Oleh/By : DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Tempat/Venue : DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
Tarikh/Date : 11/11/89
Tajuk/Title : MAJLIS SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-44
BANGSA-BANGSA BERSATU
Yang Berhormat Mulia Tengku Ahmad
Rithauddeen,
Presiden Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu
Malaysia atau UNMA;
Encik Carl-Erik Wiberg,
Wakil Serantau UNDP di Kuala Lumpur;
Dif-dif Kehormat;
Tuan-tuan dan Puan-puan,
Saya berbangga dengan usaha Persatuan Bangsa-Bangsa
Bersatu Malaysia atau UNMA yang menganjurkan sambutan Hari
Ulangtahun Bangsa-Bangsa Bersatu yang ke-44 ini. Hari
Bangsa-Bangsa Bersatu sebenarnya jatuh pada 24hb. Oktober,
tetapi oleh kerana kita sibuk dengan Mesyuarat Ketua-Ketua
Kerajaan Komanwel atau CHOGM, maka kita baru sekarang dapat
menyambut upacara ini. Walaupun terlambat, Malaysia dan
rakyatnya mengucapkan tahniah kepada badan dunia itu sempena
sambutan ulangtahun ke-44 ini. Apatah lagi Malaysia adalah
penyokong kuat Bangsa-Bangsa Bersatu dan Malaysia telah
mengambil peluang bersuara dengan tegas terhadap isu-isu
yang penting di badan dunia itu.
Tuan-tuan dan puan-puan,
2. UNMA, seperti tahun-tahun yang lalu, selalu
menganjurkan Hari Bangsa-Bangsa Bersatu dengan penyertaan
kanak-kanak. Tradisi ini sangat terpuji oleh kerana apa
sahaja yang diperjuangkan hari ini oleh badan dunia ini
adalah untuk kesejahteraan, keselamatan dan kebahagiaan masa
hadapan anak-anak di seluruh dunia. Bangsa-Bangsa Bersatu
mempunyai peranan penting untuk memastikan wujudnya dunia
yang selamat dan sejahtera itu. Kita berkumpul sekarang
untuk menebalkan dedikasi kita ke atas matlamat-matlamat
murni badan dunia itu. Selepas dunia kita mengalami dua
peperangan yang dahsyat, Bangsa-Bangsa Bersatu ditubuhkan
bagi mengelakkan peperangan, mewujudkan hak-hak manusia
dan menggalakkan kemajuan ekonomi dan sosial yang akan
meningkatkan taraf hidup penduduk dunia.
Ladies and gentlemen,
3. I am sure that nothing could be more satisfying to the
organisers of this evening than to ensure that the spirit of
26 June 1945, when the UN Charter was signed, is inculcated
in the hearts of the very young so that they will grow up
fully imbued with the spirit of global responsibility and
the need to cooperate, and cooperate peacefully, in order
for mankind to progress. A famous Malay proverb succinctly
points out that for one to shape the bamboo you have to
start from the shoots.
4. The involvement of children tonight is also significant
as 1989 marks the thirtieth anniversary of the Declaration
on the Rights of the Child and the tenth anniversary of the
International Year of the Child. The United Nations is
profoundly concerned that the situation of children in many
parts of the world remains critical as a result of
inadequate social conditions, natural disasters, armed
conflicts, illiteracy, hunger and so on. The UN and its
member countries are convinced that urgent effective
national and international action is called for. Hence the
world body is working on the details of a convention on the
rights of the child at the UN General Assembly in New York.
We in Malaysia will give full support to the convention.
Tuan-tuan dan puan-puan,
5. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan
penghargaan kepada semua kanak-kanak, serta pengorbanan ibu
bapa mereka, yang telah menjayakan majlis sambutan ini.
Akhirnya, saya mengucapkan selamat menyambut Hari Ulangtahun
Bangsa-Bangsa Bersatu yang ke-44.
|