home
Speechs in the year
2003
2002
2001
2000
1999
1998
1997
1996
1995
1994
1993
1992
1991
1990
-->
   
Oleh/By		:	DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD 
Tempat/Venue 	: 	HOTEL HILTON, KUALA LUMPUR 
Tarikh/Date 	: 	28/11/82 
Tajuk/Title  	: 	UPACARA PENYAMPAIAN ANUGERAH AKHBAR 
			MALAYSIA 1981 




Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Dato Musa Hitam dan Datin
Maria; Dif-dif Kehormat; Jawatankuasa Pengelola Anugerah Akhbar
Malaysia; Saudara-saudari yang dihormati sekelian, Malam ini adalah malam
untuk para wartawan. Saya sendiri, walaupun sering bertemu dan ditemui
oleh para wartawan, jarang sekali dapat bertemu sekali gus, secara
serentak, dengan begini ramai para wartawan, dalam suasana yang ramah dan
mesra pula. Oleh itu, pada kesempatan yang sangat baik ini, saya terlebih
dahulu mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada para wartawan sekelian,
dari semua jenis media, yang telah turut memainkan peranan yang positif
dalam usaha membina dan membangunkan negara yang kita cintai ini.

2. Saya juga mengucapkan tahniah kepada Institut Akhbar Malaysia, dan
Jawatankuasa Pengelola, yang telah berjaya menyelenggarakan Anugerah
Akhbar Malaysia kali yang kedua ini. Saya percaya, usaha yang baik seperti
ini, apabila dilaksanakan dengan jujur dan bersungguh-sungguh, akan
mendatangkan hasil yang berguna untuk kita semua.

3. Semenjak saya memasuki gelanggang politik, saya mempunyai banyak sebab
untuk berterima kasih kepada para wartawan. Walaupun ada beberapa kerat
yang tidak begitu bersimpati dengan saya, tetapi umumnya, "treatment" yang
saya dapati dari akhbar dan lain-lain media tidaklah mengeciwakan, bahkan
memberangsang dan memberi semangat kepada saya. Dan ini pula bukan
semenjak menjadi Menteri, atau Perdana Menteri, tetapi semenjak dari masa
saya masih menjadi "backbencher" pada pertengahan tahun enam-puluhan.

Saya amat terhutang budi kepada wartawan sekelian. Sebab itulah saya tidak
dapat mengikut nasihat supaya tidak terlalu kerap berjumpa dengan wartawan
kerana saya terlalu mudah "shoot my mouth" atau latah. "Excuse" saya ialah
kepada masalah "boat people" dan membuka pintu untuk mereka.

4. Tetapi saudara-saudari, "the affairs of state" tidak boleh diuruskan
dengan latah sepanjang masa. Kita harus ada rancangan dan pengurusan yang
menitikberatkan matlamat yang tertentu. Dalam pengurusan ini, bukan sahaja
Kerajaan yang perlu memainkan peranan, tetapi semua rakyat dalam semua
bidang perlu memainkan peranannya masing-masing. Buruh yang mencuci
longkang dan memotong rumput mempunyai peranan seperti jugalah menteri dan
pegawai tinggi. Memang tanggungjawab berbeza-beza, tetapi mandur tanpa
buruh dan anak buah tidak akan dapat menjayakan apa-apa. Dalam konteks
pembangunan negara, Menteri dan Perdana Menteri adalah mandur
sahaja. Semua rakyat adalah kakitangan negara. Masing-masing mempunyai
tugas dan harus menjalankan tugas dengan sempurna. Dan di antara
kakitangan negara ialah wartawan-wartawan. (Saya harap ini tidak
menyinggong sesiapa.) Saudara-saudari sekelian.

5. Di sini izinkan saya memberi sedikit pandangan sebagai mandur pertama
tentang peranan wartawan dan media massa.

Tidak siapa boleh menyoal bahawa wartawan dan media massa 6. Kuasa
bermaksud tanggungjawab. Kuasa tanpa tanggungjawab bermakna anarki ataupun
"dictatorship." Siapa yang memiliki kuasa tidak penting. Tanpa sikap
bertanggungjawab oleh pihak yang berkuasa, anarki dan "dictatorship" tetap
akan wujud.

7. Sebaliknya, kuasa amatlah penting untuk kesejahteraan dan kebahagiaan
masyarakat. Tanpa kuasa, sekali lagi akan muncul keadaan yang
anarkis. Oleh kerana ini kita tidak rasa iri hati kerana wartawan dan
media massa berkuasa.

Sebaliknya pihak Kerajaan ingin merayu kepada wartawan-wartawan supaya
menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk membantu pembangunan negara
yang kita cintai ini.

8. Kerajaan tidak mempunyai lain niat melainkan untuk menjadikan negara
ini negara yang aman dan makmur dengan membawa kebahagiaan kepada semua
penduduk. Wakil-wakil yang hari ini membentuk Kerajaan tidak berniat untuk
memperkayakan diri melalui kuasa yang diberi kepada mereka.

Tujuan dan matlamat Kerajaan ialah semata-mata mengabdikan diri kepada
negara dan penduduknya.

9. Malangnya Kerajaan, walaupun begitu luas kuasanya, walau bagaimana
jujur sekalipun, tidak dapat dengan sendirinya membangunkan negara kita
ini. Untuk pembangunan negara, tiap-tiap seorang rakyat hendaklah
memainkan peranan masing-masing dengan rajin dan jujur. Di sinilah
terdapat Penyerapan ini bermula semenjak zaman penjajah lagi dan telah
meningkat kerana sistem demokrasi memberi kuasa memilih Kerajaan kepada
rakyat. Jika perniagaan rugi, Kerajaan mesti ada ganti-rugi, jika harga
jualan jatuh, Kerajaan mesti beri subsidi, jika harga barang naik atau
inflasi berlaku, Kerajaan mesti tambahkan gaji dan kurangkan cukai. Oleh
kerana kepercayaan bahawa segala malapetaka yang menimpa diri harus
diatasi oleh Kerajaan maka "resilience" atau ketahanan rakyat sudah pun
lumpuh.

Kerajaan yang memerintah rakyat yang lemah tidak mungkin menjadi Kerajaan
yang kuat. Dan Kerajaan yang lemah yang memerintah rakyat yang lemah tidak
mungkin mewujudkan negara yang kukuh dan kuat.

10. Kelemahan yang terdapat di kalangan rakyat sekarang ini boleh
diatasi. Apa yang diperlukan ialah perubahan sikap, perubahan ke arah
mewujudkan rakyat yang lebih rajin dan lurus, yang boleh berdikari, yang
sanggup mempertahankan maruah. Untuk mencapai matlamat ini segala alat
pelajaran dan pengetahuan adalah penting. Dan di antaranya ialah akhbar
dan wartawan.

saudara-saudari ingin melihat negara ini, dan rakyatnya maju dan hidup
bahagia. Memandang bahawa yang penting ialah sikap rakyat, maka tentulah
saudara-saudari akan memainkan peranan yang positif dalam usaha menjadikan
rakyat Malaysia rakyat yang rajin, jujur dan berdikari.

12. Cara mana sikap ini dapat dibentuk oleh akhbar dan media lain ialah
perkara yang saudara-saudari lebih mengetahui. Pepatah "The Pen is
Mightier than the Sword" bermakna lebih banyak boleh dibuat oleh Pena
daripada Pedang. Sebagai patriot, sebagai golongan yang bertanggungjawab,
saya yakin, pena saudara-saudari akan ditajam dan digunakan untuk
membentuk peribadi yang dikehendaki. Bukan sahaja Kerajaan akan menganggap
saudara-saudari sebagai rakan seperjuangan tetapi rakyat akan berterima
kasih akhirnya walaupun mereka tidak akan begitu terhibur dengan tulisan
wartawan yang tidak berminat dengan perkara-perkara yang
"sensational," dengan skandal seks dan cerita-cerita dongeng.

13. Dalam banyak perkara, saya adalah "old-fashioned." Saya masih bercakap
berkenaan patriotisme, berkenaan bekerja kuat, mengutamakan kepentingan
umum dan lain-lain. Di zaman ini patriotisme dianggap kolot. Ramai dari
anak Malaysia tidak segan-segan memburukkan nama Malaysia di luar negeri
supaya dapat tepokan belakang dari orang Barat khususnya.

Ramai yang menganggap kerajinan bekerja sebagai pengabdian kerana ini
adalah fesyen di Barat. Ramai yang mengutamakan individu lebih daripada
masyarakat sebagai tanda kebebasan.

Walaupun dianggap kolot, saya masih percaya kepada nilai-nilai lama --
kerana ada bukti-bukti yang jelas bahawa nilai-nilai lama ini membawa
kebaikan kepada pengamalnya.

14. Di kalangan wartawan juga tentulah ada yang moden dan ada yang
"old-fashion." Saya ingin merayu kepada yang moden supaya memikir semula
tentang nilai-nilai baru dari Barat ini. Kita adalah negara
membangun. Kita perlu memperkukuhkan negara kita. Dalam negara kita pula
terdapat masalah kaum dan "inequitability." Jika negara yang kaya-raya
boleh jadi kucar-kacir dan lemah kerana nilai-nilai moden ini, apatah lagi
negara membangun seperti Malaysia. Apakah kita akan terlalu rugi jika kita
dikatakan tidak moden. Apakah sanjungan tinggi orang Barat terhadap kita
lebih utama dari kejayaan dan ketahanan negara dan bangsa kita. Bagi saya
jawapannya mudah. Adalah lebih baik negara dan bangsa kita menjadi kuat
dan bahagia dari segala puji-pujian dan tepukan belakang dari orang
Barat. Wartawan Malaysia hendaklah berusaha supaya nilai-nilai Barat yang
negatif dikikis, bukan sahaja dari diri sendiri tetapi dari semua rakyat.

15. Kerajaan telah memikir semula dan hasil kajian ini ialah "Look East
Policy" kita. "Look East" tidak bermakna kita akan membeli barang semuanya
dari negara-negara Timur.

Yang kita sanjung tinggi dan kita alu-alukan ialah nilai hidup yang
dimiliki oleh beberapa bangsa Timur. Sebenarnya kita yang baik, kita tidak
pula begitu mengamalkannya. Jadi "Look East" ini ialah untuk mempelajari
cara mengamal nilai-nilai yang sudah pun kita percayai dalam segala urusan
kita.

16. Sekali lagi wartawan dan media massa mempunyai peranan yang
penting. Memang benar kita tidak boleh serap semua nilai-nilai Jepun atau
Korea. Memang benar ada amalan orang Timur yang tidak perlu dan tidak baik
untuk ditiru. Tetapi tentulah semua wartawan tahu bahawa maksud Kerajaan
ialah menyemai dan memupuk nilai yang baik sahaja. Tidak ada niat untuk
meniru patriotisme bangsa lain sehingga sanggup "hara-kiri", tetapi apakah
taat setia kepada negara, kepada perusahaan yang memberi peluang kepada
kita, satu keburukan? "Look East" bukan bermakna meniru secara buta-tuli,
tetapi memilih yang baik dan menolak yang buruk. Inilah yang perlu
dijelaskan oleh akhbar dan wartawan -- bukan kerana hendak sokong Kerajaan
tetapi kerana bertanggungjawab, kerana sayang kepada negara sendiri,
kerana ingin maju dan bahagia.

Semua ini adalah sentimen yang agak "old-fashioned," tetapi nilai dan
sikap yang baik tidak patut dikebelakangkan semata-mata kerana "it is no
longer the in-thing." 17. Malam ini ialah malam untuk para wartawan. Malam
ini bukan malam untuk syarahan atau "unsolicited advice" dari Perdana
Menteri. Apa yang telah saya perkatakan bukanlah sebagai nasihat Perdana
Menteri tetapi adalah semata-mata rayuan dari seorang rakyat kepada
saudara-saudari sebagai rakyat negara ini. Kita tinggal di negara ini,
kita berlindung di negara ini. Tentulah wajar kita bersikap
bertanggungjawab dan mencintai negara ini.

Saudara-saudari sekelian.

18. Malam ini kita meraikan juga tokoh-tokoh wartawan yang telah menang
Anugerah Akhbar Malaysia 1981. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada
mereka. Saya harap dan saya yakin mereka akan memainkan peranan, bukan
sahaja sebagai wartawan, tetapi sebagai rakyat negara yang kita cintai
ini.

Sekian, terima kasih.

 



 


 











 
Google