipermain-mainkan oleh
sesiapa, baik yang telah kita alami, banyak yang telah kita capai dan
banyak pula peristiwa suka-duka yang harus menjadi pengajaran kepada
kita. Di antara yang telah berlaku ialah pertukaran dan pemergian beberapa
pemimpin yang telah banyak berjasa kepada negara. Yang Teramat Mulia Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj, bapa kemerdekaan, Allah Yarham Dato Onn Jaafar,
Allah Yarham Tun Razak, Allah Yarham Tun Ismail dan Tun Hussein Onn bukan
sahaja membangunkan negara tetapi telah mempelopori asas-asas yang kini
menjadi panduan kepada kestabilan negara. Kesanggupan mereka mematuhi
prinsip-prinsip demokrasi dan kerelaan mengundur diri yang membangun.

12. Kita juga telah mencapai pertumbuhan ekonomi yang tinggi. Di samping
itu usaha ke arah memperseimbangkan pembangunan kaum telah membawa hasil
yang boleh dibanggakan.

Jika pada satu ketika dulu tidak ada peniaga dan pengusaha bumiputera,
hari ini terdapat bumiputera dalam bidang-bidang ini, dan ramai pula yang
berjaya.

13. Tetapi, bukan semua yang berlaku selama 25 tahun boleh
dibanggakan. Pada tahun 1969 telah berlaku rusuhan kaum.

Peperangan melawan pengganas komunis masih belum tamat.

perjuangan menjayakan negara kita.

14. Kerajaan tidak pernah khayal dengan kejayaan yang telah dicapai. Sebab
itu sepanjang masa Kerajaan meneliti dan menganalisa keadaan dalam negara
dan membentuk dasar serta mengambil tindakan untuk menentukan bahawa
Malaysia bukan sahaja terus aman tetapi bertambah bahagia. Baru-baru ini
beberapa perubahan dibuat dan rakyat, sama ada dalam Kerajaan atau swasta,
di gesa untuk mengubah sikap dan memandang ke Timur. Tujuannya tidak lain
dan tidak bukan ialah untuk mengukuhkan lagi ketahanan negara dan
meningkatkan kemajuan.

15. Memandang ke Barat di zaman-zaman yang lepas memang wajar. Tetapi
moral serta etika Barat sudah merosot, dan bersama dengan kemerosotan ini,
kemajuan dan ketahanan mereka juga merosot. Memang benar masih ada
kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh Barat, tetapi, umumnya mereka sudah
tidak begitu berupaya lagi. Apabila tercabar, dan kerana tidak sanggup
bersaing mereka mengambil tindakan pun tidak dikecuali daripada tindakan
negative mereka. Oleh itu kita tidak lagi boleh menjadikan Barat sebagai
contoh.

16. Jika kita mempunyai kebolehan sendiri kita tidak perlu kepada
contoh. Tetapi, pengaruh Barat telah melenturkan nilai-nilai asal kita dan
kita tidak mencapai kejayaan di tahap yang berkesan. Oleh sebab itu kita
harus menoleh ke Timur kerana di Timur terdapat contoh-contoh yang jelas
membawa kemajuan dan ketahanan. Tidak semua yang terdapat di Timur yang
perlu kita tiru. Pemilihan adalah hak kita sebagai bangsa yang
merdeka. Jika ada yang ditiru yang tidak bermanfaat, kita tidak mempunyai
sesiapa untuk disalahkan. Kitalah yang akan tentukan pemilihan dan kitalah
yang bertanggungjawab terhadap mundur-jayanya kita.

17. Rakyat Malaysia dari berbagai keturunan sedar dengan hakikat yang unik
mengenai masyarakat dan negara mereka.

Rakyat berbagai keturunan telah belajar hidup bersama, dan kerana sanggup
hidup bersama dan sanggup bekerjasama, kita telah dapat berusaha dan
berikhtiar menempa masa depan yang bahagia bagi kita dan generasi
kemudian. Pengalaman hidup bersama hendaklah kita gunakan bagi mengukuhkan
lagi asas kebahagian negara.

18. Tidak ada negara yang tidak menghadapi cabaran. Kita terdedah kepada
pendapat yang berbeza-beza di dalam negeri dan pengaruh-pengaruh ideologi
dan kebudayaan dari seluruh dunia. Di zaman "communication
explosian" tidak ada siapa yang boleh mengasingkan diri dari pengaruh
luar. Oleh itu masalah negara tetap bertambah dan mengancam setiap masa.

19. Benteng yang terkuat dalam menghadapi ancaman ini bukanlah yang
bercorak fizikal atau undang-undang, tetapi ialah benteng moral atau
keperibadian. Kita perlu memupuk dan mengamalkan nilai-nilai hidup yang
baik yang boleh melindungi dan mempertahankan kita dari pengaruh-pengaruh
yang tidak diingini. Kita hendaklah bersatu hati dalam menghadapi ancaman
dan mengatasinya. Dan yang penting sekali ialah kita janganlah mudah
keciwa. Kemuliaan negara bergantung kepada sifat-sifat ini, dan
bersama-samalah kita berusaha untuk menjadikan sifat ini sebagai
sebahagian dari kebudayaan kita.

20. Masa depan kita dan negara kita adalah cerah. Tidak ada sebab mengapa
selepas dua puluh lima tahun kita harus curiga dengan kemampuan dan
kebolehan kita. Kita perlu mendisiplinkan diri kita dan meneruskan
perjuangan kita untuk menjamin kebahagiaan negara. Kita mesti giat serta
kemampuan untuk menjadikan diri kita sebagai rakyat yang cintakan negara
dengan segala pengorbanan dicurahkan bagi kebahagiaan negara dan masa
depannya. Biarlah setiap Hari Kebangsaan kita mencatit kejayaan yang boleh
dibanggakan terhadap Malaysia yang kita sayangi ini.

21. Bersama-samalah kita berdoa semoga negara kita sentiasa selamat
sejahtera dan aman makmur. Akhir kata, saya mengambil peluang ini untuk
mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan kita Yang Ke 25.

Wabillahi taufik walhidayah, wassalamu 'alaikum warahmatullahi
wabarakatuh.

Pejabat Perdana Menteri, Kuala Lumpur.

 



 


 











 
Google