Oleh/By		:	DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD 
Tempat/Venue 	: 	HOTEL RENAISSANCE, KUALA LUMPUR  
Tarikh/Date 	: 	19/10/96 
Tajuk/Title 	: 	MAJLIS MAKAN MALAM YAYASAN AIDS 
			MALAYSIA `RED RIBBON GALA' 


    
    1.    Saya  amat gembira kerana dapat berada  dengan
    tuan-tuan  dan puan-puan malam ini untuk satu  acara
    yang  mempunyai  banyak tujuan.   Pertamanya,  ialah
    untuk  memungut  derma untuk Yayasan  AIDS  Malaysia
    supaya  yayasan  dapat menjalankan kegiatan-kegiatan
    penerangan    dan   pendidikan   serta   membolehkan
    Malaysian  AIDS  Council (MAC)  mengadakan  program-
    program  pencegahan dan `care' bagi  pesakit-pesakit
    HIV/AIDS. Ini adalah suatu usaha terpuji oleh  pihak
    badan  bukan Kerajaan supaya tidak bergantung kepada
    Kerajaan   dalam   menjalankan   kegiatan    mereka.
    Pungutan  derma  pada  malam ini,  saya  difahamkan,
    adalah  untuk  Tabung  Yayasan supaya  ia  mempunyai
    punca  kewangan  yang lebih stabil dan  tetap  untuk
    melaksanakan   program-program  MAC.    Memandangkan
    masalah  penyakit AIDS akan berada dengan kita  buat
    masa   yang  tidak  dapat  ditentukan,  usaha  untuk
    mencegah  dan  merawat pesakit hendaklah  diteruskan
     secara kegiatan yang berpanjangan.
    
    2.    I  understand also that tonight the Foundation
    aims  to  recognise the role of  the  media  in  the
    effort  to  generate  better  understanding  of  the
    HIV/AIDS  epidemic  among our  people.   Indeed  the
    media,  as  an  instrument of mass  information,  is
    crucial  in  this effort because they  are  able  to
    provide  the basic information about the  virus  and
    its  destructive  capabilities as well  as  generate
    discussion  about the many issues arising  from  the
    presence  of  the  virus to  large  sectors  of  our
    community.   I  would therefore like to congratulate
    in  advance the winners of the Red Ribbon Awards and
    urge them to continue their good work.
    
    3.    AIDS  adalah  satu wabak  penyakit  yang  amat
    menekan jiwa pesakit yang terlibat, keluarga  mereka
    dan masyarakat keseluruhannya.  Hari ini terdapat 28
    juta orang yang telah dijangkiti HIV/AIDS di seluruh
    dunia  dan  enam  juta  sudah pun  meninggal  dunia.
     Tidak  ada  siapa yang terselamat daripada  penyakit
    ini,  sama ada lelaki atau perempuan, tua atau  muda
    ataupun kanak-kanak.
    
    4.    Sembilan  puluh peratus daripada  mereka  yang
    dijangkiti  oleh  HIV/AIDS berada  di  negara-negara
    membangun.  Negara-negara yang termiskin  sekali  di
    Afrika  adalah yang paling teruk dijangkiti penyakit
    ini.
    
    5.    Adalah  diramalkan bahawa Asia  akan  diserang
    oleh  penyakit ini secara besar-besaran  semata-mata
    kerana  penduduk Asia begitu ramai.  India umpamanya
    mempunyai bilangan pesakit AIDS yang terbesar sekali
    dalam dunia.  Kita tidak tahu keadaan sebenarnya  di
    negara-negara Asia yang lain yang mempunyai penduduk
    yang ramai.
    
    6.    Apa  yang  jelas ialah negara membangun  lebih
    terdedah  kepada penyakit ini daripada negara  maju.
    Sebabnya  ialah  kekurangan  wang  yang  menyebabkan
    negara  membangun  tidak  dapat  membekal  kemudahan
    kesihatan yang diperlukan.
     
    7.    Sebaliknya  rakyat negara-negara  maju  diberi
    maklumat dan pengajaran yang cukup berkenaan  dengan
    cara-cara  mengelak  daripada  dijangkiti  dan  jika
    dijangkiti   mereka  mendapat  rawatan  yang   lebih
    lengkap  dan  sempurna.   Akibatnya  ialah  walaupun
    penyakit AIDS mula dikenali sebagai wabak yang  amat
    merbahaya di negara maju Amerika Syarikat,  bilangan
    pesakit AIDS di negara itu dan negara maju yang lain
    tidak meningkat dengan tinggi.  Sebaliknya di negara-
    negara   membangun,  terutama  negara  yang  miskin,
    bilangannya  bertambah  dengan  begitu   cepat   dan
    banyak.
    
    8.    Rawatan bagi setiap orang pesakit HIV  positif
    dengan  menggunakan sejenis ubat  yang  hanya  dapat
    memanjangkan   umur  memerlukan   belanja   sebanyak
    RM35,000  setahun.  Sementara negara maju memerlukan
    perbelanjaan  yang  kecil  kerana  bilangan  pesakit
    tidak  ramai, negara miskin memerlukan belanja  yang
    berkali  ganda lebih banyak kerana bilangan  pesakit
     yang  lebih  ramai.   Akibatnya ialah  hampir  semua
    pesakit   di  negara  miskin  tidak  diberi  apa-apa
    rawatan,  tetapi  pesakit di  negara  maju  mendapat
    rawatan rapi.
    
    9.    Di  Malaysia  kita diberitahu bahawa  bilangan
    yang  mengidapi  HIV/AIDS positif  berjumlah  17,000
    orang.  Angka ini tidak mungkin tepat kerana pesakit
    yang  dikesan terhad kepada mereka dalam  `high-risk
    group'  sahaja, umpamanya penagih dadah dan pelacur.
    Mereka  ini sudah tentu akan menjangkitkan  penyakit
    mereka  kepada  rakan, pelanggan, isteri  dan  anak.
    Bilangan  mereka ini tentu ramai tetapi  kita  tidak
    dapat mengesan mereka kerana mereka belum berasa apa-
    apa  `symptom'  atau  mereka memperkecilkan  keadaan
    kurang sihat yang mereka alami.  Mungkin juga  ramai
    yang   meninggal  dunia  kerana  AIDS  tetapi  tidak
    diketahui. Saya yakin bilangan mereka yang  mengidap
    HIV/AIDS di Malaysia jauh lebih ramai daripada angka
    yang  disebutkan  tadi.  Mungkin  ramai  yang  bukan
     penagih  dadah  dan bukan pelacur  sudah  dijangkiti
    HIV/AIDS  tanpa dikesan oleh Kementerian  Kesihatan,
    bahkan diketahui oleh pesakit sendiri.
    
    10.  Bilangan pesakit HIV/AIDS di negara-negara maju
    tidak  ramai  kerana mereka tahu mencegah  jangkitan
    dan  mengubatinya jika mereka mendapat penyakit ini.
    Tetapi yang penting sekali ialah mereka lebih  sedar
    akan  bahaya  penyakit  ini dan  mengambil  tindakan
    untuk  mengelak  daripada  dijangkiti  dengan  tidak
    mendedahkan  diri kepada penyakit ini  dan  mengguna
    alat    pencegah   seperti   kondom.    Jika   sudah
    dijangkiti, mereka menggunakan alat berkenaan  untuk
    melindungi  isteri daripada dijangkiti oleh  mereka.
    Jika   mereka  sudah  dijangkiti  HIV  mereka  dapat
    menjaga   kesihatan  mereka  supaya  tidak   melarat
    menjadi AIDS dan terdedah kepada penyakit yang boleh
    membawa maut.
    
    11.   Di  negara-negara membangun  seperti  Malaysia
    kesedaran  dan  pengetahuan berkenaan penyakit  AIDS
     tidak  meluas.   Demikian juga  pengetahuan  tentang
    cara-cara mencegah.
    
    12.   Keadaan menjadi lebih buruk kerana budaya kita
    menyebabkan  isteri  menerima  sahaja  bahaya   yang
    dihadapi  tanpa apa-apa bantahan.  Dengan itu  bukan
    sahaja  isteri  yang mendapat penyakit  tetapi  anak
    yang  dilahirkan juga mengidap penyakit AIDS.   Jika
    sesuatu   tidak  dibuat  maka  penyakit  AIDS   akan
    menyerang  sebahagian  yang  tidak  kecil   daripada
    masyarakat  kita.  Dan kita yang sihat  pun  mungkin
    terdedah  juga  kepada  penyakit  ini  kerana   jika
    pesakit sendiri tidak sedar, bagaimanakah kita  akan
    sedar tentang penyakit mereka. Kita mungkin terdedah
    dengan tidak menyedarinya.
    
    13.  Untuk menyelamatkan kita yang sihat, kita perlu
    tentukan bilangan pesakit AIDS dalam masyarakat kita
    tidak   bertambah.   Perkara  pertama   yang   perlu
    dilakukan  ialah  menentukan  sikap  kita   terhadap
    penyakit  ini.  Janganlah kita anggap  AIDS  sebagai
     penyakit  orang yang jahat dan berdosa dan oleh  itu
    memang  padanlah bagi mereka yang mengidap  penyakit
    ini.    Sebenarnya  bukan  yang  jahat  sahaja  yang
    mengidap  penyakit  ini.  Yang  baik  pun,  termasuk
    isteri  dan  anak  yang baru dilahirkan  juga  boleh
    mengidap penyakit ini.  Oleh itu, pesakit AIDS harus
    diberi pertimbangan sama seperti orang yang mengidap
    penyakit-penyakit lain.  Mereka harus diberi simpati
    dan   keperihatinan  selaras  dengan  budaya   kita.
    Masalah mereka perlu diberi pandangan yang berat dan
    masyarakat harus berusaha untuk menolong mereka yang
    sudah  dijangkiti dan menyedarkan mereka yang  belum
    dijangkiti  tetapi  terdedah  kepada  penyakit  ini.
    Untuk  ini  semua  orang yang sihat boleh  memainkan
    peranan  dengan mengambil tahu tentang penyakit  ini
    dan  mengambil bahagian dalam kegiatan  NGO  seperti
    MAC  atau menghulur derma kepada badan-badan seperti
    ini.  Semua ini akan menolong mengurangkan  bilangan
     pesakit  AIDS  di  kalangan kita  dan  secara  tidak
    langsung  mengurangkan kemungkinan  kita  dijangkiti
    penyakit ini.
    
    14.  As a doctor I am concerned that some members of
    the  profession are not too keen to deal  with  AIDS
    patients.  This is very unfortunate because  doctors
    are  the  best  people to educate and  advise  their
    patients.  They would even be able to advise members
    of the family who are at risk.
    
    15.   The  reluctance on the part of the doctors  is
    putting  pressure  on  the  few  doctors  who   have
    sympathetically  treated  AIDS  patients.   This  is
    unfair.   We  should be practising medicine  in  the
    true  spirit  of the profession.  The AIDS  patients
    suffer from a stigma in addition to very real fears.
    The  unsympathetic attitudes of the  doctors  simply
    aggravate  their situation.  I would like to  appeal
    to  doctors  to  look upon AIDS patients  as  normal
    people,  for indeed they are normal.  Most  of  them
     are  unknowing victims who really need our care  and
    sympathy.
    
    16.    Dalam  menangani  masalah  AIDS  kita   harus
    berterus-terang.   Kita harus jelas  bagaimana  AIDS
    boleh  dijangkiti dan boleh merebak dalam  keluarga.
    Dengan  ini  kita akan dapat mencegah  penyakit  ini
    dengan lebih berkesan.
    
    17.   Saya  ingin  mengingatkan semua  pihak  bahawa
    bukanlah  hak  kita  untuk  menghukum  mereka   yang
    mendapat  penyakit  ini.  Kita tidak  boleh  berkata
    bahawa  penyakit mereka adalah disebabkan  kesalahan
    mereka  sendiri.  Kerap juga mereka dijangkiti  sama
    seperti kita dijangkiti penyakit lain, atau mendapat
    sakit    barah   atau   diserang   sakit    jantung.
    Sepertimana kita tidak boleh menghukum pesakit barah
    atau  jantung,  kita tidak boleh  menghukum  pesakit
    AIDS.  Mungkin  kita lebih berdosa daripada  mereka.
    Justeru  itu, berilah mereka simpati dan pertolongan
    seperti  juga kita bersimpati dengan pesakit  biasa,
     atau orang yang mengidap penyakit barah yang menanti
    maut.  Tolonglah  mereka kerana kita  atau  keluarga
    kita   juga  tidak  boleh  dijamin  bebas   daripada
    serangan penyakit ini.  Jika kita kurangkan bilangan
    pesakit  AIDS dalam masyarakat kita, maka kita  akan
    lebih selamat.
    
    18.   We  all have our parts to play to protect  our
    country  from  the ravages of HIV/AIDS.   Government
    can  do  so  much  and  the NGOs  can  do  so  much.
    Everyone  should  play his part.  I would  therefore
    like  to  commend  those of  you  who  have  stepped
    forward  to  assist the Malaysian AIDS  Council  and
    Foundation whether in cash or in kind.  To the  NGOs
    working  in  this field, I hope you take heart  from
    the  support  that  you  have received  tonight  and
    continue  your  good  work  and  to  the  Organising
    Committee of the Red Ribbon Gala, I congratulate you
    on  a very successful fund raising effort.  To those
    with  AIDS or HIV, I say take heart, for there  will
     be more people who will care for you.

   


 
 



 
Google