home
Speechs in the year
2003
2002
2001
2000
1999
1998
1997
1996
1995
1994
1993
1992
1991
1990
-->
   
Oleh/By		:	DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD 
Tempat/Venue 	: 	INSTITUSI JURUTERA MALAYSIA 
Tarikh/Date 	: 	13/04/84 
Tajuk/Title  	: 	MAJLIS JAMUAN MAKAN MALAM SEMPENA 
			PERAYAAN JUBLI PERAK INSTITUSI 
			JURUTERA MALAYSIA 




 Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Institusi Jurutera
Malaysia kerana menjemput saya dan isteri saya ke majlis jamuan tahunan
sempena Perayaan Jubli Perak Institusi ini.

2. Bersempena Perayaan Jubli Perak ini, saya difahamkan Institusi Jurutera
Malaysia akan mengadakan seminar dan program-program untuk menunjukkan
peranan yang dimainkan oleh para jurutera dalam pembangunan negara semasa
suku abad yang lampau. Sebagai langkah mengisi kemerdekaan, rakyat telah
dibekalkan dengan beberapa kemudahan seperti menambahkan jalan-jalan tar
ke kampung-kampung dan memasang batang-batang paip di tepi-tepi jalan
untuk bekalan air, merentang kawat-kawat letrik di atas tiang-tiang kayu
bagi menghantarkan tenaga letrik ke kampung-kampung dan memajukan parit
dan taliair seluas-luasnya seperti perairan Muda dan Tanjung Karang untuk
meningkatkan pengeluaran bagi penanam padi.

3. Projek kejuruteraan yang besar juga seperti projek skim hidro-letrik,
merentang kabel dasar laut telekom dari Kuantan ke Kuching, lapangan
terbang antarabangsa juga telah dilaksanakan. Semenjak Merdeka hingga ke
hari ini, sumbangan tenaga para jurutera kepada pembangunan negara
tidaklah boleh dinafikan. Jurutera-jurutera di negara ini sama ada mereka
di dalam perkhidmatan awam seperti JKR, Telekom, JPT dan LLN, atau dalam
sektor swasta, patutlah berasa bangga kerana di mana saja mereka berada,
mereka nampak tersergam hasil rekaan dan pembinaan yang mereka telah
kendalikan. Semuanya adalah untuk kebahagian rakyat dan kemajuan
negara. Perayaan Jubli Perak oleh para jurutera adalah kena pada masanya
setelah memainkan peranan dalam konteks pembangunan negara selama suku
abad. Kerajaan dan rakyat negara ini sentiasa menghargai sumbangan para
jurutera terhadap kemajuan dan pembangunan negara ini.

4. Kita bercita-cita mewujudkan sebuah negara yang berjaya, dihormati dan
bermaruah. Setiap sektor dan golongan rakyat di negara kita ini hendaklah
memainkan peranan masing-masing untuk mewujudkan sebuah negara yang kita
cita-citakan itu. Sebuah negara yang bermaruah bukanlah satu 'vision' yang
abstrak, tetapi adalah satu hakikat yang perlu dibina dan dipupuk sehingga
menjadi nyata. Segala ilmu dan kepakaran, serta teknologi mestilah dikerah
untuk maksud ini.

5. Di sini ingin saya berucap sedikit mengenai teknologi. Sebenarnya tidak
ada satu negara atau satu bangsa yang menguasai semua teknologi yang
terdapat di dunia ini. Bagi negara yang termaju sekalipun, ada teknologi
yang tidak dikuasai olehnya dan terpaksa diperolehi dari negara
lain. Pendek kata negara-negara adalah 'interdependent' dari segi
teknologi. Oleh kerana itu, mempelajari teknologi dari negara lain
bukanlah bermakna kita mundur atau tidak bebas, atau satu perkara yang
hina. Jika kita ingin maju kita bukan sahaja perlu mempelajari teknologi
dari orang lain, tetapi kita mesti sanggup berusaha sedaya upaya untuk
menguasai teknologi yang diperlukan.

6. Di Malaysia kita sering mendengar kelohan tentang keengganan pihak
orang asing memindah teknologi mereka kepada kita. Kita selalu menyalahkan
orang lain kerana mereka tidak jujur dalam teknologi 'transfer' dan tidak
mahu 'transfer' teknologi dengan sepenuhnya.

7. Yang pertama yang saya ingin perkatakan ialah kita amat 'naive' jika
kita percaya orang lain akan memindahkan teknologi mereka dengan
sepenuhnya kepada kita. Jika kita punyai teknologi, kita juga tidak
berminat memindahkan sepenuhnya, bahkan separuh daripada teknologi kita
kepada orang. Kenapakah kita boleh percaya bahawa kita berhak mendapat
dengan sepenuhnya teknologi orang lain.

8. Yang kedua yang perlu saya perkatakan ialah walaupun negara-negara yang
maju tidak berminat untuk memindah sepenuhnya teknologi mereka, tetapi
pemindahan teknologi tetap berlaku juga dan beberapa negara yang dahulu
tidak mempunyai teknologi, sekarang sudah menguasai berbagai teknologi dan
mencapai kemajuan. Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong dan juga Singapura
sekarang memiliki teknologi yang diperolehi dari negara-negara maju dan
berjaya menggunakan teknologi itu untuk bertanding dengan negara-negara
maju. Dengan perkataan lain negara-negara ini berjaya mendapat teknologi
dari orang lain dan menggunakannya dengan berkesan. Soalnya mengapa
Malaysia begitu sukar mendapat teknologi? Apakah ada diskriminasi terhadap
Malaysia.

9. Pada pendapat saya, tidak ada diskriminasi terhadap Malaysia, dan tidak
ada sebab mengapa diskriminasi patut ada. Jika kita kaji diri kita
sendiri, kita akan dapati sebabnya mengapa kita sukar mendapat teknologi
orang.

10. Yang pertama, kita tidak sanggup membeli teknologi jika harganya mahal
mengikut taksiran kita. Kita anggap harga membiayai harga teknologi yang
tinggi. Kaedahnya samalah dengan membeli kapalterbang jenis 747 untuk
penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuantan.

11. Yang keduanya, kita mahukan supaya teknologi diserah di atas talam
emas kepada kita. Kita hendak semua teknologi tanpa kita menyoal,
bertanya, menyelidik, mengkaji dan mengikuti segala-gala yang ada kaitan
dengan penguasaan teknologi yang kita minati. Dalam bidang binaan,
umpamanya Dayabumi, Kerajaan menuntut supaya pihak pembina Jepun melatih
ahli-ahli profesional dan tidak profesional dari Malaysia dalam semua
bidang, daripada penggunaan 'steel-frame' sehingga ke pengurusan projek,
iaitu memindah teknologi kepada kita. Malangnya tidak ramai orang kita
yang berminat. Semua memberi 'excuse' atau alasan tidak ada masa. Ada yang
berkata tidak ada apa yang hendak dipelajari. Tetapi hingga sekarang tidak
ada syarikat 100% milik rakyat Malaysia yang boleh mengguna 'steel-frame
construction' untuk membina bangunan sebesar Dayabumi dalam masa yang
singkat sebagai syarat yang dikenakan. Peluang mendapat teknologi sudah
terlepas kerana kita semua terlalu sibuk atau kita terlalu 'proud' untuk
mempelajari dari orang lain.

12. Begitu juga dalam bidang-bidang lain. Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan
semua dapat meniru dan mereka-bentuk bermacam-macam barang termasuk
komputer dengan menggunakan microchip dan lain-lain komponen
elektronik. Malaysia telah menjadi pengeluar microchip yang terbesar di
dunia tetapi tidak ada pengusaha tempatan yang mengguna microchip untuk
apa-apa 'product'. Bahkan tidak adapun perusahaan tempatan yang boleh
membekal perusahaan microchip kepunyaan syarikat asing dengan
bermacam-macam keperluan asas mereka. Bagaimanakah Hong Kong, Taiwan dan
Korea Selatan boleh memperolehi teknologi dan kita tidak? 

13. Tidak ada gunanya kita selalu menyalahkan orang lain bila kita tidak
dapat teknologi mereka. Pandanglah juga kepada diri sendiri. Apakah yang
kita usahakan untuk mendapat teknologi. Apakah kita sudah menyediakan
asas-asas pengetahuan kita supaya kita mudah memahami teknologi yang kita
minati dan mengisi kekosongan kerana pemilik teknologi tetap akan
menyembunyi sebahagian daripada teknologi mereka. Apakah kita sendiri
sudah mengadakan kemudahan-kemudahan untuk 'Research and Development' yang
mencukupi. Apakah badan-badan profesional kita sudah memberi galakan yang
cukup untuk 'research projects and publication of the results in research
papers by local professionals'.

14. Let us not kid ourselves into believing that the developed world feels
that they owe us a living, that it is their bounden duty to help us
compete against them. Let us not be so naive. They may help us at the
basic level, but we have to use our own effort if we wish to take off. Let
us not be too sensitive when some criticism is directed at us. Let us stop
belly-aching. If we want to progress we will have to prepare ourselves as
fully as possible to accept the new technology -- prepare spriritually and
physically as well as in terms of the basic knowledge. In other words we
need to change our attitudes and our approach towards the acquisition of
new technology. We need to fight for new technologies; not to wait for
them to fall into our laps.

15. Another area which has drawn criticisms from Malaysians is the inroads
made by foreign construction companies into the Malaysian construction
industry. Let me say this loud and clear. The Government is not anxious to
enrich foreigners, nor for that matter are the other Malaysian companies
and institutions. But the fact is that when the Malaysian construction
industry was confined to Malaysians there was a couldn't care-less
attitude. Hardly any construction was finished on time. One high rise
building in Kuala Lumpur took 8 years to complete. Cost over-runs was the
rule and a 100% increase in the final cost was not unusual. There was no
attempt made to impart on the job training to bumiputeras or even
non-bumiputeras. Government's desire to see the New Economic Policy
applied in practical terms was rejected, ignored or by-passed. No attempt
was made to acquire and apply new technology. Project management was quite
primitive, with contractors having too many jobs to give personal and
sustained attention to any of the projects. The officers working on the
sites were regarded as unimportant and therefore chosen from less skilled
people.

16. With the advent of foreign contractors not only has new technology
been brought in but project management is of a very high order. Despite
language and bureaucratic difficulties, they have been able to meet their
obligations. Frequently construction work is finished ahead of time. In
one instance at least, a 7 year guarantee is given for any structural
defects which may show up. Such is the impact of this invasion by foreign
construction companies, that Malaysian construction companies have been
forced to improve on their performance.

17. As I said, the Government is not anxious to enrich foreigners. We hope
that what is happening now is temporary. We hope to see Malaysian
companies acquiring the necessary skills and organisation to compete with
foreign companies.

18. But let us acknowledge that the improvement of Malaysians companies
cannot happen overnight. As a first step, there should be joint-ventures
with foreign companies where Malaysian partners must shoulder fully their
share of the risk and the work. They must be aggressive in order to get
the know-how and the techniques. Eventually there should be purely
Malaysian companies which are big enough even for full turn-key
projects. And finally Malaysian companies should be able to go abroad and
compete for construction work in other countries including America and
Europe. This sounds like an impossible dream -- but anything is possible
if we are prepared to face and overcome challenges. We have tackled
rubber, palm oil, and cocoa, none of which are indigenous to the country
-- and we have become the greatest in these fields. There is no reason why
we cannot tackle other fields. Begin small, but set your targets high. We
may not hit the target, not in our lifetime, but we can come close to
it. Remember when Malaysian Airlines first wanted to fly to London, there
was so much scepticism. Everyone wanted our airline to stay domestic. But
today we are flying 4 times a week to London. It would be unthinkable to
have no MAS service to London. Yet it was once an impossible dream, or
more correctly a fantasy.

19. The Government will play its role. We will be sympathetic. We will
listen to your grouses and we will act where necessary. But if the
Government seems to be acting against your interest, please remember that
it is not from a desire to begin charity abroad. Sometimes it is necessary
to jolt people out of their complacency and smug
self-satisfaction. Unpopular though it may be, the Government must off and
on apply the shock treatment.

20. What I say here is not meant for the engineers alone. It is meant for
all Malaysians, professionals as well as non-professionals. As the Malay
saying goes, "Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipis tidak datang
melayang". "What is round may not come rolling towards you, nor discs fly
in your direction". If we want something we must go and get it.

21. We are what we deserve to be. If we are not prepared to work hard for
ourselves then we deserve to be left behind. So, before we blame others,
spare some thoughts for our own shortcomings and correct them.

22. I have said a mouthful. The forum may not be right one. Guests of
honour do not usually deliver a lecture to their hosts. However we are in
the process of changing the attitudes of the whole nation. The
professionals are an important element of the nation. They cannot be left
intouched in the process that we have embarked on. They too must
change. And since I am always in a hurry I cannot wait for another
occassion to bring the professionals in line with the current efforts at
accelerating the pace of development of Malaysia.

23. Saya berterima kasih kepada Institusi Jurutera Malaysia kerana sudi
mengurniakan 'Fellowship Kehormat' kepada saya. Ini merupakan satu
penghargaan yang saya banggakan. Asas pemberian fellowship ini telah
diterangkan oleh Yang Berbahagia Yang di-Pertua Institusi ini, dan saya
ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan.

24. Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tan
Sri Hassan dan ahli-ahli Jawatankuasa Institusi ini kerana menjemput saya
ke Perayaan Jubli Peraknya ini. Kepada semua ahli Institusi Jurutera
Malaysia, saya ucapkan selamat berbakti kepada negara dan masyarakat. 
 



 


 











 
Google