home
Speechs in the year
2003
2002
2001
2000
1999
1998
1997
1996
1995
1994
1993
1992
1991
1990
-->
   
Oleh/By		:	DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD 
Tempat/Venue 	: 	PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA (PWTC), 
			KUALA LUMPUR (K.L) 
Tarikh/Date 	: 	09/11/90 
Tajuk/Title  	: 	MAJLIS PENGANUGERAHAN 'ANUGERAH 
			KUALITI PERDANA MENTERI 1990' 




 Yang Berhormat Haji Annuar Musa,
     Menteri Belia dan Sukan;
Dif-Dif Kehormat;
Tuan-tuan dan Puan-puan.
Assalamualaikum   warahmatullahi   wabarakatuh   dan   salam
sejahtera.
    Saya mengucapkan terima kasih kepada Kementerian  Belia
dan  Sukan  kerana  menjemput  saya ke Majlis Penganugerahan
'Anugerah Kualiti Perdana Menteri  1990'  ini.    Saya  juga
mengucapkan  tahniah  kepada Majlis Tertinggi Gerakan Budaya
Kerja Cemerlang dan Jawatankuasa Pengelola kerana menjayakan
tugas   menganjur   dan   mengenalpasti    pemenang-pemenang
'Anugerah Kualiti Perdana Menteri 1990'.
Tuan-tuan dan puan-puan,
2.   Malaysia  memerlukan  masyarakat  yang mampu menghayati
dan mengamalkan  budaya  kerja  yang  cemerlang  yang  boleh
menghasilkan perkhidmatan dan barang-barang yang berkualiti.
Dalam  usaha  membangunkan  ekonomi  negara,  kita  terpaksa
menghadapi saingan yang  hebat  dengan  negara-negara  lain.
Pasaran  dalam  negeri  boleh  dilindungi  walaupun sekarang
perlindungan yang ketara akan  menarik  kecaman  dan  tindak
balas  daripada  negara-negara  lain.   Tetapi untuk pasaran
dunia kita tidak dapat mengelakkan diri daripada persaingan.
Walaupun mungkin kita mendapat competitive advantage  kerana
kos  tenaga dalam negara kita rendah, tetapi jika mutu tidak
baik,  kos  yang  rendah  semata-mata   tidak   akan   dapat
menjayakan  barang-barang  kita  dalam pasaran antarabangsa.
Hanya kualiti yang tinggi dengan  harga  yang  selaras  yang
boleh  menolong  kita  bersaing dengan jayanya dalam pasaran
dunia.
3.   Untuk menentukan kualiti yang tinggi kita harus bekerja
dengan cermat dan bertanggungjawab.   Bekerja dengan  cermat
mungkin  pada mulanya akan melambatkan proses dan menurunkan
daya pengeluaran.  Tetapi demikianlah tabii manusia, setelah
sesuatu kerja diulang dan diulang lagi, kerja yang baik akan
dihasilkan dengan tidak memerlukan masa  yang  panjang  yang
mengurangkan  daya  pengeluaran.    Kelok  pembelajaran atau
learning curve adalah suatu fenomena yang terkenal, dan kita
tidak harus mengorbankan kualiti kerana ingin mempercepatkan
proses kerja.
4.   Di zaman ini, kualiti diterima  sebagai  matlamat  yang
penting.   Usaha mencapai kualiti pada mulanya terhad kepada
pemilihan dan penerimaan hasil kerja yang  menepati  kualiti
yang  ditentukan.    Yang  tidak  berkualiti  dibuang begitu
sahaja.  Kemudian usaha dibuat supaya dari awal lagi  segala
kerja  menepati  piawaian  yang  boleh  menghasilkan barang-
barang yang  berkualiti.    Dengan  itu  hasil  yang  kurang
kualitinya,  yang  akan  dibuang, berkurangan.   Selepas itu
konsep kawalan kualiti total atau total quality control  dan
kawalan  kualiti keseluruhan syarikat atau companywide qual-
ity control diamalkan. Mengikut  konsep  ini,  bukan  sahaja
pekerja  yang membuat barang-barang yang dikehendaki menjaga
kualiti kerja dan kualiti hasil, tetapi  pengurus  di  semua
peringkat  dikehendaki  juga  menjaga  kualiti kerja mereka.
Dengan ini bahan mentah dan komponen yang dibekal oleh pihak
lain,  serta   kelicinan   pengurusan,   semuanya   menolong
meningkatkan  kualiti hasil kerja atau barang-barang.  'Zero
defect'  iaitu  hasil  tanpa  sebarang  kecacatan   bukanlah
sesuatu  yang mustahil atau impossible.  Namun begitu, walau
bagaimana baik sekalipun hasil kerja, masih juga  ada  ruang
untuk  memperbaiki  lagi  hasil  kerja  itu.    Justeru  itu
mengejar kualiti adalah satu usaha yang berpanjangan, kerana
piawaian atau standard yang dianggap menepati 'zero  defect'
boleh ditingkat dan ditingkatkan lagi.
5.   Adalah  menjadi  harapan  dan  cita-cita  kerajaan agar
setiap individu pekerja di sektor awam dan swasta akan lebih
komited kepada tugas dan tanggungjawab mereka untuk memenuhi
matlamat pencapaian kualiti dalam semua  urusan  dan  kerja.
Barang-barang  hasil  kerja  kita mestilah menepati kehendak
pelanggan.  'The customer is always right' mestilah  menjadi
slogan  kita.    Jika  kita  bekerja untuk memenuhi kehendak
pelanggan, kemungkinan kita berjaya dalam  pemasaran  adalah
lebih  tinggi.   Tetapi, jika kita bekerja semata-mata untuk
memenuhi syarat kerja sahaja, lambat laun kita akan  kecewa.
Ini  adalah  oleh  kerana  ekonomi  tidak akan tumbuh bahkan
boleh merosot dan dengan itu penambahan  pendapatan  amatlah
sukar  diperolehi.   Negara yang ekonominya tidak maju tidak
pernah mempunyai pekerja yang bergaji tinggi.
6.   Di  sini  eloklah  kita   menafsirkan   semula   konsep
pelanggan  atau customer.   Biasanya kita menganggap pembeli
yang terakhir hasil kerja kita  sebagai  pelanggan.    Dalam
usaha  untuk meningkatkan mutu kerja demi kualiti, seseorang
pekerja hendaklah menganggap pekerja lain yang akan menerima
hasil kerjanya sebagai pelanggan.   Ini bermakna  jika  kita
bekerja  sebagai  pekerja  barisan pemasangan atau assembly-
line, maka kerja yang kita buat mestilah  berkualiti  supaya
pekerja  yang akan menerima hasil kerja kita tidak mendapati
apa-apa kecacatan, kerana ia adalah pelanggan  kita.    Jika
semua  pekerja  menganggap  pekerja yang akan menerima hasil
kerja mereka sebagai  pelanggan  dan  setiap  pekerja  mesti
menepati  kehendak  pelanggan,  setiap kerja akan berkualiti
dan barang-barang yang dihasilkan  akhirnya  tetap  menepati
kualiti   yang  ditentukan.     Jika  kita  menerima  konsep
pelanggan seperti yang ditafsirkan ini,  maka  kualiti  akan
dijaga  sepanjang  masa  dan  sudah  tentu kemungkinan hasil
kerja yang cacat dapat  dikurangkan  sehingga  sampai  sifar
atau zero.
7.   Majlis  Tertinggi  Gerakan  Budaya Kerja Cemerlang yang
dibentuk pada bulan Julai  yang  lalu  hendaklah  memikirkan
cara-cara  yang  dinamik untuk menjayakan gerakan kualiti di
seluruh negara.  Kita perlu memberi keutamaan kepada kualiti
dalam apa juga kerja yang kita buat, sama ada khidmat,  atau
pengurusan  atau pembuatan.   We need total, companywide and
nationwide  quality  control.     Harus  diingatkan   bahawa
sementara khidmat atau hasil kerja kita yang berkualiti akan
dinikmati   oleh   orang   lain,   dalam   masyarakat   yang
mengutamakan kualiti, kita sendiri  akan  menikmati  khidmat
dan hasil kerja yang berkualiti yang dibuat oleh orang lain.
Pendek kata dalam masyarakat yang mengutamakan kualiti, kita
semua  akan  dapat  menikmati  kualiti dalam kehidupan kita.
Lebih daripada  itu  masyarakat  yang  mengutamakan  kualiti
pasti akan berjaya dan dihormati.
Tuan-tuan dan puan-puan,
8.   Keperluan  yang  penting  sekali  dalam pembinaan suatu
budaya kerja yang  berkualiti  dan  cemerlang  ialah  sikap.
Sikap  ini bergantung kepada nilai-nilai hidup yang dipegang
oleh kita.   Jika kita  menghargai  nilai-nilai  yang  mulia
seperti  amanah,  bertanggungjawab, kerajinan, dan lain-lain
dan kita mengamalkannya maka kita akan mempunyai sikap  yang
sesuai untuk kejayaan.
9.   Sikap   yang  sesuai  tidak  wujud  dengan  sendirinya.
Memang ada masyarakat yang  mengamalkan  budaya  kerja  yang
baik,  tetapi  kegagalan  kebanyakan  masyarakat menunjukkan
bahawa sikap yang tidak  baik  terdapat  di  mana-mana  jua.
Justeru itu kita tidak boleh mengharapkan sikap yang positif
wujud  dengan  sendirinya.    Usaha  hendaklah  dibuat untuk
membentuk sikap yang positif melalui amalan nilai-nilai yang
mulia di kalangan  seluruh  masyarakat  Malaysia  jika  kita
ingin menjayakan cita-cita kita meningkatkan kualiti.
10.  Dalam hal ini ibu bapa dan guru boleh memainkan peranan
yang  penting  dalam  membentuk  sikap  yang  boleh  membawa
kejayaan. Tetapi jika tradisi dan budaya sesuatu  masyarakat
itu  sudah  tidak  begitu  sesuai  untuk  mencapai kejayaan,
adalah sukar bagi ibu bapa dan  guru-guru  dalam  masyarakat
itu  membuat  pendekatan  lain,  selain  daripada meneruskan
semaian nilai dan sikap yang sedia ada  yang  mungkin  tidak
sesuai bagi mencapai kejayaan.  Justeru itu, satu usaha yang
khusus  hendaklah  dibuat  bagi  menentukan nilai-nilai yang
patut  disemai,  dan  usaha-usaha  yang   berpanjangan   dan
menyeluruh  dijalankan  untuk menyemai nilai-nilai tersebut.
Untuk tujuan ini kerajaan telah dan akan  mengadakan  pusat-
pusat  bina  semangat  di  mana  kursus-kursus akan diadakan
untuk membentuk peribadi dan  budaya  yang  diharapkan  akan
membawa  kepada  penghargaan  terhadap kualiti dan cara-cara
mencapainya.  Pihak-pihak lain juga  harus  memberi  tumpuan
kepada  soal  pembentukan  sikap sebagai pelaburan yang akan
membawa hasil jangka panjang.   Pelaburan  dalam  usaha  ini
tidak  kurang  pentingnya daripada pelaburan modal yang lain
yang diperlukan untuk apa juga perniagaan,  atau  perusahaan
atau perkhidmatan.
Tuan-tuan dan Puan-puan,
11.  Kita  sebenarnya telah banyak mencapai kejayaan, tetapi
banyak lagi kejayaan yang  perlu  kita  kejar  dan  terokai.
Negara  kita  telah  mendapat  pengiktirafan di dalam banyak
bidang di peringkat serantau dan antarabangsa.
12.  Kita perlu ingat  dan  hayati  bahawa  gerakan  kualiti
tidak  ada  hadnya.   Ianya merupakan suatu usaha yang tidak
ada akhirnya.  Gerakan Budaya Kerja Cemerlang bukanlah suatu
kempen yang singkat, tetapi ianya  perlulah  menjadi  budaya
hidup kita yang hakiki.  Ianya juga adalah suatu proses yang
melibat  maruah  diri,  keluarga, organisasi, masyarakat dan
negara untuk  mencapai  kualiti  kehidupan  yang  cemerlang.
Pengwujudan  Anugerah  Kualiti  Perdana  Menteri adalah satu
cara pengiktirafan usaha ini.
Tuan-tuan dan puan-puan,
13.  Saya  mengucapkan  tahniah   kepada   pemenang-pemenang
'Anugerah   Kualiti   Perdana   Menteri   1990'.      Semoga
pengiktirafan ini akan mendorong kita semua berusaha  dengan
bersungguh-sungguh  mencapai kualiti dan kejayaan yang lebih
tinggi lagi.
     Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 
 



 
Google