home
Speechs in the year
2003
2002
2001
2000
1999
1998
1997
1996
1995
1994
1993
1992
1991
1990
-->
Oleh 		: 	DATO SERI DR MAHATHIR BIN MOHAMAD 
Tempat		: 	LANGKAWI
Tarikh		: 	04-11-2000 
Tajuk 		: 	MAJLIS PERASMIAN MUZIUM 
			IBRAHIM HUSSEIN
Penyampai	: 	PM

Saya mengucapkan terima kasih kepada Dato
Ibrahim Hussein kerana menjemput saya untuk merasmikan Muzium Ibrahim
Hussein pada hari ini. 2. Muzium Ibrahim Hussein yang baru dan tersergam
indah didirikan dengan sokongan dan bantuan daripada Kerajaan Negeri Kedah
dan ramai penderma yang ingin melihat adanya satu galeri seni lukis untuk
masyarakat artis di Malaysia mempamerkan kematangan karya mereka. Bentuk
dan hiasannya yang direka serba lengkap merupakan salah satu mercu-tanda
keupayaan dan kemajuan seni lukis negara. Saya harap agar Muzium ini
bersama seluruh tenaga Yayasan Muzium dan Kebudayaan Ibrahim Hussein serta
institusi seni yang lain akan dapat meletakkan Malaysia sebagai negara
yang berupaya menjadi pusat kecemerlangan seni dan kebudayaan bertaraf
dunia setanding dengan institusi yang seumpamanya. 3. The story of the
Ibrahim Hussein Museum & Cultural Foundation is a story of passion, the
driving force that inspires artists to translate what they see and
experience into works of art which give joy and stimulate the minds of
ordinary men and women. Ibrahim Hussein or Ib as he is known to friends
and art lovers has gained many awards and it is his idea to create this
unique art gallery and museum as his legacy to Malaysian Arts. He saw the
paradise on which the Museum stands as the perfect site, and when the
Kedah State Government, supported by the Federal Government, donated this
beautiful piece of property to the Foundation, the dream started to take
shape. 4. Established in 1991, the Ibrahim Hussein Museum & Cultural
Foundation is a non-profit, non-government organisation dedicated to
promotion, development and advancement of art and culture. Ib, his wife
Sim, and the Foundation's Board of Trustees including Professor Klaus
Schwab of Switzerland and Mr Ramon Castellanos of Spain, have been
continuously soliciting for sponsorships for the Museum's development and
construction. It took them nine long years to reach this stage of their
dream, an imposing architectural masterpiece by one of Malaysia's better
architects, Datuk Lim Chong Keat. What this group calls `blood, sweat and
tears', I simply call `passion'. People with a lesser degree of commitment
would have given up. But they have always believed in the power of
persistence and dedication to a worthy cause. The result? Malaysia's
timeless gift to the international art world of which each of you is a
part. 5. It is altogether fitting that the official opening of the Ibrahim
Hussein Foundation Museum coincides with the culmination of the inaugural
Langkawai International Festival of Arts, the Foundation's first project,
which is held with the help of LADA and the White Helmets Foundation in
Europe. Indeed these are two auspicious occasions worth celebrating, with
all you distinguished artistes from all over the world as witnesses, to
this historic moment in the Malaysian art world. 6. Prasarana budaya yang
canggih, yang telah dibangunkan sekitar tiga tahun ini seperti Istana
Budaya, Dewan Filharmonik Petronas serta yang terbaru kita lancarkan iaitu
Balai Seni Lukis Negara, adalah sumbangan pihak Kerajaan kepada usaha
membangunkan seni budaya dan seterusnya peradaban dan tamadun
kita. Pencapaian dan kejayaan pelukis-pelukis tanah air sehingga bertaraf
dunia tidak dapat dinafikan lagi dan hasil karya mereka telah menjadi
milik dan kebanggaan warga antarabangsa. Malah hasil karya ini pernah
ditawarkan hingga mencecah jutaan Ringgit. Kejayaan ini perlu dipertahan
dan diteruskan lagi dan bakat- bakat muda pula perlu memberanikan diri
untuk menjelajah dan meneroka dunia seni dan sanggup menyahut cabaran
sebagaimana generasi terdahulu. 7. Kerajaan juga turut memberi
pengiktirafan kepada penggiat seni dan karyawan melalui Skim Anugerah Seni
Negara serta Skim Pembiayaan Seni seperti kemudahan pengecualian cukai
pendapatan korporat dan individu ke atas nilai penajaan, sumbangan dan
pembelian terhadap karya-karya seni lukisan yang dihadiahkan kepada
institusi-institusi seni Kerajaan. Skim ini merupakan insentif yang boleh
menggalak dan merangsangkan lebih banyak lagi aktiviti kesenian khususnya
kepada artis, penggiat dan seniman. 8. Seluruh dunia berbangga dengan
memiliki khazanah negaranya yang tidak terhingga nilainya. Usaha
mengembalikan karya seni milik anak watan ke negara sendiri merupakan satu
usaha memartabatkan seni budaya bangsa dan kebanggaan negara. Malahan
mendapatkan hasil karya agung dari luar juga adalah satu kemegahan. Sudah
tentu peranan ini turut juga menjadi agenda utama Muzium Ibrahim Hussein
dan galeri-galeri seni milik korporat, perbankan dan individu selain
mengadakan aktivitinya sendiri untuk sama-sama menjayakan konsep
tanggungjawab sosial serta rakan perkongsian pintar. 9. Dalam usaha
meningkatkan khalayak seni, khususnya seni lukis, peranan Muzium Ibrahim
Hussein sebagai pusat maklumat yang berintegrasi selain sebagai gedung
seni adalah untuk memberi bimbingan, khidmat nasihat dan rujukan, latihan
kepakaran dalam semua aspek seni tampak dan seni lukis. Dalam hal ini kita
juga harus mengesan di samping sentiasa sensitif dan sedar akan kehendak,
harapan dan keinginan masyarakat Malaysia yang semakin matang dan
maju. 10. Pembangunan khalayak seni perlu digerakkan dari sekarang dan
menjadi sebahagian daripada strategi pemasaran seni. Usaha mempertahankan
khalayak yang setia serta pertambahan khalayak yang baru akan memakmurkan
lagi Muzium ini. Memasyarakatkan seni lukis sepatutnya tidak menjadi asing
di negara kita kerana kita harus membangunkan komuniti seni di Malaysia di
alaf baru ini. 11. Pulau Langkawi yang terkenal sebagai destinasi
pelancongan dan percutian utama di negara ini akan lebih dikenali di
peringkat antarabangsa dengan adanya Festival Kesenian Antarabangsa
Langkawi (LIFA) dan Pulau Lagenda ini juga mampu mencapai taraf `global
art resort' setelah mengukir nama di dalam industri pertahanan laut dan
udara yang diadakan melalui LIMA setiap dua tahun sekali. 12. Justeru,
Muzium Ibrahim Hussein serta Ahli Lembaga Amanah Yayasan Muzium dan
Kebudayaan Ibrahim Hussein bersama LADA perlu menggembleng tenaga untuk
mendapatkan penyertaan berkualiti di peringkat antarabangsa dan juga di
kalangan rakyat Malaysia. Jaringan kerjasama dengan institusi-institusi
seni luar negara dan keakraban bersama galeri-galeri seni tempatan, amat
diperlukan bagi menjayakan pelbagai program yang
direncanakan. 13. Pencapaian seni tampak tidak akan bermakna tanpa
nilai-nilai murni serta kemampuan menyesuai dan menempatkan diri di dalam
arus pembangunan dan perubahan. Di Malaysia sendiri, evolusi seni
berhubungkait malahan tidak terasing dengan perubahan besar di dalam aspek
sosial, intelektual dan teknologi abad ke-20 dan bersedia menghadapi abad
ke-21. 14. Keperluan kepada pembaharuan, motivasi ke arah penerokaan yang
berinovasi tinggi dan cemerlang serta kefahaman yang mendalam di dalam
berkarya, perlu mengambilkira peradaban agung dunia dan pembaharuan
kehidupan kemanusiaan supaya seni itu akan dapat
dipertahankan. Nilai-nilai baru akan terbentuk dan ini termasuk mengubah
minda masyarakat di samping berupaya mengintegrasi masyarakat. Peranan
seni dalam ekonomi negara adalah penting dalam merealisasikan matlamat
membangunkan kesenian dan peradaban yang unggul untuk negara. 15. Peranan
seni dapat ditonjolkan sebagai citra negara yang dapat dijadikan teladan
dan panduan terutamanya daripada aspek perkongsian budaya di kalangan
rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Seni yang bermutu tinggi dapat
mempamer dan menerapkan ciri- ciri keperibadian dan imej nasional. Di
sinilah akan lahirnya rasa kekaguman dan rasa kecintaan rakyat negara ini
terhadap warisan seni budayanya. 16. Akhirnya dengan lafaz Bismillahir
rahmanir rahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Muzium Ibrahim
Hussein. Sumber : Pejabat Perdana Menteri Download Teks Ucapan 


 
Google