Oleh/By		:	DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD 
Tempat/Venue 	: 	SHAH ALAM, SELANGOR 
Tarikh/Date 	: 	12/09/88 
Tajuk/Title  	: 	PEMBUKAAN KILANG WAKO ELECTRONICS 
			MALAYSIA SDN BHD 




 Yang Amat Berhormat
     Datuk Muhammad bin Muhammad Taib,
     Menteri Besar Selangor;
Encik Yosuke Yoshioka,
     Presiden WAKO Electronics Sdn. Berhad;
Yang Berhormat-Yang Berhormat;
Dif-dif Kehormat;
Tuan-tuan dan Puan-puan;
    Saya  mengucapkan  terima kasih kepada Lembaga Pengarah
dan pihak pengurusan WAKO Electronics  (Malaysia)  Sendirian
Berhad  kerana  menjemput  saya untuk berucap dan merasmikan
kilang  syarikat  elektronik  ini.     Perasmian  hari   ini
menandakan  satu  lagi perkembangan bagi industri elektronik
di negara ini.
Tuan-tuan dan Puan-puan,
2.   Pada  permulaan  proses  industrialisasi   negara   ini
industri-industri yang digalakkan ialah pengeluaran barangan
pengganti   import   atau  import  substitution  industries.
Selepas itu kita  memberi  penekanan  kepada  industri  yang
mengeluarkan    barangan    eksport.       Pertukaran   hala
industrialisasi Malaysia ini adalah tepat oleh  kerana  kita
perlu  meningkatkan  eksport  kita  untuk mengimbangi import
yang semakin meningkat.  Pada tahun 1987,  eksport  barangan
perkilangan, yang menggambarkan kesan industrialisasi negara
ini, telah meningkat sehingga menjadi kira-kira 45% daripada
jumlah eksport negara.
3.   Langkah     Kerajaan     memberi    penekanan    kepada
industrialisasi telah membawa manfaat yang  sangat  bermakna
kepada  ekonomi  negara.    Kalau  dahulu  sektor pertanian,
perhutanan dan perikanan menjadi tulang belakang eksport dan
Keluaran Dalam Negeri Kasar atau KDNK, sekarang  ini  sektor
tersebut   menduduki   tempat  kedua.    Sektor  perkilangan
sekarang ini merupakan sektor yang terbesar dari segi jumlah
nilai  eksport  dan  juga  KDNK  negara.    Sekiranya   kita
teragak-agak melaksanakan dasar industrialisasi, kemungkinan
besar  kita  masih  lagi bergantung sangat kepada naik-turun
permintaan pasaran antarabangsa  terhadap  barangan-barangan
utama  kita.    Sementara  kita  tidak  harus membelakangkan
peranan pertanian, kita  perlu  meningkatkan  lagi  kegiatan
perkilangan   untuk   mengimbangkan  ketidak-stabilan  harga
barangan utama.
4.   Di samping itu, Kerajaan menyedari bahawa asas industri
perkilangan kita tidak luas.  Dari jumlah  eksport  barangan
perkilangan  negara,  kira-kira  65% adalah terdiri daripada
barangan industri elektrik  dan  elektronik  serta  barangan
industri  tekstil.    Pada  suku  pertama tahun ini, eksport
komponen-komponen elektronik sahaja  melebihi  satu-per-tiga
jumlah eksport barangan perkilangan.
5.   Kerajaan  dengan  itu  akan terus menggalakkan berbagai
industri lain yang belum wujud atau belum  berkembang  dalam
negara  kita.    Di  samping itu, galakan akan diberi kepada
industri pembekalan komponen untuk industri yang sedia  ada.
Dengan  adanya  komponen  tempatan yang berpatutan harganya,
pertumbuhan industri barangan siap akan menjadi lebih pesat.
Komponen  juga  perlu   dieksport   untuk   mempertingkatkan
keluarannya  supaya  kita dapat mengurangkan kos dan menjadi
lebih berupaya  untuk  bersaing  atau  competitive.    Walau
bagaimanapun  ini  tidaklah  bermakna  Malaysia  tidak  akan
memberi  galakan  dan   kemudahan   bagi   industri-industri
perkilangan  yang  telah  bertapak  dengan  kuatnya  seperti
elektrik dan elektronik serta industri tekstil.
Tuan-tuan dan puan-puan,
6.   Turut hadir di majlis ini ialah para pelabur  dan  para
pengusaha  dari  negara  Jepun dan juga negara-negara asing.
Dengan  itu,  izinkan  saya  berucap  sedikit  dalam  Bahasa
Inggeris.
Ladies and Gentlemen,
7.   The    multi-million   Ringgit   investment   by   WAKO
Electronics will no doubt bring substantial benefit  to  us.
We  do  realise that the political and economic stability of
this  country  is  of  paramount  consideration  to  foreign
investors.     Economic  and  political  stability  are  the
prerequisite for successful  enterprises  which  will  yield
profits.  The setting up of this factory by WAKO Electronics
is  a measure of the faith that this company and others have
in the economic climate and political stability of Malaysia.
8.   That Malaysia is getting economically stronger is clear
from the recent economic indicators.  The GDP growth  of  9%
in  the  first  half  of this year is remarkable even by the
standards of the boom years of  the  70's  and  early  80's.
This  achievement  is  made  possible  by  the  recovery  in
commodity prices.  But no less important are the efforts  of
both  the Government and private sectors to make adjustments
and exercise greater financial discipline.
9.   The Government has taken several  measures  to  improve
the  investment  climate further.   Besides offering  fiscal
incentives,   the   Government   has   also   improved   its
administrative   procedures   concerned  with  approval  and
implementation of projects.   Decisions  on  incentives  has
been hastened.  Procedures related to manufacturing licences
and  technical  agreements have been streamlined to ensure a
minimal amount of delay.
10.  The electronics industry in Malaysia has been  confined
principally  to  the assembly and testing of semiconductors.
Another feature of the industry is its  imported  technology
and  material  inputs.    For  the Malaysian Government, the
thrust of the  electronics  industry  in  future  should  be
greater   local   sourcing   of   materials  and  parts  and
diversification into a wider range of  electronic  products.
It is hoped that the industry will also be able to establish
effective  forward and backward linkages.  In line with this
aspiration,  the  Government   hopes   investment   in   the
electronics  industry  in  future will include and emphasise
other products in addition to semiconductors.
Tuan-tuan dan puan-puan,
11.  Industri  elektronik  merupakan  industri  yang  paling
pesat mengalami kemajuan baru-baru ini.  Pertumbuhannya pada
suku  pertama  tahun  ini  adalah  yang paling tinggi sekali
bukan sahaja  di  kalangan  industri-industri  dalam  sektor
pembuatan,  bahkan  juga  bagi semua industri di negara kita
ini.   Sudah semestinya para  pengusaha  dan  pekerja  dalam
industri   ini   berbangga  dengan  pencapaiannya.     Walau
bagaimanapun pelaburan  dalam  industri  ini  dikuasai  oleh
modal  dan  pengurusan  luar  negeri.    Dengan itu Kerajaan
berharap pengusaha-pengusaha tempatan akan  cuba  mengadakan
usahasama  atau  joint-ventures  dengan pelabur-pelabur luar
negeri dalam industri elektronik.    Jurutera-jurutera  kita
yang  berpengalaman  luas  dalam  bidang  pembuatan komponen
elektronik sepatutnya mencuba bersama dengan pemodal-pemodal
dalam negeri untuk  mengadakan  kilang  elektronik  sendiri.
Negara-negara  seperti Korea, Taiwan dan Hong Kong sudah pun
mempunyai keupayaan mengeluarkan microchips mereka  sendiri.
Tidak  ada  sebab  mengapa  kita  tidak  boleh  mengeluarkan
barangan ini.  Kerajaan akan memberi sebarang  bantuan  yang
difikirkan wajar.
12.  Kepada  para  pengurus dan pekerja tempatan di syarikat
ini, Kerajaan berharap kita harus ingat bahawa banyak negara
yang berminat dengan pelaburan asing.  Dengan itu persaingan
antara negara-negara ini adalah hebat.  Di samping  Kerajaan
menyediakan  berbagai  insentif dan kemudahan-kemudahan lain
untuk menarik pelaburan asing,  para  pengurus  dan  pekerja
tempatan  mempunyai  peranan  yang  bermakna  untuk  menarik
mereka ke sini.   Para pengurus dan  pekerja  tempatan  yang
bekerja  di  syarikat-syarikat dan kilang-kilang milik asing
hendaklah menunjukkan contoh  yang  baik.    Kita  hendaklah
rajin  bekerja  serta  memastikan sumbangan dan produktiviti
kita adalah ditahap yang  tinggi.    Dengan  cara  ini  para
pelabur   akan  menolong  mewujudkan  lebih  banyak  peluang
pekerjaan bagi mereka yang masih menganggur dan peluang naik
pangkat bagi yang sudah bekerja.
Tuan-tuan dan puan-puan,
13.  Saya berharap kilang ini akan berjaya dan kejayaan  itu
akan  menggalakkan  pekilang-pekilang asing datang ke negara
ini dengan modal dan  teknologi  yang  diperlukan.    Dengan
harapan  tersebut,  saya  dengan  sukacitanya membuka kilang
WAKO Electronics (Malaysia) Sdn. Bhd. ini dengan rasminya.

 

 



 
Google