Oleh/By : DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Tempat/Venue : MELALUI RADIO DAN
TELEVISYEN MALAYSIA
Tarikh/Date : 25/03/93
Tajuk/Title : PERUTUSAN HARI RAYA AIDILFITRI 1413
HIJRAH/1993 MASIHI
Bismillahir rahmanir rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Allahu Akbar
Allahu Akbar
Allahu Akbar
Walillahilhamd
Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah Subha nahu wa
Ta'ala kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita sekali
lagi menyambut Hari Raya yang mulia pada tahun ini dalam
keadaan aman dan sejahtera. Sungguhpun kita telah selamat
menyempurnakan ibadat berpuasa selama sebulan,
daripada berpuasa masih boleh dirasai. Hari Raya Aidilfitri
memang dinanti-nantikan oleh umat
kejayaan kita menguji kesabaran, ketabahan diri serta
kemampuan kita untuk mengawal segala nafsu. Kalau kita
berpuasa semata-mata kerana ia adalah satu ibadat yang wajib
dalam Islam tanpa mempelajari bagaimana mendisiplinkan diri
dan mengawal nafsu, maka kita tidak akan mendapat hikmat dan
nikmat sepenuhnya daripada ibadat berpuasa. Yang dirasai
hanyalah keletihan dan kelesuan kerana lapar dan dahaga.
Sebaliknya
disiplin diri yang diperlukan oleh ibadat puasa akan menjadi
manusia yang lebih insaf, bersyukur dan bersedia untuk
menghadapi apa juga cabaran. Mereka ini tetap akan menjadi
manusia yang lebih berjaya dan umat Islam yang lebih mulia
dan dihormati.
2. Umat Islam di Malaysia patut bersyukur kerana pada
keseluruhannya kita tidak menghadapi masalah-masalah besar
yang sering dihadapi oleh orang-orang Islam dan negara
negara Islam yang lain. Berkat ekonomi yang kukuh dan
politik yang stabil, umat Islam di negara ini dikurniakan
Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan berbagai.agai nikmat dan
rezeki. Kita tinggal dalam keadaan aman, damai dan
berharmoni walaupun diantara orang Islam dengan bukan Islam.
Kita juga harus insaf kerana negara kita tidak ditimpa
malapetaka yang serius seperti
gempa, letupan gunung berapi
yang mengalir berbatu-batu,
meragut ribuan nyawa. Kita juga tidak diperangi dan
ditakluki oleh musuh atau dilanda perang saudara. Jika ada
masyarakat Islam yang harus bersyukur di zaman ke
gentingan bagi umat Islam ini, kitalah yang harus bersyukur.
3.
tubuh kerana segala-galanya adalah takdir Ilahi. Takdir
tidak bermakna bahawa oleh kerana apa yang akan berlaku
tetap akan berlaku, maka kita tidak perlu berusaha untuk
mempengaruhi apa yang akan berlaku. Sebenarnya apa yang
berlaku kerana usaha dan ikhtiar kita, juga tergolong dalam
apa yang telah ditakdirkan. Ini adalah kerana jika usaha di
buat sekalipun kadang-kadang hasil yang diharapkan tidak
tercapai kerana ditakdirkan demikian. Tetapi kemungkinan
yang besar ialah hasil boleh dicapai melalui usaha dan
ikhtiar daripada hanya berdiam diri, berpeluk tubuh menunggu
nikmat gugur kepangkuan kita.
4. Hakikatnya ialah sebahagian besar kemakmuran dan ke
stabilan negara kita adalah hasil usaha, sikap dan
pendekatan kita. Untuk mengekalkan keamanan dan meningkatkan
lagi kemakmuran negara kita, ikhtiar dan usaha yang lebih
gigih perlu dilakukan oleh semua pihak; Kerajaan, swasta,
pekerja dan orang awam keseluruhannya. Ikhtiar dan usaha
memerlukan kesabaran, ketekunan dan pengorbanan; yang mana
ini semua adalah sifat-sifat yang datang dengan ibadat
berpuasa. Sebab itu, puasa membawa hikmat yang lebih
daripada hanya mendapat ganjaran di akhirat.
5.Ahamdulillah, tanda-tanda dan bukti sudah ada bahawa
usaha dan ikhtiar kita telah berjaya meletakkan negara dan
bangsa kita dan dengan itu agama kita di tahap yang lebih
dihormati. Negara-negara Islam juga
peranan yang dimainkan oleh kita dalam usaha umat Islam
mengembalikan zaman kecemerlangan Islam. Ini meletakkan
tanggungjawab yang lebih berat ke atas
tidak boleh mengabaikan tanggungjawab ini kerana ini adalah
tanggungjawab yang mulia, dan menjadi sebahagian daripada
ibadat kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala.
6. Di Malaysia, kita memberi perhatian yang seimbang kepada
kejayaan di dunia dan di akhirat. Mengabaikan kejayaan
di dunia tetap akan menjejaskan kejayaan di akhirat. Sebab
itu Islam menganggap kemiskinan sebagai ancaman kepada iman
seseorang Islam. Sebabnya hari ini umat Islam ditekan dan
dihina ialah kerana mereka miskin, baik daripada segi harta
benda, ilmu pengetahuan atau kecekapan dalam bidang
pembuatan dan teknologi. Sebaliknya tanpa membelakangkan
ibadat untuk akhirat, kekayaan dan kejayaan di dunia dalam
semua bidang boleh diperolehi.
7. Yang menakutkan kita terhadap kejayaan dunia ialah
tentang mudahnya masyarakat yang terlalu berjaya membelakang
kan agama. Di kalangan orang bukan Islam yang berjaya, kita
lihat bagaimana mereka bukan sahaja hilang kepercayaan
kepada agama tetapi juga kepada nilai-nilai moral dan etika.
Muncul dan merebaknya penyakit AIDS umpamanya adalah disebab
kan hubungan jenis yang sumbang, kebebasan seks yang
keterlaluan dan keruntuhan institusi perkahwinan dan
keluarga.
8. Tetapi jika didikan dan pengajaran agama ditumpu bukan
semata-mata kepada ibadat dan amalan tertentu untuk akhirat,
tetapi juga mengenai moral dan sikap yang diperlukan dalam
menghadapi cabaran dunia moden ini, insya-Allah jika kita
maju, kita tidak akan menggugurkan akhlak dan nilai-nilai
moral yang boleh melindungi kita daripada dibinasakan oleh
kejayaan dan kekayaan. Justeru itu, kita tidak harus takut
kepada kejayaan di dunia. Di samping itu kita harus ingat
bahawa hanya jika kita maju sahaja, baharulah dapat kita
menolong melindungi umat Islam lain yang ditindas seperti di
Bosnia-Herzegovina dan di tempat-tempat lain. Orang Islam
yang daif tetap tidak akan dapat berbakti, bahkan memelihara
diri sendiri. Orang Islam yang berjaya lebih mungkin dan
mampu untuk berbakti kepada agama dan umat.
9. Walaupun kemajuan Malaysia jelas dan diakui, termasuk
oleh negara-negara Islam lain, kita masih jauh daripada
matlamat kita, jauh daripada tahap yang diperlukan untuk
mempertahankan agama, bangsa dan tanahair. Insya-Allah, jika
kita pelajari daripada ibadat puasa kemungkinan kita
mencapai matlamat adalah lebih cerah.
10. Segala-galanya akan ditentukan oleh Allah Subhanahu
wa Ta'ala. Yang kita rancang dan kita usaha hanyalah
suatu ikhtiar. Tahun 2020 masih jauh. Tetapi dalam sejarah
manusia tiga puluh tahun adalah satu jangkamasa yang pendek.
Tiga puluh tahun dalam sejarah Islam yang lebih daripada
1400 tahun pun tidaklah panjang. Tiga puluh tahun dalam
sejarah hanyalah hari esok dalam hayat manusia. Justeru itu
usaha mesti di mulakan dari sekarang dan diteruskan.
11. Namun kita perlu membuat persediaan. Tidak ada
persediaan yang lebih penting dan mustajab daripada pem
bentukan peribadi yang sesuai dengan matlamat. Sebab itu
ibadat puasa memainkan peranan yang penting. Banyak
pelajaran yang boleh diperolehi daripada ibadat puasa. Dalam
kita gembira merayakan kejayaan kita berpuasa selama tiga
puluh hari, hikmat berpuasa dan latihan yang kita terima
tidak harus dilupai. Melupainya amatlah merugikan kerana
kita telah berkorban begitu banyak semasa berpuasa.
12.
Aidilfitri. Kita patut mengutamakan etika kekeluargaan.
Kita tahu betapa pentingnya keluarga dalam memelihara budaya
dan moral kita. Amalan balik ke kampung pada Hari Raya
adalah satu amalan yang baik. Ia menghidup dan mengekalkan
nilai-nilai kekeluargaan yang dituntut oleh agama Islam dan
budaya kita. Ia menyumbang kepada pembentukan peribadi
mulia yang kita perlukan bagi membentuk masyarakat dan
bangsa yang mulia dan dihormati.
13.
kampung ini. Tetapi ianya tetap ada. Jika kita sedar akan
hikmat ini, maka kesannya daripada segi pengajaran tentulah
lebih.
|