Oleh/By : DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Tempat/Venue :
Tarikh/Date : 28/02/91
Tajuk/Title : MALAYSIA: THE WAY
FORWARD (TERJEMAHAN)
Pengenalan
----------
Kertas kerja ini bertujuan untuk mengemukakan kepada
tuan-tuan beberapa pandangan tentang arah masa depan negara
kita dan bagaimana kita patut berusaha mencapai matlamat
membangunkan Malaysia menjadi Negara Perindustrian. Turut
digariskan beberapa langkah yang patut diambil dalam
jangka pendek supaya asas bagi perjalanan jauh untuk
mencapai matlamat utama itu dapat diatur.
2. Kita berharap bahawa rakyat Malaysia yang dilahirkan
hari ini dan pada tahun-tahun akan datang akan menjadi
generasi terakhir warganegara kita yang tinggal di negara
yang digelar 'membangun'. Matlamat utama yang patut kita
tujui ialah Malaysia yang menjadi negara maju sepenuhnya
menjelang tahun 2020.
3. Tuan-tuan mungkin bertanya apakah sebenarnya "negara
maju sepenuhnya?" Adakah kita mahu menjadi seperti 19
negara
kita
Sweden, Finland, Jepun? Yang jelasnya setiap satu daripada
19 negara ini, daripada masyarakat dunia yang mempunyai
lebih 160
setiap negara
meniru salah satu
membangun. Kita patut
kita.
4. Malaysia tidak harus dibangunkan dalam bidang ekonomi
sahaja. Ia mesti menjadi negara yang maju sepenuhnya dalam
semua bidang: ekonomi, politik, sosial, kerohanian,
psikologi,
perpaduan nasional dan sosial, dalam erti kata ekonomi kita,
dalam erti kata keadilan sosial, kestabilan politik, sistem
kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah
bangsa dan keyakinan.
Malaysia sebagai negara maju sepenuhnya - satu takrif
|