Oleh/By : DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Tempat/Venue : HOTEL ISTANA, KUALA LUMPUR
Tarikh/Date : 30/04/93
Tajuk/Title : MAJLIS MAKAN MALAM PERSATUAN
PERSAHABATAN MALAYSIA CHINA
Persatuan Persahabatan Malaysia-China
untuk menghadiri Majlis Jamuan Makan Malam
Persatuan ini.Saya mengucapkan terima kasih kerana
melantik saya sebagai Pengerusi Persatuan ini.
2. Dalam menerima mengambilkira tujuan dan
faedah Persatuan ini dalam perlantikan ini, saya
telah konteks perhubungan Malaysia China.
3. Mengikut sejarah, gugusan pulau-pulau Melayu
sudah lama mempunyai perhubungan politik dan
kebudayaan dengan China. Sepanjang beberapa abad
lalu, pedagang-pedagang China telah datang
kepantai kita untuk berniaga. Tetapi oleh
kerana musim tengkujuh ramai telah tidak pulang
sementara menunggu cuaca kembali baik.
Sebilangan mereka mula menjalankan
perniagaan di daratan dan tidak lama kemudian
ramai pula yang tinggal lebih lama dan malah ada
yang menetap terus. Memandangkan tidak ada
wanita di kalangan pelayar-pelayar dan pedagang-
pedagang ini, ramai daripada mereka telah
berkahwin dengan wanita tempatan dan menerima adat
resam dan bahasa ansur muncul satu kebudayaan
Cina Melayu yang istimewa dan kumpulan dapat
bercampur-gaul dengan baik dengan orang Melayu
tempatan dan hidup aman dengan mereka.
4. Orang Melayu juga telah menerap
sedikit sebanyak kebudayaan Cina Melayu ini.
Kumpulan yang istimewa ini terdapat
terutamanya di Melaka, Singapura dan Pulau Pinang.
Memandangkan jumlah mereka ini tidak begitu besar,
proses penerapan ini tidak dianggap sebagai ancaman
kepada orang Melayu atau kebudayaan mereka.
Masyarakat Baba dan Nyonya ini juga tidak
merasakan yang mereka telah melupakan identiti
keCinaan mereka.
5. Kemudian datang orang British. Tidak begitu
lama selepas itu mereka telah mengenalpasti
masyarakat Baba dan Nyonya ini sebagai satu
kumpulan yang berasingan. Mereka ini di kenali
Inggeris hubungan golongan dan bahasa Melayu
penjajah diri mereka Malaya. Mereka
menubuhkan Straits Chinese British
Association dan mengisytiharkan diri mereka sebagai
King's Chinese. Jurang diantara orang Melayu
dengan Baba ini menjadi semakin luas.
6. Pihak British mendapati orang Cina amat
berguna untuk kegiatan-kegiatan perdagangan mereka.
Berikutan itu mereka menggalakkan kemasukan
beramai-ramai orang Cina dari tanah besar China
ke Malaya.Pendatang-pendatang ini tidak mempunyai
masa untuk menyesuaikan diri dengan orang Straits
Chinese atau orang Melayu. Di samping itu, pihak
British begitu aktif memisahkan kaum-kaum ini.
7. Orang Cina dan orang Melayu terpisah sama
sekali dan mereka tidak mempunyai syak wasangka
antara satu sama lain. Kebanyakan orang Cina
benar-benar merasakan mereka adalah warganegara
Malaya sementara orang Melayu merasakan mereka orang
asing. Biasanya keadaan seperti ini akan
mencetuskan konflik perkauman yang berterusan
yang akan memusnahkan negara. Inilah yang berlaku
kepada kebanyakan negara yang mempunyai penduduk
berbilang kaum.
8. Tetapi Malaysia bernasib baik kerana
kewarasan atau 'good sense' wujud dikalangan
orang Melayu dan Cina Malaysia. di Malaysia
nya, sekurang- kurangnya dalam aman damai.
Konfrantasi kaum diganti dengan perdebatan-
perdebatan dan perundingan perundingan yang
waras. menggunakan perkauman bagi dingin.
Majoriti rakyat lebih suka bekerjasama daripada
mengadakan konfrantasi dan sanggup melupakan
asal-usul mereka demi kepentingan negara.
9. Sebagai sebuah negara yang merdeka,
kita kini mengendalikan dengan sendiri dasar
luar negara kita. Penduduk atau rakyat
memisahkan menjadi asas utama negara lain.
10.Oleh kerana perbezaan ideologi, perhubungan
di antara Malaysia dengan China adalah, buat
suatu masa yang lama, tidak sebaik seperti
yang sepatutnya. Tetapi sekarang keadaan sudah
banyak berubah. Hari ini, perhubungan itu adalah
sehabis baik lupakan dan dalam
11. yang merdeka dengan warganegaranya sendiri.
Bahawa terdapat sebilangan rakyat Malaysia yang
mempunyai asal usul di China adalah satu peristiwa
sejarah sahaja. Asal-usul mereka tidak dinafikan.
Malah, asal-usul dan pertalian bahasa mereka arah
bukanlah
12. Malaysia juga mengiktiraf China sebagai sebuah
negara yang merdeka. Kita juga mengakui ramai
penduduk Malaysia mempunyai asal-usul di China.
Tetapi mereka adalah orang Malaysia dan hubungan
mereka dengan China adalah berdasar kan usul dari
negeri China. Sekiranya ini menyumbang kepada
perhubungan dan persefahaman, ia adalah dialu-
alukan.
13. Sekarang masanya sudah tiba untuk
memanfaatkan sepenuh nya aspek-aspek positif dalam
perhubungan di antara rakyat Malaysia dengan orang
Cina dari tanah besar China. Terdapat banyak
faedah yang boleh diperolehi daripada perhubungan
dan persahabatan penduduk Malaysia dan China.
Hari ini rakyat Malaysia sedang melabur dan
membantu membangunkan China. Sebaliknya pula,
China dengan penduduknya seramai 1.2 ribu juta
adalah pengimport terbesar minyak kelapa
sawit Malaysia. China juga melabur dan
telah mencadangkan beberapa projek
14. Perhubungan ekonomi dan interaksi di
antara China dengan ia akan menguntungkan kedua-dua
negara.Untuk memastikan adanya lebih persefahaman
antara satu sama lain dan meningkatkan lagi
kerjasama di bidang-bidang lain di samping ekonomi,
sebuah badan seperti Persatuan Persahabatan
Malaysia China ini amatlah berguna.
15. Sebagai sebuah badan bukan Kerajaan,
Persatuan ini berkedudukan baik untuk mengambil
apa-apa inisiatif tanpa melibatkan kedua-dua
Kerajaan. Ia tidak akan terhalang oleh kerenah
birokrasi atau formaliti. Sebaliknya, jika
inisiatifnya itu bertentangan dengan dasar-dasar
rasmi, ia tidaklah sukar untuk ditarikbalik atau
diketepikan.
16. Malah ternyata ia dapat mewujudkan suasana
yang sesuai bagi perdagangan. Perhubungan dan
rangkaian adalah penting untuk perniagaan. Tidak
ada sesuatu yang lebih penting bagi
memudahkan urusan perdagangan daripada
keakraban perhubungan perniagaan itu. yang
tidak dikenali macam bentuk risiko.
17. Persatuan ini boleh menyediakan forum
bagi individu individu di Malaysia yang berminat
dengan China bertemu. Persatuan yang serupa
boleh diwujudkan di China bagi menyediakan
kemudahan-kemudahan yang sama untuk warga
negaranya.Perhubungan dan interaksi antara
kedua-dua Persatuan ini akan memberi peluang
kepada peniaga-peniaga Malaysia dan China untuk
berjumpa sesama mereka.
18. Di samping itu, Persatuan boleh
menyediakan maklumat mengenai negara China
dalam usaha meningkatkan pengetahuan rakyat
Malaysia akan segala perkara yang menyentuh orang
Cina. Maklumat seumpama ini bukan sahaja dapat
meningkat kan persahabatan dan persefahaman,
tetapi juga memudahkan urusan perniagaan dan
perdagangan. Sebarang salah faham juga dapat
dihapuskan atau diatasi lebih awal.
19. Daripada segi ideologi kita masih
berbeza. Tetapi dasar Malaysia ialah mengenepikan
perbezaan-perbezaan ini dalam tidak ideologi kita
ke negara-negara lain, kita yakin negara
negara lain,termasuk China, tidak akan cuba
menyebarkan ideologi mereka ke negara tidak mahu
mencampuri urusan dalam negeri masing-masing.
Parameter ini hendaklah difahami dan dimajukan
oleh Persatuan ini.
20. Seperti orang Cina Malaysia mempunyai minat
yang mendalam terhadap China, orang Melayu juga
mempunyai minat yang istimewa terhadap orang Islam di
China. Malah orang Melayu daripada orang Melayu di
Malaysia. Terdapat satu keinginan yang boleh kedua-
dua
21. Penerimaan China terhadap prinsip-prinsip hidup
bersama secara aman adalah amat penting. Pertikaian
boleh berlaku antara sahabat-sahabat yang paling
akrab. Tetapi jika penyelesaian pertikaian
didasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah di
persetujui, penyelesaian akan menjadi lebih mudah.
berlakunya pertikaian dengan China kerana prinsip-
prinsip hubungan luar negara yang dipegang oleh
negara itu.
22. Saya percaya kerjasama antara kedua-
dua Kerajaan Malaysia perkembangan ekonomi
kedua-dua negara. Pada masa yang sama
perhubungan antara rakyat kedua-dua negara
akan turut meningkat. Sama ada melalui tajaan
kerajaan atau tajaan swasta, pertukaran-
pertukaran lawatan akan membawa faedah kepada
kedua-dua pihak. Sebagai contoh,sepanjang tahun
lalu, badan-badan swasta di Malaysia telah
menjemput rombongan-rombongan dari negeri dan
wilayah China untuk mempelajari Malaysia pula
akan mendapat faedah yang banyak daripada
perkembangan-perkembangan saintifik dan teknologi
China termasuk kemajuan-kemajuan dalam perubatan
herba tradisional. Dengan wujudnya Persatuan
ini, saya harap perhubungan tidak rasmi yang sudah
wujud dalam sektor swasta akan dapat diper
kukuhkan lagi untuk memupuk persahabatan
dan kerjasama dengan China.
23. dan anggota-anggota jawatankuasanya
atas usaha mereka menubuhkan Persatuan ini.
|