Oleh/By : DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Tempat/Venue : KAWASAN PERINDUSTRIAN BUKIT RAJA,
KLANG, SELANGOR
Tarikh/Date : 12/04/94
Tajuk/Title : UPACARA PEMBUKAAN RASMI KILANG
CASIO (MALAYSIA) SDN. BHD.
Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan
Casio (Malaysia) Sdn. Bhd. kerana menjemput saya untuk
merasmikan pembukaan kilangnya pada hari ini.
2. Tahniah dan terima kasih juga kepada Syarikat Casio
(Malaysia) Sdn. Bhd. kerana mengambil langkah mendirikan
kilangnya di negara ini. Kehadiran Syarikat Casio ini
mencerminkan tahap perkembangan yang pesat yang sedang
berlaku di sektor elektronik di Malaysia.
3. Syarikat Casio ini yang mengeluarkan produk-produk
elektronik seperti alat pengira (calculators), jam,
alat-alat musik, 'liquid crystal display' (LCD) televisyen,
alat data peribadi dan 'eletronic cash registers', adalah
antara syarikat pengeluar barangan elektronik yang terkenal
di dunia. Saya difahamkan setakat ini Casio mempunyai
sebanyak 58 rangkaian anak syarikat dan gabungan di seluruh
dunia dan kini menumpukan usahanya kepada aktiviti
perkilangan serta 'sales and services'. Taraf teknologinya
yang tinggi telah memberikan Casio kekuatan yang dapat
menandingi syarikat-syarikat di peringkat antarabangsa.
4. Jumlah bilangan projek-projek elektronik yang
diluluskan oleh Kerajaan Malaysia telah meningkat dengan
pesatnya kebelakangan ini. Sehingga tahun 1993, sebanyak
979 syarikat telah diberi lesen bagi mengeluarkan barangan
elektronik di negara ini. Di samping itu, industri
elektronik didapati telah mengalami 'structural adjustment',
berikutan perubahan-perubahan dalam profil industri
tersebut.
5. Jika kita imbas kembali perkembangan industri
elektronik ini, kita akan dapati bahawa pada tahun 1984,
sektor komponen elektronik menyumbang 84 peratus daripada
keluaran industri ini dengan sektor elektronik pengguna
menyumbangkan 12 peratus dan sektor elektronik industri
empat peratus. Profil ini telah berubah. Pada tahun 1992
sektor komponen elektronik menyumbang 43.8 peratus, sektor
elektronik pengguna 26.6 peratus dan sektor elektronik
industri 29.6 peratus. Ini ialah hasil daripada
'restructuring' yang berlaku di dalam industri tersebut.
6. Walaupun sumbangan sektor komponen elektronik kepada
jumlah keluaran telah merosot, pelaburan dalam sektor ini
tetap bertambah. Bagaimanapun pelaburan dalam sektor-sektor
elektronik pengguna dan elektronik industri meningkat dengan
lebih pesat lagi. Ini mencerminkan peningkatan dan
perkembangan sektor yang mewujudkan rangkaian atau
'linkages' ekonomi dalam industri elektronik keseluruhannya.
7. Profil industri ini jika dibandingkan dengan sasaran
ataupun 'target'nya yang ditetapkan oleh Pelan Induk
Malaysia (Industrial Master Plan), iaitu 61 peratus bagi
sektor komponen elektronik, 24 peratus sektor elektronik
pengguna dan 15 peratus sektor elektronik industri menjelang
tahun 1995, menunjukkan bahawa, selain daripada sektor
komponen elektronik, sasaran bagi sektor elektronik pengguna
telah dicapai manakala bagi sektor elektronik industri telah
mencatatkan pertumbuhan yang lebih tinggi daripada
sasarannya.
8. Pencapaian yang lebih baik daripada jangkaan merupakan
satu petunjuk bahawa iklim pelaburan di Malaysia adalah
menarik bagi pelabur-pelabur asing. Keadaan ini 'coincide'
dengan keadaan sekitaran ekonomi yang lembab di Jepun yang
mana telah menyebabkan syarikat-syarikat Jepun beralih
mencari pasaran luar. Penempatan Casio di Malaysia pada
tahun 1990 merupakan satu langkah yang bersesuaian dengan
prinsip pengurusan yang strategik.
9. The electronics industry in Malaysia has been confined
principally to the assembly and testing of semi-conductors
utilising imported technology and material inputs.
Recognising the limitations of the sector and the need to
strengthen its structure, the basic thrust of the
electronics industry would be to diversify into the
production of a wider range of electronic products as well
as to create more effective forward and backward linkages.
In line with this basic thrust, the following strategies
have been adopted:
i) To accelerate the growth of the non-semiconductor
components, consumer and industrial electronic
sub-sectors;
ii) To foster the development of supplier and support
industries for the electronics industry and
thereby promote increased linkages and local
content;
iii) To encourage production of higher value-added
products through greater investment in Research
and Development activities, and improving design
capabilities within the sector;
iv) To increase local participation in the electronics
industry by encouraging joint-ventures between
foreign and local investors as well as wholly
locally-owned firms; and
v) To improve and upgrade the technology used in
existing semi-conductor assembly and test
activities in order to increase productivity.
10. Dua isu penting yang dihadapi oleh industri ini adalah
tahap penyertaan tempatan yang rendah dan kekurangan
kaitan-kaitan industri yang mencukupi. Tidak dapat
dinafikan bahawa industri ini dikuasai oleh orang asing
dengan kebanyakan syarikat yang ada merupakan anak-anak
syarikat milik asing. Syarikat-syarikat milik penuh
tempatan pula adalah kecil bilangannya, di mana kebanyakan
mereka terlibat di dalam kontrak kecil ataupun pembuatan
komponen plastik/logam.
11. Di dalam usaha memastikan lebih banyak lagi syarikat
tempatan mendapat manfaat daripada pembangunan pesat yang
sedang berlaku di dalam industri ini, dua kriteria telah
ditetapkan untuk mendapatkan insentif-insentif cukai iaitu
penggunaan bahan-bahan tempatan dan pembangunan
kaitan-kaitan ekonomi. Adalah dijangkakan bahawa
kriteria-kriteria ini dapat membantu mewujudkan
kaitan-kaitan ekonomi yang sepatutnya di antara industri
elektronik dengan industri-industri sokongan. Oleh yang
demikian, para usahawan tempatan adalah digalakkan untuk
memberanikan diri menyertai industri-industri sokongan ini.
Adalah menjadi hasrat Kerajaan untuk memelihara hubungan
pembekal-pembekal dengan industri-industri sokongan untuk
industri elektronik kerana dengan proses ini kita akan dapat
mewujudkan integrasi tambahan pada kaitan-kaitan ekonomi dan
penggunaan kandungan tempatan yang lebih tinggi.
12. Kerajaan juga menggalakkan usahasama-usahasama bagi
menambah penyertaan tempatan di dalam industri ini. Justeru
itu, pada bulan Julai 1993, jualan ke Zon-Zon Bebas atau
Free Zones (FZs) dan Gudang-Gudang Perkilangan Berlesen atau
Licensed Manufacturing Warehouses (LMWs) tidak lagi dianggap
sebagai eksport di dalam menentukan struktur ekuiti. Amnya,
projek- projek asing yang ingin menjual ke syarikat-syarikat
di FZ/LMW mestilah mempunyai penyertaan ekuiti tempatan.
Dengan ini juga, terdapat beberapa barangan yang spesifik di
mana tahap penyertaan ekuiti tempatan telahpun ditetapkan.
Aktiviti-aktiviti ini adalah meliputi pembuatan 'coil
transformers, wire harnesses, power cord sets, telephone
cords' dan 'connectors'.
13. Memandangkan industri elektronik lebih bertumpu di
dalam sektor pembuatan komponen pada masa ini, satu
penekanan untuk menggalakkan pertumbuhan di dalam sektor
elektronik pengguna adalah wajar. Ini akan dapat
mengurangkan pergantungan yang terlalu tinggi kepada sektor
komponen, khususnya sektor semikonduktor yang
'highly-cyclical in nature'.
14. Terdapat prospek yang baik dan menguntungkan di dalam
pembuatan 'calculators and parts thereof, watches and parts
thereof and liquid crystal displays' dengan potensi untuk di
eksport ke pasaran Amerika Syarikat dan Eropah. Sebagaimana
kita sedia maklum, di Eropah khususnya, bilangan pembuat
barangan elektronik pengguna adalah sedikit kerana ianya
tidak lagi ekonomik untuk dikeluarkan di sana. Pada masa
ini, negara-negara Eropah telah beralih kepada negara-negara
yang mempunyai sumber-sumber yang lebih murah untuk
mendapatkan bekalan import mereka. Pada waktu ini juga,
terdapat beberapa syarikat tempatan di Malaysia yang
mengeluarkan peralatan elektronik pengguna untuk dieksport
dan terdapat lebih banyak lagi peluang-peluang untuk
pelabur-pelabur tempatan menubuhkan syarikat-syarikat
seperti ini, khususnya pengeluaran barangan jenama dari
Malaysia. Oleh itu, saya berharap penubuhan Syarikat Casio
ini akan memberi perangsang kepada pengusaha-pengusaha
tempatan untuk berkecimpung di dalam sektor industri
elektronik. Ini memandangkan potensinya yang tinggi.
15. Sekarang saya dengan sukacitanya merasmikan pembukaan
Kilang Syarikat Casio (M) Sdn. Bhd.
|