Oleh/By  	:	DATO SERI DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
Tempat/Venue	:	WISMA MCA, KUALA LUMPUR
Tarikh/Date	:	27/07/2002
Tajuk/Title 	:	PERASMIAN PERHIMPUNAN 
			AGUNG MCA KE-49
Versi 		:	
Penyampai	:  	PM 
		    

       Saya  ucapkan  terima  kasih  kepada  Jawatankuasa
   Pusat  MCA  kerana  sekali  lagi  memberi  penghormatan
   kepada saya untuk merasmikan Perhimpunan Agung MCA  Ke-
   49  ini.  Kepada para perwakilan sekalian saya berharap
   Perhimpunan   ini  akan  dapat  menyelesaikan   masalah
   dalaman MCA dan seterusnya mengukuhkan Barisan Nasional
   supaya kita dapat memberi lebih banyak sumbangan kepada
   Kerajaan dan negara.
   
   2.   Kita tidak dapat nafikan bahawa kejayaan kita selama
   BN menerajui negara adalah kerana kemampuan kita memimpin
   rakyat  berbilang kaum di  negara ini.   Kaum Cina  telah
   banyak menerima faedah  dan manfaat  daripada usaha-usaha
   Kerajaan BN yang sentiasa menitikberatkan  keselesaan dan
   kesejahteraan  hidup rakyat.  Usaha-usaha pembangunan dan
   perkembangan ekonomi telah  berjaya  dilaksanakan  dengan
   penglibatan semua rakyat  hingga tidak ada yang tercicir.
   Kaum Cina khususnya mendapat banyak manfaat daripada usaha
   Kerajaan untuk memulih ekonomi negara,  dalam bidang mana
   kebanyakan  rakyat   keturunan Cina  mengambil  bahagian.
   Dengan itu pendapatan isi rumah kaum Cina telah meningkat
   disebabkan terdapat lebih banyak peluang  pekerjaan  dan
   perniagaan.  Di sebaliknya kemudahan awam yang dibekalkan
   oleh Kerajaan dapat dinikmati bersama oleh kaum-kaum lain
   di Malaysia.
   
   3.   Kita  dapat  menjalin hubungan  yang baik antara
   kaum   dan    ini    dapat   menstabilkan     negara.
   Persefahaman  dan    hubungan  baik  ini  hanya dapat
   dicapai jika kita semua, iaitu semua kaum di Malaysia
   bersikap sederhana dan  sanggup bercampur gaul semasa
   bekerja, bermain dan dalam aktiviti sosial kita. Jika 
   kita tidak bercampur gaul maka kita tidak akan  faham
   budaya kaum-kaum lain dan kita   tidak akan  sensitif  
   terhadap pantang larang  mereka dan sensitiviti agama
   mereka.
   
   4.    Generasi  dewasa sekarang telah  dapat  bercampur
   gaul  dan  dengan itu dapat memahami cara-cara mengelak
   daripada  membuat  atau memperkata sesuatu  yang  boleh
   menyentuh  sensitiviti kaum lain.  Adalah  di  khuatiri
   generasi  akan datang mungkin tidak dapat  bergaul  dan
   tidak dapat bersikap sensitif.
   
   5.    Sebenarnya  pengasingan antara kaum  di  kalangan
   generasi  muda  sekarang sudah menjadi lebih  luas  dan
   jauh.   Semasa  saya berada di universiti dahulu  rakan
   sebilik saya ialah penuntut Cina dan saya dan dia  juga
   tidak  menghadapi  apa-apa masalah bahkan  kami  adalah
   kawan baik.  Sehingga hari ini ia terus berbudaya  Cina
   dan  saya  tidak kurang Melayu dan tidak kurang  Islam.
   Kita  dapati  sekarang penuntut di universiti  terpisah
   dengan  begitu jauh sehingga mereka tidak  dapat  duduk
   bersebelahan dalam bilik kuliah atau dewan.  Kita lihat
   penuntut Cina di satu tempat, India di tempat  lain dan
   Melayu   berasingan.    Ternampak   jelas   tidak   ada
   persaudaraan kewarganegaraan antara mereka.
   
   6.    Puak  ekstrim kaum daripada semua kaum  menggalak
   perpisahan  antara kaum ini.  Mereka menentang  apa-apa
   usaha  untuk mendekatkan kaum-kaum di Malaysia.  Mereka
   hendak  generasi muda terutamanya dipisah dengan  cukup
   jauh supaya tidak ada langsung interaksi antara mereka.
   Bangunan sekolah pun tidak boleh dekat.
   
   7.    Perbuatan  ini amat merbahaya bagi negara.   Jika
   kita  daripada  kaum-kaum  yang  begitu  berbeza  tidak
   belajar  semasa  kecil untuk hidup bersama,  maka  kita
   tetap  tidak akan dapat hidup berharmoni apabila  besar
   dan  dewasa.   Hubungan antara kaum akan menjadi  lemah
   dan  mudah  jadi  tegang.  Sedikit sahaja  perselisihan
   antara kaum dan ia akan meletup.
   
   8.    Kita  lihat  ini kerap berlaku  di  negara-negara
   berbilang   kaum   yang  lain.   Demikianlah   buruknya
   hubungan antara kaum mereka sehingga peperangan  sering
   berlaku yang tidak dapat dihentikan.
   
   9.     Sebenarnya  ekstrimisme  membuahkan  ekstrimisme
   "extremism   breed  extremism".   Apabila   satu   kaum
   mempunyai  orang  yang ekstrim yang  tidak  menghormati
   perasaan kaum lain, maka kaum lain pula akan mengadakan
   kumpulan ekstrim.  Tiap kali satu pihak menunjuk  sikap
   ekstrim maka kumpulan ekstrimis daripada kaum lain akan
   membalas dengan perbuatan yang lebih ekstrim.  Demikian
   `escalation'  akan  berlaku sehingga  sampai  ke  tahap
   bermusuh secara terbuka.
   
   10.  Kita boleh lihat apa yang berlaku pada tahun 1969.
   Pada  tahun  itu jelas terasa hubungan  yang  buruk  di
   antara  orang  Melayu  dan orang Cina  kerana  masalah-
   masalah politik dan ekonomi.  Kita bernasib baik kerana
   kita  mempunyai pemimpin yang waras dan sederhana dalam
   Perikatan  dan pemimpin-pemimpin ini dapat  menenangkan
   keadaan.   Juga  pada masa itu terdapat ramai  daripada
   semua kaum yang mempunyai kawan daripada kaum-kaum lain
   dan  mereka  dapat berunding dan menyelesaikan  masalah
   antara mereka.
   
   11.    Sementara  orang  Melayu  diberi  jaminan   akan
   mendapat bahagian yang berpatutan dalam bidang ekonomi,
   orang  Cina  diberi  jaminan sekolah  Cina  tidak  akan
   dihapuskan dan sebuah institusi pelajaran tinggi  untuk
   orang  Cina  ditubuhkan dengan bantuan Kerajaan.   Gaji
   guru-guru di sekolah Rendah Jenis Kebangsaan ditanggung
   oleh  Kerajaan.  Walaupun peratusan orang  Cina  kurang
   daripada  orang  Melayu, peratusan ekonomi  bagi  orang
   Cina  dipersetujui lebih tinggi daripada  orang  Melayu
   dalam Dasar Ekonomi Baru.
   
   12.   Jika tidak ada hubungan dan persahabatan diantara
   pemimpin  Melayu  dan Cina, tidak mungkin  penyelesaian
   yang  adil  ini dicipta.  Kita lihat bagaimana  berbeza
   dan  kerasnya  pendirian di antara  Melayu  dari  parti
   lawan  dengan  Cina  dari  parti  lawan.   Jika  mereka
   memerintah  penyelesaian kepada  peristiwa  1969  tidak
   mungkin dicapai.
   
   13.  Yang kita khuatiri ialah oleh kerana sikap ekstrim
   satu  kumpulan orang Cina sekarang, maka sokongan orang
   Melayu  kepada ekstrimis Melayu dan parti  Melayu  yang
   keterlaluan akan meningkat.  Oleh kerana generasi  muda
   kedua-dua   kaum  tidak  pernah  berkenal-kenalan   dan
   bersahabat, rundingan untuk menyelesaikan masalah tidak
   dapat  dibuat.   Konfrontasi akan  berlaku  dan  dengan
   mudah  rusuhan  seperti pada tahun 1969  akan  menurut.
   Parti  DAP  mungkin tidak senang dengan  kenyataan  ini
   tetapi  jika  kita  lupa sejarah kita  akan  mengulangi
   kesalahan dahulu berkali-kali.
   
   14.   Kita  telah  cuba mengadakan  sekolah  kebangsaan
   untuk  semua  kaum.   Di  mana-mana  negara  lain   pun
   terdapat  hanya  satu jenis dan sistem pelajaran  untuk
   semua.   Sekolah  untuk kaum lain  yang  dibiayai  oleh
   Kerajaan  tidak  pernah diadakan  di  mana-mana  negara
   lain, maju atau membangun.  Malangnya kita dapati minat
   untuk  bersekolah  bersama di sekolah  kebangsaan  amat
   berkurangan.  Ramai kanak-kanak keturunan Cina  memilih
   untuk  ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.  Peluang untuk
   murid  sekolah  daripada pelbagai kaum untuk  bercampur
   gaul semakin lama semakin kurang.
   
   15.   Memandangkan keadaan ini Kerajaan merancang untuk
   mendekatkan  sekolah  Kebangsaan dengan  sekolah  jenis
   Kebangsaan.  Tidak ada niat untuk menukar sekolah  Cina
   kepada sekolah Kebangsaan.  Undang-undang telah dipinda
   supaya  ini tidak dapat dibuat.  Hanya yang kita  ingin
   lihat  ialah  dalam  aktiviti  sukan  dan  perhimpunan-
   perhimpunan,   murid-murid  sekolah   dapat   berjumpa,
   bergaul  dan berinteraksi.  Ini akan mendedahkan  anak-
   anak Melayu, Cina dan India kepada semua kaum dan bukan
   satu  kaum  mereka sahaja.  Apabila mereka  besar  maka
   dapatlah mereka menjadi rakyat Malaysia yang sedar  dan
   toleran terhadap kaum-kaum yang terdapat di Malaysia.
   
   16.  Malangnya niat yang baik untuk masa depan Malaysia
   telah  dituduh oleh puak ektrimis sebagai  usaha  untuk
   menghapuskan  sekolah Cina.  Perkara  ini  dipolitikkan
   oleh  parti  lawan  dan kadang-kadang oleh  parti-parti
   dalam Barisan.
   
   17.  Jika kita ikut ekstrimis kaum kita, kaum lain juga
   akan  ikut ekstrimis kaum lain.  Sekarang ini saya akui
   ekstrimis kaum Melayu sudah mendapat sokongan.   Mereka
   sudah  bertambah.   Sikap toleransi  kepada  kaum  lain
   sudah  berkurangan  sekarang.  Dalam pilihanraya  kecil
   baru-baru ini orang Cina cuba ditakutkan dengan membawa
   beribu-ribu  ekstrimis Melayu yang ganas  supaya  orang
   Cina  tidak  boleh mengundi, supaya mereka tidak  dapat
   hak  sebagai  rakyat  Malaysia yang  demokratik.   Saya
   percaya jika puak ini berjaya dengan menggunakan taktik
   ini dan mereka berkuasa, atau mengurang sokongan kepada
   Melayu  yang  sederhana, maka negara  tidak  lagi  akan
   memperlihat  keadilan kepada semua kaum.  Mereka  sudah
   pun menunjuk hasrat mereka di negeri-negeri yang mereka
   memerintah, untuk menolak hak kaum lain.
   
   18.   Inilah  hasil daripada ekstrimisme yang  ditunjuk
   oleh  sebahagian  daripada kaum Cina.   Mereka  bermain
   dengan api dan akhirnya mereka akan dibakar dengan  api
   yang mereka nyalakan.  Oleh itu cubalah kurangkan jarak
   perpisahan  antara  kaum terutama di kalangan  generasi
   muda  yang  akan  mewarisi  negara  kita  bersama  yang
   tercinta ini.
   
   19.  Dalam usaha menjalinkan hubungan yang rapat antara
   kaum  di  Malaysia  parti-parti dalam Barisan  Nasional
   mestilah  kuat.   Apabila  parti  lemah  atau  pemimpin
   lemah,  atau mereka bersengketa, maka agak mudah mereka
   tertarik  dengan  ekstrimisme untuk mendapat  sokongan.
   Jika  ini berlaku maka ini juga akan menyebabkan parti-
   parti  komponen  yang lain dalam BN mengguna  perkauman
   yang  ekstrim  untuk melawan sesama parti komponen  BN.
   Akhirnya  BN  akan lemah dan parti lawan akan  perolehi
   kemenangan by `default'.  Ingatlah jika kita  mempunyai
   majoriti  yang  kecil,  kita tidak  dapat  tegas  dalam
   memerintah negara.  Pemerintahan yang tidak kuat  tidak
   akan dapat menangani masalah perkauman.
   
   20.   Di  negara maju tidak banyak kelainan  di  antara
   parti-parti  yang bertanding.  Di Malaysia parti  lawan
   mempunyai sikap radikal dan tidak toleran.  Jika mereka
   menang  segala-segala yang ada di Malaysia akan berubah
   seperti  yang  kita lihat di Kelantan  dan  Terengganu.
   Negara  akan  menjadi  mundur dan  rakyat  akan  merasa
   tertekan.   Tidak  ada  kebebasan bagi  budaya,  bahkan
   agama yang tidak secocok dengan mereka.
   
   21.   Sebab  itulah  kita tidak  boleh  benarkan  parti
   komponen  BN  terutama yang besar menjadi lemah  kerana
   selisih faham dalam parti.  Untuk menyelesaikan selisih
   faham  kita  perlu  bertolak ansur,  `give  and  take'.
   Tidak  ada pihak yang mesti menang.  Yang mesti  menang
   ialah  parti  dan  parti  akan menang  jika  kita  beri
   keutamaan  kepada  parti  dan  bukan  kepada  mana-mana
   pemimpin parti atau kelompok dalam parti.
   
   22.  Nasib masa depan orang Cina di Malaysia bergantung
   kepada  kekuatan parti-parti yang mewakili  orang  Cina
   dalam  BN.  Demikian juga nasib orang Melayu bergantung
   kepada kekuatan parti UMNO dalam BN.  Pertikaian  dalam
   parti  komponen BN, perselisihan faham antara  pemimpin
   parti   komponen  akan  memberi  peluang  kepada   puak
   ekstrimis  berpengaruh  dan  berkembang.   Dengan   itu
   masalah  dalam  parti  komponen  dan  perpecahan   akan
   menjadi  lebih  teruk.   Dan  BN  akan  menjadi  lemah.
   Jangan  fikir  BN  tidak boleh  dikalahkan.   Ia  boleh
   dikalahkan  bukan kerana parti lawan  lebih  kuat  atau
   lebih   baik,  tetapi  kerana  kelemahan   BN,   kerana
   kelemahan parti-parti komponen BN.
   
   23.   Dunia  kagum dengan keharmonian  antara  kaum  di
   Malaysia.   Keadaan yang baik ini ialah  kerana  konsep
   yang  dicipta  oleh pengasas UMNO, MCA  dan  MIC  dalam
   Perikatan yang diteruskan oleh Barisan Nasional.  Parti-
   parti  lawan  telah cuba meniru konsep ini tetapi  oleh
   kerana mereka dari parti yang ekstrim, kerjasama mereka
   tidak   dapat  dikekalkan.   Parti  DAP  sudah   keluar
   daripada  Barisan Parti lawan, dan Parti  Keadilan  dan
   Parti  Rakyat  ada sebagai nama sahaja.   Mereka  wujud
   kerana  mereka  boleh diperalatkan oleh  PAS.   Apabila
   mereka tidak berguna lagi mereka akan diketepikan.
   
   24.  Yang jelas ialah campuran seperti Barisan Nasional
   hanya  boleh  dihasilkan dari parti yang sederhana  dan
   kuat.   Jika kita sendiri tolak kesederhanaan dan  kita
   bersengketa  sesama sendiri, dalam parti komponen  atau
   antara parti komponen, kehormanian yang kita lihat  ini
   akan  hilang.  Kita akan menjadi seperti di  kebanyakan
   negara  membangun yang lain, tidak stabil,  tidak  maju
   dan tidak selamat.
   
   25.   Justeru  itu konsep dan asas Barisan Nasional  is
   bigger than any of us, no matter how great a leader  we
   are,  no  matter how popular we think we are.   As  you
   know  I  have decided to step down.  Nobody  pushed  me
   down.   It  is  a  decision I took  myself.   It  is  a
   decision I took because I believe the time has come for
   me  to  hand  over the leadership of UMNO  and  Barisan
   Nasional  to another person.  By tradition  the  Deputy
   President  of UMNO succeeds the President.   And  so  I
   have   endorsed  Dato  Seri  Abdullah  Badawi  as   the
   President of UMNO.
   
   26.  It is a tradition also that the President of UMNO,
   the  biggest  party  in the Alliance  and  the  Barisan
   Nasional  to  chair  the coalition.   As  head  of  the
   coalition he becomes the head of the biggest  party  in
   Parliament.  As such he will become the Prime  Minister
   and  he will have the right to nominate members of  his
   cabinet.   Although  this is his right,  he  must  also
   follow  tradition in the appointment of members of  the
   Cabinet  so that all the component parties representing
   all the races will be represented.
   
   27.   Nothing has been written down about these  things
   in  full in our Constitution.  It is a tradition  which
   we  follow.    It is a tradition that has enabled us to
   effect  changes  in  the leadership of  the  Government
   smoothly.   This smoothness in carrying out changes  in
   Malaysia  is  very  important  for  our  stability  and
   prosperity.
   
   28.   So I hope MCA will uphold this tradition and give
   its full support to YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi
   when  he  takes over to become the new Prime  Minister,
   the fifth Prime Minister of Malaysia.
   
   29.   I  should end here by saying "Long Live BN,  long
   live  MCA  and  long  live  interacial  cooperation  in
   Malaysia".
   
   30.   Dengan  ini  dengan sukacitanya  saya  merasmikan
   Mesyuarat Agung MCA yang ke 49, 2002.

   Sumber : Pejabat Perdana Menteri
    




    
    

             
 


 
Google