home
Speechs in the year
2003
2002
2001
2000
1999
1998
1997
1996
1995
1994
1993
1992
1991
1990
-->
Oleh/By		:	DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD 
Tempat/Venue 	: 	HOTEL CROWN PRINCESS, KUALA LUMPUR 
Tarikh/Date 	: 	02/10/96 
Tajuk/Title  	: 	MAJLIS MAKAN MALAM PERPISAHAN BAGI 
			BEKAS KETUA SETIAUSAHA NEGARA YANG 
			BERBAHAGIA TAN SRI AHMAD SARJI BIN 
			ABDUL HAMID 



     1.    Majlis makan pada malam ini adalah untuk merai
    dan   mengucapkan   selamat  bersara   kepada   Yang
    Berbahagia   Tan  Sri  Ahmad  Sarji,   bekas   Ketua
    Setiausaha  Negara.  Saya mengucapkan  terima  kasih
    kepada  Tan  Sri  Ahmad Sarji dan Puan  Sri  Sagiyah
    kerana  sudi  bersama-sama  kita  pada  majlis  yang
    istimewa ini.
    
    2.    Tan  Sri  Ahmad Sarji telah berkhidmat  dengan
    penuh   cemerlang  dengan  Kerajaan   selama   lebih
    daripada  35  tahun.  Dalam tempoh tersebut,  beliau
    telah  memegang  beberapa  jawatan  penting  seperti
    Ketua   Setiausaha   Kementerian   Perdagangan   dan
    Perindustrian,   Timbalan   Ketua   Pengarah    Unit
    Perancang   Ekonomi  dan  Ketua   Pengarah   Lembaga
    Pertubuhan Peladang.  Jawatan terakhir yang dipegang
    oleh  beliau  ialah jawatan Ketua Setiausaha  Negara
    yang merupakan jawatan yang tertinggi dan terpenting
    dalam perkhidmatan awam.
    
    3.    Tan  Sri Ahmad Sarji merupakan orang yang  ke-
     sembilan memegang jawatan tertinggi ini.  Saya  bagi
    pihak  Kerajaan mengucapkan tahniah kepada  Tan  Sri
    Ahmad   Sarji   kerana   telah   berjaya   menerajui
    perkhidmatan   awam   dan  menjalankan   tugas-tugas
    sebagai   Ketua  Setiausaha  Negara   dengan   penuh
    komitmen, dedikasi dan cemerlang.
    
    4.    Sebagai Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ahmad
    Sarji    bukan   sahaja   telah   berjaya    membawa
    perkhidmatan  awam ke tahap yang lebih  efisien  dan
    produktif tetapi mampu memberi motivasi dan pimpinan
    yang  dinamik  untuk membawa perubahan  yang  sesuai
    dengan  perubahan-perubahan yang sedang  kita  lalui
    sebagai  negara  yang  pesat membangun,  yang  perlu
    mengguna  kaedah-kaedah  baru  yang  datang  bersama
    dengan  zaman  maklumat. Kesungguhan Tan  Sri  Ahmad
    Sarji sebagai Ketua Setiausaha Negara yang cekap dan
    sistematik  jelas  diperlihatkan dengan  usaha-usaha
    beliau  untuk menyusun dan mendokumentasikan proses-
     proses  kerja  dan  menubuh  standard-standard  atau
    kualiti  dengan harapan kita akan mencapai ISO  9000
    bagi  pentadbiran kita.  Era yang kita sedang  lalui
    menekankan   kualiti  yang  tinggi  yang   mempunyai
    parameter-parameter  tertentu.    Sepertimana   kata
    Rossabeth Moss Kantor, untuk kita berjaya, satu-satu
    organisasi itu perlu mempunyai tiga perkara:-
    
         -    Konsep ataupun idea-idea;
         -    Kecekapan   ataupun   `competence'   untuk
              melaksanakan idea-idea dan design;
         -    Perhubungan    ataupun    rangkaian   yang
              membolehkan   kita   mempunyai  rakan yang
              dapat menyokong usaha-usaha kita.
    
    5.    Dalam perkhidmatan awam, semasa Tan Sri  Ahmad
    Sarji   menjawat  jawatan  Ketua  Setiausaha  Negara
    ketiga-tiga  konsep  ini  telah  diterimapakai   dan
    menjadi   asas-asas   atau  landasan   utama   dalam
    menggerakkan   perkhidmatan  awam.   Pegawai-pegawai
    tertinggi digalakkan berkursus, menulis dan  merekod
     pengalaman-pengalaman mereka.   Proses-proses  kerja
    telah   diperkenalkan   supaya   kerja-kerja   mudah
    dijalankan  secara yang sistematik walaupun  pegawai
    baru mengambilalih.
    
    6.    Tan Sri Ahmad Sarji memahami kehendak-kehendak
    Kerajaan  dan  beliau diberi amanat dan  kepercayaan
    dalam  melaksanakan keputusan-keputusan yang  dibuat
    oleh  Kerajaan.  Beliau juga adalah orang  perantara
    di  antara Kerajaan dan perkhidmatan awam dan dengan
    perwatakan  yang  lembut tetapi  serius  dan  tegas,
    beliau  berjaya membawa perkhidmatan awam  ke  tahap
    yang  berkualiti  tinggi,  bersih,   cemerlang   dan
    dikagumi  oleh  perkhidmatan-perkhidmatan   awam  di
    dunia    ketiga.   Kejayaan   Kerajaan  melaksanakan
    program-program  sosial, ekonomi  dan  agama  adalah
    hasil kegigihan dan komitmen serta pendekatan beliau
    yang  profesional dan mampu memberi imej yang bersih
    dan `competent' kepada perkhidmatan awam.
    
    7.    Kebolehan-kebolehan Tan Sri Ahmad Sarji  boleh
     juga  dinilai  daripada skop penulisan dan  bilangan
    buku,  artikel yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan,
    badan-badan  yang  terletak di bawahnya  dan  dengan
    tulisannya  sendiri  sepanjang perkhidmatan  beliau.
    Beliau  yang secara gurauan digelar `bapa  circular'
    telah   memberi  banyak  erti  kepada  konsep  `down
    sizing,  reengineering of the public service'  untuk
    mencapai saiz yang optima, berkualiti dan yang lebih
    cemerlang.
    
    8.    Selain  kemampuan Tan Sri Ahmad Sarji  membawa
    perubahan  kepada  perkhidmatan  awam,  beliau  juga
    terkenal  dengan  sukan  golf.   Negara  kita  lebih
    terkenal  dengan penglibatan Tan Sri Ahmad Sarji  di
    bidang  ini.   Ramai  pemain dan peminat  golf  akan
    berasa  terhutang budi kepada Tan  Sri  Ahmad  Sarji
    kerana  berjaya memberi pimpinan kepada golf sebagai
    satu sukan rekreasi dan sosial.
    
    9.    Sungguhpun  Tan Sri Ahmad Sarji  akan  bersara
    dari  perkhidmatan  awam, saya percaya  beliau  akan
     terus  melibatkan diri dalam beberapa bidang penting
    seperti  di  sektor swasta kerana Tan Sri  merupakan
    seorang  pegawai  tertinggi  Kerajaan  yang  berjaya
    menjalin  hubungan rapat di antara sektor  awam  dan
    swasta mengikut konsep pensyarikatan Malaysia.
    
    10.   Kepada  Tan Sri Ahmad Sarji, saya  bagi  pihak
    Kerajaan merakamkan penghargaan yang tidak terhingga
    dan  terima  kasih kepada Tan Sri di atas  jasa-jasa
    dan   sumbangan   beliau   yang   cemerlang   kepada
    perkhidmatan  awam  dan negara  amnya.   Saya  yakin
    walaupun  Tan Sri Ahmad Sarji telah bersara,  beliau
    akan  terus  memberi  sumbangan  kepada  pembangunan
    negara.   Saya juga mengambil kesempatan  ini  untuk
    mengucapkan  tahniah  kepada Yang  Berbahagia  Datuk
    Abdul   Halim  bin  Ali  kerana  perlantikan  beliau
    sebagai  Ketua Setiausaha Negara yang baru.   Dengan
    pengetahuannya  yang banyak dan  luas  saya  percaya
    Datuk  Abdul  Halim bin Ali mampu meneruskan  tugas-
     tugas   Ketua   Setiausaha  Negara   untuk   membawa
    perkhidmatan awam ke tahap yang lebih cemerlang.
    
    11.   Akhir kata, marilah kita berdoa semoga Tan Sri
    Ahmad  Sarji dan Puan Sri Sagiyah dan keluarga  akan
    terus  sihat dan kepada Tan Sri kita ucapkan selamat
    bersara dan terus berjaya dalam sebarang bidang yang
    beliau akan ceburi.

 

 



 
Google