Oleh/By : DATO' SERI DR.
MAHATHIR BIN MOHAMAD
Tempat/Venue : KUALA LUMPUR
Tarikh/Date : 31/08/99
Tajuk/Title : MAJLIS PERASMIAN MENARA
KEMBAR PETRONAS
Saya ucapkan terima kasih kepada pihak PETRONAS
kerana menjemput saya untuk membuka dengan rasminya
Menara Kembar PETRONAS pada petang ini. Pembukaan ini
sudah tentunya bersejarah bagi Malaysia.
2. Sesungguhnya hari ini adalah amat istimewa bagi
rakyat Malaysia kerana kita menyambut dua peristiwa
yang bersejarah dan penting. Pertama, hari ini
merupakan hari ulangtahun menyambut kemerdekaan kita
yang ke-42, dan yang kedua kita akan saksikan sebentar
lagi pembukaan rasmi Menara Kembar PETRONAS, bangunan
tertinggi di dunia.
3. Malaysia bukan sebuah negara pengeluar minyak
petroleum yang besar tetapi kita telah berjaya
menubuhkan Syarikat Petroleum Nasional atau PETRONAS
yang sudah diiktiraf sebagai satu daripada 500 syarikat
terbesar di dunia. Adakalanya PETRONAS menjadi
syarikat yang teruntung sekali di dunia. Negara dan
rakyat berhak berbangga dengan kecapaian PETRONAS, satu
lagi contoh kebolehan Malaysia.
4. Negara dan rakyat mendapat banyak faedah daripada
kejayaan PETRONAS. Sumbangan PETRONAS kepada kewangan
Kerajaan adalah besar, tetapi yang lebih penting ialah
PETRONAS memberi peluang pekerjaan kepada beribu rakyat
Malaysia dan membantu meningkatkan kecekapan rakyat
Malaysia dalam bidang pengurusan dan kejuruteraan
tinggi. Hari ini PETRONAS aktif di merata tempat di
dunia, aktiviti yang bukan sahaja menyumbang kepada
pendapatannya tetapi juga akan menjamin bekalan minyak
bagi negara kita apabila sumber dalam negeri sudah
berkurangan.
5. Menara Kembar PETRONAS ini mencerminkan kejayaan
PETRONAS dan juga melambangkan kejayaan pembangunan
Malaysia sendiri. Menara Kembar PETRONAS menjadi
simbol fizikal kebolehan kita mentadbir negara kita dan
mengurus kewangan negara. Ia dan projek-projek lain
yang dipanggil mega oleh pihak tertentu tidak sedikit
pun menjejaskan kedudukan kewangan kita. Sebab itu
apabila negara diserang oleh penyangak matawang dan
pihak-pihak lain, apabila duit kita disamun oleh
mereka, kita tidak terpaksa menggadaikan kemerdekaan
kita untuk mendapat pinjaman bagi memulihkan ekonomi
negara kita. Sebaliknya kita dapat menggunakan
kekuatan kewangan kita dan kestabilan negara semasa
kegawatan untuk memulihkan sendiri ekonomi negara kita.
Tidak mungkin kita melawan arus, kecaman dan tekanan ke
atas kita oleh hampir seluruh dunia jika kedudukan
kewangan kita lemah kerana kononnya membazir wang
dengan melaksanakan projek mega.
6. Kita harus lebih yakin kepada kebolehan kita.
Menara Kembar PETRONAS membuktikan kemampuan kita
menubuh dan mengurus syarikat gergasi dengan jayanya
supaya sumber minyak yang sedikit yang ada kepada kita
dapat dijadikan punca kekayaan dan pembangunan negara
kita. Negara-negara yang mengeluar berkali ganda lebih
banyak minyak daripada kita tidak terlepas daripada
tekanan-tekanan yang disebabkan oleh naik turunnya
harga minyak di pasaran dunia. Kita juga mengalami
kepincangan dalam harga minyak tetapi ia tidak
menjejaskan pembangunan negara kita, bahkan tidak
menghalang kita, walaupun harga minyak semasa kegawatan
ekonomi telah turun dengan serendah-rendahnya.
Strategi kita mempelbagaikan ekonomi kita melindungi
kita daripada pendapatan yang menurun teruk akibat
kejatuhan harga minyak.
7. Kawasan Kuala Lumpur City Centre atau KLCC yang
dahulunya padang lumba kuda sekarang berada di tengah-
tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Nilainya tidak kurang
daripada RM1000 sekaki persegi. Biasanya tuan punya
tanah yang bernilai begitu tinggi akan cuba
membangunkan keseluruhan tanah dengan padat. Tetapi
PETRONAS memperuntukkan 50 peratus daripada tanahnya
yang mahal nilainya ini untuk taman rekreasi bagi warga
kota dan rakyat Malaysia. Setiap hari puluhan ribu
orang datang dan menggunakan dengan senang hati
kemudahan riadah yang disediakan dengan belanja yang
amat besar oleh PETRONAS. Taman ini adalah sumbangan
PETRONAS secara langsung kepada rakyat negara ini.
Jika dibangunkan bangunan yang rendah sudah tentu
seluruh tanah akan digunakan untuk bangunan supaya
pulangan yang setimpal didapati daripada tanah yang
mahal harganya ini. Dengan membangunkan menara yang
tinggi, ruang pejabat menjadi cukup luas untuk mendapat
pulangan daripada harga tanah yang mahal. Lagipun
bangunan yang berprestij ini dapat menarik penyewa yang
berkualiti dan berkemampuan untuk sewaan yang agak
tinggi.
8. Menara PETRONAS adalah bangunan yang amat canggih
dan pembinaannya memerlukan kepakaran yang terkini.
Walaupun kontraktor terdiri daripada orang asing tetapi
pengurusan dan integrasi berpuluh kontrak dan
spesifikasi dibuat oleh rakyat Malaysia. Banyaklah
pengalaman yang telah diperolehi oleh rakyat tempatan
daripada pengurusan pembinaan menara kembar yang
kompleks dan canggih ini. Pengalaman ini tetap akan
menambahkan pengetahuan dan kepakaran kita.
9. The PETRONAS Twin Towers will be officially opened
today. But we all know that it has already been used
more than a year. In that time it has become the focus
of everyone's attention, whether local or foreign.
Indeed it would not be possible to miss it if you are
anywhere near Kuala Lumpur.
10. For Malaysia the twin towers symbolise the
progress of this nation of 22 million people. We are
not a big country nor a very rich one. But we build
what we can afford. And we can afford the Twin Towers
as we can afford the State-of-the-art Airport,
Putrajaya, Cyberjaya and the rest. As you know all
these so-called mega projects have not weaken us
financially that we have to beg for money. We resolve
our financial problem on the basis of our own financial
strength.
11. A country needs something to look up to and we
certainly have to look up to see the towers. When one
is short one should stand on a box to get a better
view. The twin towers is to our ego what the box is to
the shortie. We need something to express our towering
ambition -- an ambition to become a developed country.
Some may disagree. Some Malaysians too will disagree.
But perceptions differ as between different people. We
do as we think fit. And the majority of us favour
these projects as they do not prevent us from bringing
down poverty from 50 percent to seven percent.
12. When Malaysia became independent in 1957 the per
capita income was 300 US Dollars. Today, but for the
devaluation, the per capita should be about 5000 US
Dollars. Over a period of 42 years we have grown by
1700 percent. That we think is quite an achievement.
13. Since the very beginning Malaysia had managed the
economy quite well. There were ups and downs of
course, but nothing that the country could not handle.
The latest downturn was the result of the Ringgit being
devalued through currency trading. The country
suddenly became very poor and had to give up a number
of cherished but essential projects. During the
turmoil we would not have decided to build the Twin
Towers. It was not as high in terms of priority as
truly infrastructure projects such as the Bakun Dam or
the new airport. Besides in devalued Ringgit terms it
would have cost at least twice as much. We would
allocate the money for hard-pressed Malaysian
businesses.
14. But the Twin Towers were built before the Ringgit
was devalued. In terms of the present Ringgit the
price paid for the Towers would be very low indeed. We
have not lost anything by building the towers. Indeed
we can say we got the towers at half the price in
present Ringgit terms.
15. Now the economy is recovering. We will rebuild
our wealth, God Willing. We will continue our
interrupted progress towards becoming a developed
nation. In time the controversy and snide remarks
about the PETRONAS Twin Towers will cease and people
will only think of the Towers as the symbol of this
country's progress in an unfriendly world.
16. Sempena pembukaan rasmi ini saya ingin mengambil
kesempatan untuk mengucapkan terima kasih, syabas dan
tahniah kepada PETRONAS dan semua pihak, kebanyakannya
berada di majlis ini, kerana telah sama-sama menjayakan
pembinaan Menara Kembar PETRONAS ini. Negara
menghargai sumbangan mereka daripada segi keringat,
dedikasi dan pengorbanan bagi menjayakan projek ini.
Hari ini adalah hari kejayaan dan kecapaian mereka.
Kita berada di sini bukan setakat merayakan pembukaan
Menara Berkembar. Lebih daripada itu, majlis ini
menandakan permulaan usaha futuristik atau 'the
beginning of a futuristic endeavour' bagi Malaysia yang
mana Menara Berkembar ini adalah simbolnya. Hanya
sejarah sahaja akan menjadi saksi kepada ujian dan
kejayaan usaha-usaha ini.
17. Dengan ini, saya dengan lafaz Bismillahir rahmanir
rahim, dengan sukacitanya merasmikan Menara Kembar
PETRONAS ini.
|