Oleh/By : DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Tempat/Venue : PELABUHAN KUANTAN, PAHANG
Tarikh/Date : 19/09/87
Tajuk/Title : UPACARA PELANCARAN BERSAMA PROJEK
PENANGKAPAN IKAN LAUT DALAM
Tuan Yang Terutama
Jeneral Tun Prem Tinsulanonda;
Yang Amat Berhormat
Menteri Besar Pahang,
Dato' Mohamed Khalil Yaakob;
Yang Berhormat Menteri-menteri
dari Negeri Thai dan Malaysia;
Dif-Dif Kehormat;
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
Saya berasa gembira kerana dapat bersama-sama dengan
tuan-tuan dan puan-puan sekalian dan rakan-rakan kita dari
negara Thailand di majlis hari ini. Saya mengucapkan
tahniah kepada pihak penganjur di atas Pelancaran Bersama
Projek Penangkapan Ikan Laut Dalam ini.
2. Di Malaysia apabila kita sebut mengenai sektor
perikanan kita sering mengaitkannya dengan perahu-perahu dan
bot-bot yang kecil. Nelayan-nelayan kita hanya berusaha di
kawasan yang mana mereka masih dapat melihat daratan.
Masanya telah tiba bagi kita mengubah amalan ini selaras
dengan perubahan dan kemajuan dalam sektor perikanan masa
kini.
3. Kita tidak seharusnya ragu-ragu menceburi bidang
perikanan yang lebih besar dan lebih mencabar. Sekiranya
negara-negara lain seperti negara jiran kita Thailand
sanggup membina kapal-kapal perikanan yang besar bagi
menjelajah lautan luas, tidak ada sebab mengapa kita tidak
dapat berbuat demikian. Negara Thailand misalnya dapat
membangunkan perusahaan mengetin ikan tuna tanpa memiliki
sumber tunanya sendiri. Mereka sekarang telah menjadi
pengeluar dan pengeksport yang penting ikan tuna dalam tin.
Ini adalah satu perkara yang boleh kita teladani.
4. Ikan tuna yang ditangkap oleh nelayan kita hanyalah
merupakan jumlah yang kecil dari jumlah
potensi yang sebenarnya. Tambahan lagi, cara penangkapan
ikan tuna yang kita jalankan sekarang adalah kurang
memuaskan. Kita harus memperbaiki cara penangkapan supaya
dapat menambahkan lagi tangkapan serta meningkatkan
pendapatan kita.
5. Kawasan Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia mempunyai
potensi sumber yang baik. Walaupun kawasan ini jauh tetapi
dengan kapal yang besar dan teknologi yang moden, potensi
perikanan di kawasan tersebut dapat diterokai bagi memenuhi
permintaan dalam negeri dan juga untuk eksport. Saya
berharap ada pengusaha-pengusaha tempatan yang sanggup
menghadapi cabaran ini bagi membangunkan perusahaan
perikanan laut dalam. Malahan banyak lagi
kawasan yang berpotensi yang telah diliputi oleh kerja-kerja
penyelidikan Jabatan Perikanan. Sekiranya kita sendiri
tidak bersedia mengharungi laut yang begitu luas, ianya
merupakan satu kerugian yang besar kepada negara.
6. Pembangunan dan pelaburan dalam negara ini sering
sahaja dihubungkaitkan dengan aspek-aspek tanah atau
daratan. Boleh dikatakan tidak begitu ramai pengusaha yang
sanggup melabur dalam industri penangkapan ikan. Kalau
adapun hanya segelintir sahaja. Potensi dalam bidang
perikanan memang ada. Yang diperlukan ialah pengusaha yang
berani dan bertekad untuk menceburkan diri.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
7. Izinkan saya meneruskan ucapan saya ini dalam Bahasa
Inggeris kepada tetamu-tetamu kita.
Your Excellency General Tun Prem Tinsulanonda;
Distinguished guests;
Ladies and Gentlemen,
8. Thailand and Malaysia have been cooperating
successfully in many fields. On fishing General Prem has on
many occasions raised with me the possibility of our
two countries co-operating. At our last meeting in Phuket
two years ago we were of the view that some form of
cooperation can be worked out for our mutual benefit.
9. Today begins a new era in fishing co-operation between
Thailand and Malaysia. I am happy to be here together with
General Prem to jointly launch this deep sea fishing
project. This project will not only benefit Malaysia in our
endeavour to develop our Exclusive Economic Zone but it will
also help to increase the supply of tuna for the canneries
in Thailand. I am confident that with this beginning
Malaysia and Thailand can look forward to greater
co-operation in the fishing industry.
Your Excellency,
10. The highly developed fishing industry of your country
has been a source of inspiration to Malaysians. We are now
in a position to emulate your development and progress in
the fishing industry. Thus, we are encouraging Malaysian
fishermen to go into deep sea fishing. In this regard it is
hoped that this cooperation between Thai and Malaysian
fishermen would pave the way for more cooperation in the
fishing sector.
11. Once again I would like to thank Your Excellency for
kindly consenting to jointly launch this fishing
project. Your presence here is a testimony of your
deep interest and desire to promote greater cooperation
between our two countries.
12. I take this opportunity to wish this project every
success.
Thank you.
|