Oleh/By : DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Tempat/Venue : SUNGAI WAY, SELANGOR DARUL EHSAN
Tarikh/Date : 03/06/88
Tajuk/Title : PEMBUKAAN KILANG MATSUSHITA
COMPRESSOR & MOTOR SDN BHD
Yang Amat Berhormat
Datuk Muhammad bin Muhammad Taib,
Menteri Besar Selangor;
Yang Berbahagia
Raja Tan Sri Zainal Raja Sulaiman,
Pengerusi
Matsushita Compressor & Motor Sdn Bhd;
Yang Berhormat-Yang Berhormat;
Dif-dif Kehormat;
Tuan-tuan dan Puan-puan;
Saya mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Pengarah
dan pihak pengurusan Matsushita Compressor & Motor Sdn. Bhd.
kerana menjemput saya untuk berucap dan merasmikan kilang
Matsushita ini. Perasmian hari ini menandakan satu lagi
perkembangan dalam proses industrialisasi di Malaysia.
Tuan-tuan dan Puan-puan,
2. Malaysia telah melaksanakan dasar industrialisasi lebih
dari dua dekad. Di peringkat permulaannya industri-industri
yang digalakkan adalah di peringkat pengeluaran barangan
pengganti import atau import subs- titution. Selepas itu
kita memberi penekanan kepada industri yang mengeluarkan
barangan eksport. Kerajaan berbangga kerana eksport
barangan perkilangan telah meningkat dengan pesat sehingga
menjadi kira-kira 45% daripada jumlah eksport negara pada
tahun 1987.
3. Langkah Kerajaan memberi penekanan kepada
industrialisasi telah membawa manfaat yang sangat bermakna
kepada ekonomi negara. Kalau dahulu sektor pertanian,
perhutanan dan perikanan menjadi tulang belakang eksport dan
Keluaran Dalam Negeri Kasar atau KDNK, sekarang ini sektor
tersebut menduduki tempat kedua. Sektor perkilangan
sekarang ini merupakan sektor yang terbesar dari segi jumlah
nilai eksport dan juga KDNK negara. Sekiranya kita
teragak-agak melaksanakan dasar industrialisasi, kemungkinan
besar kita masih lagi bergantung sangat kepada naik-turun
permintaan pasaran antarabangsa terhadap barangan utama dan
barangan pertanian. Selain daripada itu masalah yang kita
hadapi ialah pengangguran. Sektor pertanian tidak mungkin
mewujudkan banyak peluang pekerjaan atau dapat membayar
gaji yang tinggi. Perkilangan sebaliknya memerlukan banyak
pekerja yang mahir dan tidak mahir. Kadang-kadang sebuah
kilang yang terletak di atas 10 ekar tanah memerlukan 1,000
orang pekerja. Sebaliknya, ladang 1,000 ekar mungkin
memerlukan hanya 500 orang pekerja sahaja. Justeru itu untuk
mengatasi masalah pengangguran, industri perkilangan amatlah
penting.
4. Menyentuh tentang industri perkilangan ini, Kerajaan
menyedari bahawa asas industri ini adalah tidak luas.Setakat
ini kira-kira 65% jumlah eksport barangan perkilangan
terdiri daripada barangan industri elektrik dan elektronik
serta barangan industri tekstil. Sebagai satu penekanan,
Kerajaan akan terus menggalakkan berbagai industri lain yang
belum wujud atau belum berkembang dalam negara kita. Di
samping itu, penekanan juga akan diberi kepada industri
pembekalan komponen untuk industri yang sedia ada. Dengan
adanya komponen tempatan yang berpatutan harganya,
pertumbuhan ndustri barangan siap akan menjadi lebih pesat.
Komponen juga boleh diekspot dan menambahkan lagi pertukaran
asing bagi negara kita asalkan kualiti baik
berbanding dengan kos.
5. Ini tidaklah bermakna Malaysia tidak akan memberi
galakan dan kemudahan bagi industri-industri perkilangan
yang telah bertapak dengan kuatnya seperti elektrik dan
elektronik serta industri tekstil. Galakan itu tetap akan
diteruskan.
Tuan-tuan dan puan-puan,
6. Turut hadir di majlis ini ialah para pelabur dan para
pengusaha dari negara Jepun dan juga negara-negara asing.
Dengan itu, izinkan saya berucap sedikit dalam Bahasa
Inggeris.
Ladies and Gentlemen,
7. The investment of almost $200 million Ringgit by
Matsushita will no doubt bring substantial benefit to us.
The Government is pleased that this factory will provide
employment for more than one thousand local workers;
opportunities to learn the application of modern technology
for the production of electrical goods and also provide an
additional source of revenue to the Government. Malaysia
hopes that more foreign investors will invest in these job
creating industries.
8. The political and economic stability of this country is
of paramount consideration to foreign
investors. The Government is aware that adverse reports
have been made by the foreign media against the people and
the Government of this country. This is not the first time
that this has happened. However, genuine investors will
eventually find out the truth and will invest here. Foreign
investors will come here not only with capital, but also
with modern technological know-how. This is proven by
Matsushita which has decided to invest in this country and
to bring modern technology in the production of electrical
components. Another proof of investor confidence is the
total amount of foreign investment approved by MIDA last
year which totalled $750 million Ringgit, compared to $524
million Ringgit the year before.
9. Despite reports to the contrary Malaysia is politically
stable and secure. Additionally, this country is getting
economically stronger as recent economic indicators have
shown. If GNP is used as a yardstick, the growth of
4.7% last year reflected sound economic growth following
upon the efforts of both the Government and private
sectors to overcome depressed market conditions due to world
economic recession two to three years back. Malaysia's
Balance of Payment last year further reflected the economic
strength of the country: not only has the surplus in
Merchandise Account increased, but there is also a surplus
in Current Account as compared to deficits for the past
few years. Bank Negara reserves have increased
to more than $19 billion Ringgit last year, equivalent to
retained imports of 7.4 months. These economic indicators
should convince potential investors of the soundness of this
nation's management.
10. On the top of that, the Government has taken several
measures not only to improve the investment climate, but
also to ensure that this country is more attractive for
investment compared with other countries in this region.
Besides offering fiscal incentives, the Government has also
improved its administrative system concerned with promoting
the growth of industries. Directives have gone out for all
decisions on incentives to be made within 2 months.
The Government has also streamlined procedures related to
manufacturing licences and technical agreements to ensure
that they are processed within 6 weeks. State Governments
and the Ministry of Trade and Industry have established one
stop agencies for issuing all licences required by
investors.
Tuan-tuan dan puan-puan,
11. Tindakan dan dasar Kerajaan sahaja tidak mencukupi
untuk menarik pelaburan asing. Rakyat, khususnya para
pekerja serta kesatuan-kesatuan mereka juga, perlu memainkan
peranan untuk mewujudkan iklim yang baik bagi pelaburan oleh
para pelabur tempatan dan asing.
12. Kita harus menerima hakikat bahawa para pelabur di
mana-mana juga mereka melabur, didorong oleh hasrat mencari
keuntungan.Mereka tidak melabur kerana ingin berbakti kepada
masyarakat negara asing, walaupun di zaman ini para
pelabur lebih bertanggungjawab dan sedar akan peranan pihak
lain dalam menjayakan pelaburan mereka. Justeru itu kita
perlu berhati-hati mengimbangkan kepentingan kita dengan
kepentingan mereka.
13. Kita juga harus ingat bahawa banyak negara yang mahukan
pelaburan dan dengan itu persaingan antara negara-negara
yang berminat dengan pelaburan asing adalah hebat. Jika
tindakan-tindakan kita menidakkan atau mengurangkan kesan
segala insentif Kerajaan, para pelabur akan melabur di
negara-negara lain. Sementara kita tidak
mahu menjual tenaga dan maruah kita dengan murah, kita tidak
boleh terlalu sombong dan menuntut bayaran yang terlalu
tinggi bagi tenaga kita. Sepertimana juga kita tidak suka
dilayan dengan buruk oleh orang lain, janganlah kita pula
memberi khidmat yang tidak baik kepada mereka yang memberi
peluang pekerjaan kepada kita. Kesabaran dan kesederhanaan
harus menjadi sebahagian daripada sifat kita terhadap para
pelabur dan pelaburan asing.
14. Bagi beberapa tahun yang akan datang, kita memerlukan
pelaburan asing untuk membangunkan ekonomi negara kita.
Adalah menjadi harapan Kerajaan bahawa ahli-ahli teknikal
dan para pengurus tempatan yang bekerja dalam kilang-kilang
asing akan mempelajari teknologi dan seluk-beluk perusahaan
dan perniagaan sehingga dapat mengadakan perusahaan sendiri.
Lebih cepat kita belajar, lebih cepat lagi kita dapat
mengurangkan pergantungan kita kepada pelaburan asing.
Bukan menjadi hasrat Kerajaan untuk selama-lamanya
bergantung kepada orang lain. Tetapi, selagi kita tidak
terdaya mengadakan industri kita sendiri, selama itulah kita
terpaksa bergantung kepada para pelabur dan para pengusaha
asing. Demi maruah dan kedaulatan kita, kita harus
mempercepatkan lagi proses penguasaan kecekapan-kecekapan
yang diperlukan.
Tuan-tuan dan Puan-puan
15. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada
Lembaga Pengarah syarikat ini kerana telah menjemput saya
merasmikan kilang yang moden ini. Adalah diharapkan kilang
ini akan berjaya dan kejayaan itu akan menggalakkan
pekilang-pekilang asing datang ke negara ini dengan modal
dan teknologi yang diperlukan. Dengan harapan ini, saya
dengan sukacitanya membuka kilang Matsushita Compressor And
Motor Sdn. Bhd. dengan rasminya.
|