home Speechs in the year 2003 2002 2001 2000 1999 1998 1997 1996 1995 1994 1993 1992 1991 1990 --> |
Oleh/By : DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD Tempat/Venue : RUMAH MALAYSIA, KUALA LUMPUR Tarikh/Date : 11/11/82 Tajuk/Title : MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN UNTUK YANG AMAT ARIF,TUN MOHAMED SUFFIAN BIN HASHIM KETUA HAKIM NEGARA, Yang Amat Arif Tun Suffian dan Toh Puan Bunny; Yang Arif Raja Tan Sri Azlan Shah, Hakim Besar Malaya dan Puan Sri; Yang Arif Tan Sri Datuk Lee Hun Hoe, Hakim Besar Borneo; Yang Arif Hakim-Hakim; Tetamu-Tetamu Kehormat sekelian. Perjumpaan kita malam ini merupakan majlis perpisahan kepada Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara, Tun Suffian. Saya telah kenal Tun Suffian sejak saya berada di University Malaya di Singapura. Di masa itu pun saya kagum dengan kejayaannya, walaupun saya tidak sangka yang pada satu hari beliau akan memiliki title "Lord President". Para hadirin sekelian. mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Lenggong dan Sekolah Clifford di Perak, beliau telah melanjutkan pelajarannya dalam bidang undang-undang di England pada tahun 1936 sebagai 'Queen's Scholar'. Beliau telah lulus sebagai seorang peguam dalam tahun 1940. Beliau bernasib baik kerana telah dapat menamatkan pelajarannya walaupun Perang Dunia Kedua telah tercetus di Eropah pada masa itu. Selepas lulus dalam bidang undang-undang Tun Suffian mencari pengalaman selama lapan tahun dalam berbagai bidang. 3. Tun Suffian pernah bertugas sebagai Juruhebah dengan All-India Radio dan British Broadcasting Corporation atau BBC. Saya percaya pengalaman beliau dengan kedua-dua ini telah membolehkan beliau memberi ucapan-ucapan dan 'judgement' beliau dalam bahasa yang senang dan mudah difahami. Jarang sungguh seorang peguam dapat menulis dengan menggunakan bahasa yang senang dan mudah difahami. Malahan ramai peguam yang suka menulis dan bertutur bahasa yang berbunyi tinggi melangit, sekurang-kurangnya kepada 'layman' seperti saya. 4. Tun Suffian telah memulakan perkhidmatan di negara ini pada tahun 1948 apabila beliau dilantik sebagai seorang Majisteret di samping sebagai Harbour Master di Melaka. Beliau pernah berkhidmat di Pahang dan Johor, dan kemudian sebagai Peguamcara Kanan Persekutuan di Kuala Lumpur, sebelum beliau dilantik sebagai Peguamcara Negara Malaya pada tahun 1959. Pada tahun 1968 beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Persekutuan. Pada tahun 1973 Tun Suffian telah dilantik sebagai Hakim Besar Malaya. Pada tahun berikutnya beliau telah dilantik sebagai Ketua Hakim Negara yang ketiga. Jawatan ini adalah kemuncak yang boleh disandang oleh seseorang anggota di dalam bidang kehakiman. 5. Sumbangan Tun Suffian dalam bidang undang-undang dan kehakiman di negara ini sungguh besar. Personaliti dan ketokohan beliau adalah satu inspirasi kepada peguam-peguam muda. Kesetiaan dan kejujuran beliau dalam perkhidmatan kehakiman adalah sangat-sangat dibanggakan dan beliau juga terkenal sebagai seorang yang sentiasa bersifat adil dan bertimbangrasa. 6. Tun Suffian sempat juga meluangkan masa untuk menulis beberapa buku undang-undang terutama mengenai perlembagaan negara kita. Satu dua buah buku beliau telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia dan terjemahan itu merupakan salah satu bahan rujukan undang-undang yang terawal di dalam Bahasa Malaysia di negara kita ini. Beliau juga telah memberi sumbangan yang besar kepada perkembangan dan kemajuan Faculti Undang-Undang Universiti Malaya. 7. Di samping menyumbang tenaga dan fikiran dalam bidang undang-undang Tun Suffian telah juga membuat sumbangan yang besar kepada masyarakat. Beliau adalah salah seorang Pro-Canselor Universiti Malaya sejak tahun 1963. Beliau juga ialah Pengerusi Yayasan Tun Abdul Razak sejak 1978. Pada tahun 1965, beliau dilantik menjadi Pengerusi Suruhanjaya Gaji dan sehingga hari ini kakitangan awam masih ingat 'Lapuran Suffian' dengan peruntukan-peruntukan perkhidmatan awam yang baru termasuk mengenai mengurangkan kemudahan seperti 'free world tour' untuk pegawai-pegawai kerajaan. Beliau pernah menjadi pengerusi Jawatankuasa Penggubal Perlembagaan bagi Universiti Sains Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia. pada tahun 1976. Beliau pernah dianugerahkan 'Eisenhower Exchange Fellowship' dan kemudian menjadi pengerusi Jawatankuasa Pemilih Fellowship tersebut selama 10 tahun. 9. Beliau telah dianugerahkan ijazah doktor kehormat oleh Universiti Malaya dan Universiti Singapura sebagai menghargai sumbangan beliau kepada masyarakat dan perkembangan undang-undang negara ini. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong telah mengurniakan darjah Seri Setia Mahkota pada tahun 1975 sebagai satu pengiktirafan sumbangan Tun Suffian kepada negara ini. 10. Majlis jamuan perpisahan malam ini merupakan penghargaan Kerajaan Malaysia terhadap jasa-jasa Tun Suffian yang telah memegang Jawatan Ketua Hakim Negara sekian lama. Jasa Tun Suffian akan tetap dikenang oleh Kerajaan dan rakyat negara ini. Saya berharap Tun Suffian akan tetap berbakti kepada negara selepas ini. 11. Selepas ini, saya yakin Tun Suffian mempunyai lebih banyak masa untuk menumpukan terhadap hobi beliau atau lapangan lain yang digemari. Saya yakin Toh Puan Bunny akan mempunyai peluang yang lebih untuk berdua-duaan dengan Tun Suffian. 12. So much for the short official history of the learned Tun. Now a few words on my personal impression of Tun Suffian. Firstly, in any gathering I will know he is around by the unique way he laughs. A judge is to my untutored mind a very serious person. He scowls and he frowns and he passes unpleasant sentences. He is unlike doctors who invariably tell their patients there is nothing to worry about five minutes before they pop-off. But Tun Suffian is given to a lot of humour and laughter. His store of anecdotes is considerable and whenever I had occasion to borrow his anecdotes I have found the results very rewarding. 13. He is a prolific note-writer on a multitude of subjects that have nothing to do with the law. I must say I have dinners. He once saved me from saying a lot of unpleasant things to my host by a quick note on the latter's background. Some researchers of the future may come across these menus which would reveal the character of Malaysia's third Lord President and the kind of advice he was wont to give. 14. Wherever the Tun goes, Toh Puan Bunny is sure to be there. This partnership of three decades plus is both a when that was in fashion. Toh Puan Bunny is interested in 15. Although retired, I am sure Tun Suffian is not going to be very retiring. I don't think we have heard the last of him. You cannot keep a good man down. He is going to pop-up in many places and he will still be passing judgements, though may be not on legal matters. I am sure he is going to be a roaring success in whatever he chooses to do as he had been in the legal field. I think I speak for everyone here when I say that we wish him every success in whatever career he chooses for himself. We wish him and Toh Puan Bunny continued partnership and long life. 16. Saya, bagi pihak Kerajaan dan rakan-rakan kenalan sekelian, mengucapkan selamat bersara kepada Tun Suffian dan semoga Allah subhanahu wataala memanjangkan umur dan mengurniakan kebahagiaan kepada Tun Suffian dan Toh Puan Bunny. Terima kasih. |