Oleh/By : DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Tempat/Venue : HOTEL ISTANA, KUALA LUMPUR
Tarikh/Date : 02/06/93
Tajuk/Title : PELANCARAN BUKU 'DEALING WITH THE
MALAYSIAN PUBLIC SERVICE'
Saya mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Ahmad
Sarji, Ketua Setiausaha Negara dan ahli-ahli Jawatankuasa
penganjur kerana menjemput saya untuk melancarkan buku
'Dealing With The Malaysian Public Service' hari ini.
2. Sungguhpun k onsep Persyarikatan Malaysia telah di
perkenalkan hanya 10 tahun lalu, hasil yang dicapai pada
hari ini adalah amat membanggakan. Usahasama di antara
sektor-sektor swasta dengan awam telah membawa kepada
pembangunan dan kemakmuran negara yang mengkagumkan.
Perkembangan ini menjadi semakin penting kerana kita sedang
menggorak langkah untuk menjadi negara maju dalam dekad yang
kedua pada abad yang ke-21.
3. Kejayaan kita dalam merealisasikan konsep Persyarikatan
Malaysia, terutamanya menjalinkan kerjasama erat di antara
sektor-sektor swasta dengan awam akan menjaminkan bahawa
cita-cita kita menjadi negara maju tercapai. 'Consensus
building' melalui proses rundingan swasta-Kerajaan akan
membantu memperkuatkan lagi kesesuaian dasar-dasar dan
matlamat supaya lebih secocok antara satu sama lain. Lebih
penting harus wujud 'consensus' daripada segi matlamat dan
aspirasi negara. Di samping itu, semangat daya saing yang
kita harus kekalkan memerlukan negara mempunyai `mission'
yang dikongsi bersama.
4. Dalam hal ini input daripada sektor swasta harus
menjadi sebahagian daripada bahan utama dalam penggubalan
dasar dan proses membuat keputusan. Rundingan yang
berkesan di antara sektor-sektor awam dengan swasta akan
dapat menghasilkan maklumbalas mengenai keberkesanan dasar-
dasar yang ada dan keperluan membuat penyesuaian. Satu
penilaian yang realistik terhadap masalah-masalah serta
cabaran-cabaran yang dihadapi boleh dibuat jika ianya
melibatkan pihak-pihak tersebut. Ini akan membantu kita
mengambil langkah-langkah yang sesuai dan berkesan melalui
tindakan bersama dalam menghadapi satu-satu krisis.
5. Proses pembukaan atau 'liberalisation' dan kelonggaran
ekonomi atau 'deregulation' bertujuan untuk mempertingkatkan
lagi keberkesanan dan juga untuk menggalakkan pelaburan di
negara ini. Dalam hal ini kedua-dua sektor swasta dan awam
mestilah kerap berunding antara satu sama lain supaya
manfaat daripada rundingan ini akan menghasilkan daya
saingan yang dapat terus dikekalkan.
6. Semakin proses perindustrian kita meningkat maka
semakin penting diwujudkan dinamisma sektor industri supaya
negara kita tidak terlalu bergantung kepada modal pelaburan,
teknologi ataupun sumbangan dari luar. Di sini perlu saya
tekankan bahawa adalah penting diadakan usahasama yang lebih
erat di antara Kerajaan dengan sektor swasta untuk
memelihara industri tempatan ataupun 'indigenous
industrialisation'. Perusahaan-perusahaan kecil dan
sederhana mesti dilibatkan dalam proses rundingan ini supaya
mereka dapat terus dibangunkan dengan lebih berkesan dalam
usaha kita memperluaskan 'industrial base'.
7. Usahasama sektor awam dan swasta mestilah juga
menumpukan kepada keperluan pasaran di peringkat
antarabangsa. Ini memerlukan peningkatan mutu barangan dan
juga perkhidmatan yang boleh kita berikan. Di sini adalah
kritikal bagi kita mempertingkatkan lagi kemampuan R & D
supaya kita mempunyai 'access' kepada teknologi yang lebih
tinggi serta canggih. Justeru itu, kita mestilah berusaha
dengan lebih gigih lagi untuk mempelbagaikan dan
memperluaskan asas-asas pelaburan kita di negara-negara
lain.
8. Pembangunan yang kukuh bergantung besar kepada
kemampuan dan kebolehan kita untuk mendapat maklumat dan
meningkatkan pengetahuan kita. Lebih-lebih lagi dengan
perkembangan dan kemajuan dalam teknologi maklumat dan
telekomunikasi sekarang. Untuk kita mencapainya, adalah
penting kita menekankan bahawa maklumat harus dikongsi
bersama di antara sektor-sektor awam dengan swasta.
Sekiranya ini tidak dilakukan usaha-usaha kita untuk
membangunkan ekonomi dengan lebih pesat mungkin bukan sahaja
terjejas, malah menimbulkan ketidaktentuan masa depan
negara. Memandangkan Malaysia memainkan peranan yang pent-
ing dalam pergolakan sosio-politik wilayah (seperti ASEAN),
ekonomi, alam sekitar, pasaran dan teknologi, maka sudah
tentu maklumat menjadi asas utama dalam mempengaruhi
keputusan-keputusan kita dan seterusnya menentukan daya
saingan kita.
9. Selain daripada teknologi maklumat, juga penting ialah
penggunaan serta pendekatan kita dalam menguruskan sumber-
sumber negara yang terhad supaya dapat menjamin negara
mempunyai daya saingan yang kukuh di pasaran antarabangsa.
Justeru itu, sektor-sektor swasta dan awam harus
bekerjasama dan berkongsi sumber-sumber yang terhad ini
seperti teknologi, kepakaran, pengalaman dan sumber-sumber
lain yang penting dalam usaha kita mencapai pertumbuhan yang
optima. Malahan, daya saing yang paling kritikal adalah
potensi sumber manusia. Mutu dan inovasi pekerja-pekerja
profesional kita akan menentukan pencapaian dan kemakmuran
negara ini. Oleh itu usahasama sektor-sektor awam dan
swasta dalam membangunkan sumber tenaga manusia harus
dipertingkatkan bagi mewujudkan pekerja-pekerja yang
bermutu, berkemahiran dan berpengetahuan tinggi.
10. Semenjak tahun 1984 sektor swasta telah menyahut
cabaran Kerajaan supaya menjadi lebih dinamik dalam
mempergiatkan lagi pertumbuhan ekonomi negara. Dalam hal
ini sektor swasta telah memainkan peranannya dengan sungguh
memuaskan. Sektor swasta telah tidak mengabaikan peranan
dan tanggungjawabnya dalam usaha meningkatkan lagi
pertumbuhan ekonomi negara.
11. Sukalah juga saya di sini memberi sanjungan tinggi
kepada pegawai dan kakitangan Kerajaan di atas usaha gigih
mereka dalam mempertingkatkan prestasi pentadbiran awam
semenjak tahun 1990 yang mana hasilnya mengkagumkan. Sektor
perkhidmatan awam telah benar-benar menunjukkan dedikasi
mereka bagi mengatasi sebarang kelemahan dalam jentera
pentadbiran Kerajaan. Dengan menumpukan kepada kekuatan
yang ada pada sistem pentadbiran Kerajaan, perkhidmatan awam
telah berjaya menyumbang dalam usaha Kerajaan mencapai
pembangunan yang menggalakkan.
12. Majlis hari ini merupakan satu lagi tanda pencapaian
cemerlang perkhidmatan awam dalam peranannya sebagai
penyelaras atau 'facilitator'. Usaha untuk mendokumentasi
dan menyebarkan maklumat merupakan pendekatan penting bagi
menyalurkan maklumat-maklumat asas kepada pelabur-pelabur
dan pengusaha-pengusaha di negara ini. Maklumat yang senang
atau mudah didapati adalah juga maklumat yang penting.
Nilai satu-satu maklumat itu harus diukur daripada segi
kemampuannya bukan sahaja bagi memaklum dan membimbing
pihak-pihak yang terlibat, tetapi ianya juga haruslah
komprehensif. Justeru itu, ia akan dapat mengelakkan
timbulnya pembaziran masa, iaitu aset yang penting bagi
pengusaha-pengusaha di sektor swasta. Justeru itu
penerbitan buku ini adalah tepat pada masanya. Buku ini
adalah hasil usahasama kedua-dua sektor awam dan swasta dan
menandakan adanya jalinan hubungan yang erat antara kedua-
dua pihak itu.
13. Perkembangan yang pesat berlaku di sektor awam
kebelakangan ini memerlukan pengurus-pengurus sektor awam
turut peka kepada perubahan di sekitar mereka dan mengambil
pendekatan yang sesuai bagi menghadapi cabaran-cabaran baru
itu. Perkhidmatan- perkhidmatan yang ada hendaklah dirangka
dengan tujuan memberi manfaat kepada pengguna. Mutu dan
produktiviti haruslah menjadi objektif mereka.
14. Sektor awam kini bertanggungjawab kepada rakyat yang
kian mempunyai citarasa dan keperluan yang semakin
canggih. Permintaan dan harapan mereka kini semakin tinggi.
Masyarakat Malaysia tidak lagi mudah berpuashati dengan
sebarang layanan yang diberikan. 'The Client's Charter'
harus memberi lebih kuasa kepada pengguna dalam menggunakan
hak mereka untuk dimaklum di samping juga hak untuk memilih.
Mereka harus diberi lebih banyak lagi pilihan di samping
penyediaan maklumat tentang apa yang boleh diharapkan.
Lebih penting lagi mereka harus tahu apa yang boleh dibuat
bila satu-satu kesilapan berlaku.
15. Langkah sektor awam yang berani dalam memperkenalkan
'The Client's Charter' mencerminkan era baru dalam
penyediaan perkhidmatan awam yang memuaskan.
16. In closing, I must express my great pleasure and pride
to be here this evening to witness the public and the pri-
vate sectors joining hands in an auspicious occasion to sa-
lute 10 years of Malaysia Incorporated. The launching of
the book 'Dealing With The Malaysian Civil Service' and the
declaration of the 'Client's Charter' by the public sector
is a fitting tribute to Malaysia Incorporated. The private
sector's participation in this event reflects the growing
relationship between the two partners.
17. I would like to take this opportunity to congratulate
both the public and private sectors for having played their
respective roles effectively in bringing about sustained
growth of the economy and the progress of the nation in the
last decade. This is testimony of your contribution to the
nation. However, we must not rest on our laurels. The
journey ahead towards making Malaysia a fully developed na-
tion is long and arduous. But together we shall face the
odds with good stride. Let us make Malaysia Incorporated
our competitive edge.
18. Dengan ini, saya dengan sukacitanya melancarkan dengan
dengan rasminya buku 'Dealing with the Malaysian Public
service' ini.
Sekian, terima kasih.
|