home Speechs in the year 2003 2002 2001 2000 1999 1998 1997 1996 1995 1994 1993 1992 1991 1990 --> |
Oleh/By : DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD Tempat/Venue : PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA, KUALA LUMPUR Tarikh/Date : 18/07/91 Tajuk/Title : UPACARA MENANDATANGANI "WORLD DECLARATION ON THE SURVIVAL, PROTECTION AND DEVELOPMENT OF CHILDREN" Saya gembira kerana dapat bersama-sama hadir di majlis yang sungguh bererti bagi saya sendiri dan juga Kerajaan Malaysia. Saya mengalu-alukan kehadiran Dr. Richard Jolly, yang telah diwakilkan oleh Konvenor Sidang Kemuncak Sedunia Mengenai Kanak-kanak untuk menyaksikan upacara ini. On be- half of the children, people and Government of Malaysia, I wish to extend a warm welcome to you, Dr. Richard Jolly, and to your colleagues for your presence today on this auspicious occasion. 2. Kita berkumpul pada hari ini untuk merakamkan komitmen negara, Kerajaan dan setiap individu termasuk kanak-kanak kepada Deklarasi Sedunia Mengenai Kehidupan, Perlindungan dan Kemajuan Kanak-kanak. Malaysia akan memberi keutamaan kepada isu-isu yang berkaitan dalam Deklarasi ini untuk memudahkan pelaksanaannya ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan oleh negara kita. 3. Adalah menjadi satu kenyataan bahawa kanak-kanak merupakan kekayaan negara dan juga kekayaan keluarga. Oleh kerana kanak-kanak merupakan asset tertinggi dan golongan yang sangat 'vulnerable', mereka memerlukan perhatian dan jagaan yang istimewa. Mereka perlu dilengkapkan dengan pendidikan, kemahiran serta nilai hidup positif sebagai bakal generasi muda yang akan menggantikan tempat kita pada masa hadapan. 4. Bagi Malaysia, salah satu dimensi baru yang ditekankan dalam Dasar Pembangunan Nasional (DPN) ialah pembangunan sumber kemanusiaan. Dalam konteks ini, Kerajaan akan merangka dasar-dasar, strategi dan program untuk meningkatkan pembangunan kanak-kanak dan belia sebagai sumber kemanusiaan yang terpenting. Keutamaan akan diberi kepada pembangunan kanak-kanak yang seimbang daripada segi fizikal, mental dan kerohanian termasuk nilai moral, etika dan sikap. Dalam perancangan dasar-dasar ini, semua golongan kanak-kanak akan diambilkira dan perhatian khusus diberi kepada mereka yang kurang bernasib baik, iaitu 'dis- advantaged' atau 'unfortunate children'. Langkah ini adalah selaras dengan matlamat Kerajaan untuk mewujudkan 'A Caring Society and A Caring Nation'. 5. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan sekalian, semenjak merdeka, semua rancangan pembangunan negara telah merangkumi pelbagai program dan strategi ke arah kehidupan, pembangunan dan perlindungan kanak-kanak dan untuk memenuhi keperluan asas kanak-kanak. Ini dijalankan melalui usahasama pelbagai kementerian, agensi-agensi Kerajaan dan bukan Kerajaan, termasuk pertubuhan-pertubuhan sukarela. Kita boleh berbangga dengan pencapaian kita dalam masa 33 tahun semenjak merdeka. Hasil program-program asas ini dapat dilihat daripada beberapa petunjuk yang membayangkan keadaan sosio-ekonomi dan pembangunan negara. Sebagai contoh, kadar kenal huruf telah meningkat daripada 66 peratus pada tahun 1970 kepada kira-kira 79 peratus pada tahun 1990. Kadar kematian bayi telah turun daripada 39.4 bagi setiap 1,000 kelahiran hidup pada tahun 1970 kepada 13.5 bagi tahun 1990. Begitu juga, bekalan air selamat telah meningkat kepada 78.3 peratus daripada isirumah pada tahun 1990. 6. Namun begitu, Kerajaan sedar masih banyak usaha perlu dipertingkatkan untuk membaiki keadaan kehidupan, perlindungan dan pembangunan kanak-kanak keseluruhannya. Justeru itu, saya menyeru semua agensi mengkaji program masing-masing dan melaksanakan program yang bersesuaian, selaras dengan hasrat Kerajaan supaya tidak ada golongan kanak-kanak yang tertinggal daripada perancangan program, terutama mereka yang memerlukan jagaan khas. Di antara aspek yang perlu diberi perhatian ialah cara-cara untuk membekalkan pendidikan lengkap dan seimbang untuk kanak- kanak, termasuk nilai etika dan moral yang tinggi serta pengetahuan kemahiran hidup; mempertingkatkan strategi untuk pencegahan penyakit-penyakit berjangkit dan penyakit kronik; serta menyediakan kemudahan komprehensif untuk jagaan kanak- kanak cacat daripada segi pendidikan, pemulihan dan latihan kemahiran. 7. Sungguhpun penyakit sosial di negara kita belum lagi mencapai tahap yang genting seperti yang dihadapi oleh negara-negara maju atau negara membangun lain, kita perlu berwaspada dan sensitif kepada scenario kanak-kanak negara ini dan mengambil tindakan pencegahan awal sebelum masalah sosial yang besar melanda kanak-kanak dan merosakkan jiwa dan kehidupan mereka. Penyakit sosial yang dimaksudkan ini termasuklah penderaan kanak-kanak, eksploitasi kanak-kanak, 'street children', perniagaan bayi, masalah remaja dan belia seperti penjenayahan, pengambilan arak, merokok dan dadah; gangguan mental dan membunuh diri akibat tekanan hidup, penyakit Aids dan masalah 'Aids orphans'. 8. Dalam peninjauan program 10 mata yang dikemukakan dalam deklarasi sedunia mengenai kehidupan, perlindungan dan kemajuan kanak-kanak, Malaysia telahpun memberi keutamaan dan menyediakan program-program seperti meningkatkan kesihatan kanak-kanak; mengurangkan kematian kanak-kanak dan ibu bersalin; menyediakan bekalan air selamat; kemudahan pendidikan dan latihan vokasional; serta persediaan kemudahan untuk kecemasan dan bencana alam. Beberapa pro- gram dan strategi khusus seperti membanteras kemiskinan, dan malnutrition untuk memudahkan pembesaran dan perkembangan kanak-kanak secara optima, serta usaha-usaha untuk melindungi keadaan alam sekitar, juga telah dirancangkan dan menjadi teras kepada Rancangan Malaysia Keenam (RM6) dan Rangka Rancangan Jangka Panjang Dua (RRJP 2). 9. Satu lagi aspek yang telah mendapat perhatian dalam RM6 dan disebut dalam program 10 mata ialah peranan dan status wanita. Kerajaan menggalakkan penyertaan wanita sepenuhnya dalam pembangunan negara dengan memberi peluang yang lebih luas di bidang sosial, ekonomi dan politik; dan meningkatkan kesihatan wanita. 10. Mengenai 'Children in Difficult Circumstances', Malaysia bertuah kerana tidak ditimpa dengan keadaan teruk yang membawakan masalah kanak-kanak dalam keadaan kesukaran. Setiap hari kita lihat dan membaca kisah kanak-kanak seluruh dunia yang ditimpa kemalangan seperti peperangan, bencana alam -- gempa bumi dan ribut taufan; kelaparan dan tiada bekalan makanan dan sebagainya. Kita perlu bersyukur bahawa kanak-kanak kita tidak perlu tinggal di tepi jalan atau dijual untuk pemindahan organ. 11. Kita juga bertuah kerana dalam usaha pengubahsuaian struktur ekonomi dan sosial negara, program-program yang melibatkan kesihatan, kebajikan dan pembangunan kanak-kanak tidak terjejas seperti yang telah dialami oleh beberapa negara membangun semasa kemelesetan ekonomi. Sebaliknya, semua program yang melibatkan kanak-kanak bukan sahaja diteruskan, malahan ditambah dalam 5 tahun yang lepas seperti program pelalian Hepatitis B dan Rubella yang menelan belanja $20 juta ringgit serta program pembasmian kemiskinan yang menelan belanja $315 juta ringgit. Ini sekali lagi menunjukkan komitmen negara terhadap kesejahteraan kanak-kanak. 12. Mengenai tindakan susulan bagi melaksanakan komitmen yang terkandung dalam deklarasi tersebut, Malaysia akan menyediakan rangkaian Pelan Tindakan Kebangsaan sebelum hujung tahun 1991. Kerajaan juga akan menentukan bahawa dalam melaksanakan program-program pembangunan negara, keperluan kanak-kanak akan diberikan perhatian yang serius. Kerjasama dan penglibatan kesemua sektor, agensi, pihak swasta, pertubuhan sukarela dan kumpulan masyarakat dalam usaha murni ini adalah dihargai. 13. Malaysia juga sedia bekerjasama di peringkat antarabangsa untuk memudahkan pelaksanaan usaha sedunia mengenai kehidupan, perlindungan dan perkembangan kanak- kanak, khususnya bagi negara yang kurang maju. Ke arah ini, Malaysia telahpun memberi sumbangan kepada kanak-kanak antarabangsa yang ditimpa kemalangan atau kecemasan. 14. In this regard, Malaysia wishes to reaffirm our fullest cooperation and collaboration with relevant UN agencies in- cluding UNICEF and with other international institutions in working towards the well-being, peace and happiness of chil- dren all over the world. We also support international ef- forts to protect children in difficult circumstances and the need for corridors of peace for such children. We will be ready with our National Plan of Action by the end of this year and will pursue our national goals and targets as set in our plan. We are happy to inform UNICEF that Malaysia has already reached some of the international goals set and we should be able to achieve the rest as the relevant programmes are underway. 15. Sebelum mengakhiri ucapan ini, sukacita saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli Jawatankuasa Penganjur yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan majlis ini. 16. Dengan ini, saya dengan sukacitanya mengisytiharkan Deklarasi Sedunia 'Survival, Protection and Development of Children' ditandatangani oleh Malaysia. |