Oleh/By : DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Tempat/Venue : UNIVERSITI SAINS MALAYSIA,
PULAU PINANG
Tarikh/Date : 03/10/81
Tajuk/Title : MERASMIKAN PERHIMPUNAN AGUNG MIC
YANG KE-29
Y.B. Dato Samy Vellu, Presiden MIC,
Y.B. Senator S. Subramaniam, Timbalan Presiden MIC,
Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat MIC,
Dif-dif Kehormat,
Tuan-tuan dan puan-puan sekelian.
Saya mengucapkan terima kasih kepada YB Dato' Samy Vellu, Presiden MIC dan
juga Jawatankuasa Pusat MIC kerana menjemput saya, sebagai Pengerusi
Barisan Nasional, untuk merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MIC pada hari
ini.
Pada 19hb. September, yang lalu saya telah diberi penghormatan merasmikan
Perhimpunan Agung MCA dan pada hari ini pula sekali lagi saya diberi
penghormatan untuk merasmikan Perhimpunan Agung sebuah lagi parti komponen
Barisan Nasional, iaitu MIC.
2. MIC, seperti MCA, telah menjadi rakan UMNO dalam membentuk gabungan
Perikatan. Kemudian gabungan yang diasaskan oleh UMNO, MCA, dan MIC ini
telah dibesarkan di mana parti-parti politik yang lain telah menyertainya
bersama untuk membentuk Barisan Nasional. Parti MIC telah banyak memberi
sumbangan kepada pembentukan asas-asas Perikatan dan kemudian Barisan
Nasional dan juga kepada Kerajaan. Sumbangan dan kerjasama yang diberi
oleh MIC telah membantu memperkukuhkan coalition Barisan Nasional ini.
3. Di sini elok juga saya terangkan sedikit konsep coalition atau gabungan
saperti yang diamalkan oleh Perikatan dan Barisan Nasional di
Malaysia. Biasanya coalition diadakan selepas pilihanraya kerana tidak ada
parti yang mendapat majoriti yang cukup untuk membentuk Kerajaan. Tetapi
Perikatan dan Barisan Nasional dibentuk sebelum pilihanraya dan pemilihan
calun serta pembentukan strateji dibuat secara satu parti dan bukan
parti-parti yang berasingan. Konsep dan amalan inilah yang telah menjamin
kemenangan gabungan kita di tiap-tiap pilihanraya. Tetapi sungguhpun
Perikatan dan Barisan Nasional bertindak lebih sebagai satu parti dari
parti campuran, kepentingan parti komponen masing-masing masih
terjamin. Dalam keadaan politik di Malaysia kini susunan seumpama ini
adalah yang sebaik-baiknya yang boleh diadakan. Adalah penting bagi
ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional
memahami asas kekuatan Barisan Nasional. Jika asas sebenar Barisan
Nasional ini tidak difahami, maka cabaran terhadap amalan yang sedia ada
ini mungkin dibuat dan cabaran-cabaran ini bukan sahaja akan melemahkan
Parti Barisan Nasional tetapi akan menggugat kedudukan Kerajaan dan
kestabilan negara. Akhirnya mereka yang mencabar dan melemahkan Barisan
Nasional dan Kerajaan Barisan Nasional, akan dengan sendirinya binasa. MIC
sebagai anggota Barisan Nasional dan ahli-ahli MIC, seperti juga
parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain, harus faham asas dan
bentuk Barisan Nasional supaya tidak akan berlaku, secara sedar atau tidak
sedar, tindakan-tindakan yang boleh membawa akibat yang saya telah
terangkan tadi.
4. Sebagai parti yang mewakili sebahagian besar daripada masyarakat India
di negara ini peranan MIC bukan sahaja besar malahan adalah
berat. Masyarakat India di Malaysia, seperti juga masyarakat-masyarakat
yang lain, telah memberi berbagai sumbangan kepada perkembangan sosial,
ekonomi dan politik negara. Dengan adanya kerjasama dan persefahaman di
antara kaum di negara ini kita telah dapat mencapai kemajuan yang begitu
pesat sekali. Kemajuan yang kita capai ini adalah juga hasil sumbangan
rakyat dari segenap lapisan dan pentadbiran kerajaan yang cekap dan
berkesan.
Saudara-saudari sekelian.
5. Pada hemat saya masyarakat India Malaysia, walaupun kecil bilangannya,
telah mencapai kemajuan yang boleh dibanggakan berbanding dengan
masyarakat keturunan India di negara-negara lain. Pada keseluruhannya
pencapaian oleh masyarakat India Malaysia diberbagai bidang, termasuk
bidang ekonomi dan profesyenal bolehlah dikatakan hampir mencapai matlamat
yang dituju. Masyarakat India Malaysia bukan sahaja bekerja di
ladang-ladang besar tetapi juga terdapat di dalam Kerajaan, dalam bidang
perniagaan, kejuruteraan, peguaman dan sebagainya. Malahan beberapa orang
dari masyarakat India Malaysia memegang atau menduduki jawatan-jawatan
yang penting dan besar sama ada dalam Kerajaan atau pun swasta.
6. Parti MIC telah bekerjasama dengan parti-parti lain dalam Barisan
Nasional dalam mewujudkan dasar-dasar dan program-program yang bertujuan
untuk meninggikan lagi taraf hidup rakyat dan meningkatkan pembangunan
negara.
Dasar-dasar ini telah mengambil kira kepentingan semua bangsa di negara
ini. Semua dasar ini juga telah ditimbang dengan teliti dan mendalam dan
telah mendapat persetujuan umum sebelum ianya dilaksanakan. Dalam lain
perkataan dasar-dasar Kerajaan telah diterima oleh sebahagian besar rakyat
Malaysia kerana dasar-dasar ini adalah sesuai untuk masyarakat berbilang
bangsa yang terdapat di negara ini.
Saudara-saudari sekelian.
7. Sepertimana yang telah saya sebutkan beberapa kali dahulu, tidak akan
berlaku perubahan-perubahan besar dalam dasar-dasar asas Kerajaan di bawah
kepimpinan sekarang.
Kalau ada yang bertukar pun hanyalah style atau cara sahaja.
Sepertimana juga yang saya nyatakan, tidak ada sebab mengapa mesti ditukar
dasar-dasar yang telah diterima dan yang berjalan dengan baik. Saya kerap
kali menyebut perkara ini kerana masih lagi terdapat ramalan-ramalan yang
tidak berasas sama sekali yang mengatakan berbagai perubahan dasar akan
berlaku. Ini tidaklah benar. Saya ingin menegaskan bahawa saya akan
meneruskan usaha-usaha dan dasar-dasar yang telah dipelopori oleh
pemimpin-pemimpin negara yang lepas.
Saudara-saudari sekelian.
8. Dasar-dasar Kerajaan, seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pelajaran
Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan, adalah bertujuan juga untuk
mewujudkan perpaduan yang lebih lagi di kalangan masyarakat
Malaysia. Dasar-dasar yang sedang dilaksanakan ini telah pun kita
persetujui bersama. Yang penting bukanlah lagi pembentukan dasar baru yang
dikatakan lebih sesuai tetapi mengamalkan dasar yang sedia ada dengan cara
yang saksama dan mengikut matlamat yang telah ditentukan. Memang benar ada
kadangkala berlaku beberapa kelemahan, di sana sini, di dalam
pelaksanaan. Ini memang patut ditegur dan sekiranya didapati ada kelemahan
di dalam pelaksanaan sesuatu rancangan itu, tindakan segera hendaklah
diambil untuk membetulkannya.
9. Walau bagaimanapun kita mestilah sedar bahawa oleh kerana dasar-dasar
ini telah kita terima apa juga teguran-teguran yang hendak dikemukakan
seharusnyalah mengenai soal-soal pelaksanaan sahaja. Teguran-teguran yang
berasas dan membina akan diberi pertimbangan yang sewajarnya. Tetapi kita
tidak patut membangkit atau menyoal prinsip-prinsip dasar-dasar yang telah
dipersetujui itu.
Apa yang sudah dipersetujui mestilah dihormati. Kerajaan boleh memperbaiki
interpretasi dan cara pelaksanaan sahaja.
Kerajaan tidak akan mengubah dengan sewenang-wenangnya.
Dasar-dasar asas yang telah diterima bersama. Semua pihak mestilah
menerima hakikat ini khususnya parti-parti komponen Barisan Nasional.
10. Saya sedar tentang beberapa perkara yang tidak disenangi oleh MIC dari
segi pelaksanaan dasar.
Perkara-perkara ini telah disebutkan oleh YB Presiden MIC tadi. Kerajaan
berhasrat membetulkan pelaksanaan ini.
Tetapi dalam perkara ini masalah yang timbul ialah kekeliruan di antara
kaum keturunan India dengan kaum keturunan Tamil dari Ceylon. Kerajaan
tidak dapat mengambil dari kaum keturunan Ceylon untuk diberi kepada kaum
keturunan India. Perkara ini hendaklah diselesaikan oleh kedua-dua pihak
sendiri. Keduanya ialah tentang minat kaum keturunan India sendiri. Adalah
penting mereka bukan sahaja membuat teguran tetapi beberapa kelemahan dan
sikap di kalangan mereka dibetulkan supaya identiti mereka di Malaysia ini
tidak boleh dipersoalkan. They should remember always that they are not
just Indians but they are Malaysian Indians; the descendants of people
from the Indian sub-continent who have settled here and have acknowledged
Malaysia as their home and focus of loyalty.
11. Teguran yang saya buat ini adalah sama dengan teguran-teguran yang
telah saya buat kepada kaum-kaum lain termasuk orang-orang
Melayu. Tujuannya ialah supaya kita tidak sahaja memandang kepada orang
lain untuk membetulkan diri tetapi juga kepada diri kita sendiri. Saya
berbangga dengan tindakan-tindakan yang telah diambil oleh MIC untuk
menjayakan kaum keturunan India, seperti disebut oleh saudara Presiden MIC
tadi. Tetapi masih banyak yang perlu diperbetul dan diperbuat oleh MIC dan
kaum keturunan India untuk mendapat faedah yang sepenuhnya dari
pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Selain daripada itu janganlah sesiapa dari
apa kaum juga membuat apa-apa jua yang boleh menimbul keraguan tentang
fokus taat setia mereka. Perbuatan seperti itu tidak memudahkan Kerajaan
untuk menolong mereka atau menolong mententeramkan suasana politik di
negara ini.
Saudara-saudari sekelian.
12. Kemajuan dan pembangunan yang kita capai ini adalah kerana kita berada
dalam keadaan aman dan kerana adanya perpaduan di antara penduduk-penduduk
di negara ini.
Perpaduan adalah faktor yang sangat penting terutama sekali dalam negara
yang mempunyai penduduk berbilang bangsa. Bagi negara kita Malaysia
perpaduan kebangsaan adalah faktor utama dan segala usaha-usaha kita
adalah bertujuan untuk memperkukuhkan lagi perpaduan ini. Tanpa perpaduan
yang tulin kita tidak dapat mencapai matlamat-matlamat yang telah kita
tetapkan. Perpaduan yang terdapat sekarang ini telah dipupuk sejak begitu
lama dan kita mistilah berusaha supaya perpaduan ini tidak diganggu dan
diancam. Dalam hal ini kita semua terutama sekali parti-parti komponen
dalam Barisan Nasional mistilah sentiasa berhati-hati khususnya apabila
membuat cadangan atau pun permintaan supaya tindakan tersebut tidak
menimbulkan sebarang keraguan atau salah faham yang boleh menjejaskan
perpaduan. Walau bagaimanapun saya yakin bahawa dengan kepimpinan yang
bijak dan kematangan politik parti-parti komponen Barisan Nasional,
tindakan seumpama ini tidak akan berlaku.
13. Kita juga bersyukur bahawa keselamatan negara kita adalah
terpelihara. Sayugia diingatkan bahawa keselamatan negara bukanlah
tanggongjawab pihak berkuasa atau pasukan keselamatan sahaja tetapi adalah
tanggongjawab kita bersama.
Setiap rakyat mempunyai peranan masing-masing bagi menjaga keselamatan dan
ketenteraman negara. Kita mistilah juga berhati-hati kerana masih lagi
terdapat golongan-golongan yang cuba mengancam ketenteraman dan
kesetabilan negara kita. Golongan-golongan ini adalah kecil tetapi kita
hendaklah sentiasa berwaspada terhadap kegiatan-kegiatan mereka.
Saudara-saudari sekelian.
14. Pada tahun ini, nampaknya pemilihan dalam MIC berjalan tanpa
pertandingan yang heboh dan hebat. Ada lagi pemilihan yang belum selesai
dan saya harap ini juga akan berjalan dengan licin dan teratur.
15. Perhimpunan ini akan membincangkan berbagai-bagai perkara. Saya harap
apa jua perkara yang akan dibangkitkan akan dibincang dengan penuh
tanggongjawab dan keputusan yang dibuat kelak bukan sahaja akan memberi
munafaat kepada MIC tetapi juga kepada negara.
16. Dengan kata-kata ini saya dengan sukacitanya merasmikan pembukaan
Perhimpunan Agung MIC yang ke-29 ini.
Terima kasih.
---
Y.B. Dato Samy Vellu,
Presiden MIC,
Y.B. Senator S. Subramaniam,
Timbalan Presiden MIC,
Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat MIC,
Dif-dif Kehormat,
Tuan-tuan dan puan-puan sekelian.
Saya mengucapkan terima kasih kepada YB Dato' Samy
Vellu, Presiden MIC dan juga Jawatankuasa Pusat MIC kerana
menjemput saya, sebagai Pengerusi Barisan Nasional, untuk
merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MIC pada hari ini.
Pada 19hb. September, yang lalu saya telah diberi
penghormatan merasmikan Perhimpunan Agung MCA dan pada hari
ini pula sekali lagi saya diberi penghormatan untuk
merasmikan Perhimpunan Agung sebuah lagi parti komponen
Barisan Nasional, iaitu MIC.
2. MIC, seperti MCA, telah menjadi rakan UMNO dalam
membentuk gabungan Perikatan. Kemudian gabungan yang
diasaskan oleh UMNO, MCA, dan MIC ini telah dibesarkan di
mana parti-parti politik yang lain telah menyertainya
bersama untuk membentuk Barisan Nasional. Parti MIC telah
banyak memberi sumbangan kepada pembentukan asas-asas
Perikatan dan kemudian Barisan Nasional dan juga kepada
Kerajaan. Sumbangan dan kerjasama yang diberi oleh MIC
telah membantu memperkukuhkan coalition Barisan Nasional
ini.
3. Di sini elok juga saya terangkan sedikit konsep
coalition atau gabungan saperti yang diamalkan oleh
Perikatan dan Barisan Nasional di Malaysia. Biasanya
coalition diadakan selepas pilihanraya kerana tidak ada
parti yang mendapat majoriti yang cukup untuk membentuk
Kerajaan. Tetapi Perikatan dan Barisan Nasional dibentuk
sebelum pilihanraya dan pemilihan calun serta pembentukan
strateji dibuat secara satu parti dan bukan parti-parti yang
berasingan. Konsep dan amalan inilah yang telah menjamin
kemenangan gabungan kita di tiap-tiap pilihanraya. Tetapi
sungguhpun Perikatan dan Barisan Nasional bertindak lebih
sebagai satu parti dari parti campuran, kepentingan parti
komponen masing-masing masih terjamin. Dalam keadaan
politik di Malaysia kini susunan seumpama ini adalah yang
sebaik-baiknya yang boleh diadakan. Adalah penting bagi
ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin parti-parti komponen Barisan
Nasional memahami asas kekuatan Barisan Nasional. Jika asas
sebenar Barisan Nasional ini tidak difahami, maka cabaran
terhadap amalan yang sedia ada ini mungkin dibuat dan
cabaran-cabaran ini bukan sahaja akan melemahkan Parti
Barisan Nasional tetapi akan menggugat kedudukan Kerajaan
dan kestabilan negara. Akhirnya mereka yang mencabar dan
melemahkan Barisan Nasional dan Kerajaan Barisan Nasional,
akan dengan sendirinya binasa. MIC sebagai anggota Barisan
Nasional dan ahli-ahli MIC, seperti juga parti-parti
komponen Barisan Nasional yang lain, harus faham asas dan
bentuk Barisan Nasional supaya tidak akan berlaku, secara
sedar atau tidak sedar, tindakan-tindakan yang boleh membawa
akibat yang saya telah terangkan tadi.
4. Sebagai parti yang mewakili sebahagian besar daripada
masyarakat India di negara ini peranan MIC bukan sahaja
besar malahan adalah berat. Masyarakat India di Malaysia,
seperti juga masyarakat-masyarakat yang lain, telah memberi
berbagai sumbangan kepada perkembangan sosial, ekonomi dan
politik negara. Dengan adanya kerjasama dan persefahaman di
antara kaum di negara ini kita telah dapat mencapai kemajuan
yang begitu pesat sekali. Kemajuan yang kita capai ini
adalah juga hasil sumbangan rakyat dari segenap lapisan dan
pentadbiran kerajaan yang cekap dan berkesan.
Saudara-saudari sekelian.
5. Pada hemat saya masyarakat India Malaysia, walaupun
kecil bilangannya, telah mencapai kemajuan yang boleh
dibanggakan berbanding dengan masyarakat keturunan India di
negara-negara lain. Pada keseluruhannya pencapaian oleh
masyarakat India Malaysia diberbagai bidang, termasuk bidang
ekonomi dan profesyenal bolehlah dikatakan hampir mencapai
matlamat yang dituju. Masyarakat India Malaysia bukan
sahaja bekerja di ladang-ladang besar tetapi juga terdapat
di dalam Kerajaan, dalam bidang perniagaan, kejuruteraan,
peguaman dan sebagainya. Malahan beberapa orang dari
masyarakat India Malaysia memegang atau menduduki
jawatan-jawatan yang penting dan besar sama ada dalam
Kerajaan atau pun swasta.
6. Parti MIC telah bekerjasama dengan parti-parti lain
dalam Barisan Nasional dalam mewujudkan dasar-dasar dan
program-program yang bertujuan untuk meninggikan lagi taraf
hidup rakyat dan meningkatkan pembangunan negara.
Dasar-dasar ini telah mengambil kira kepentingan semua
bangsa di negara ini. Semua dasar ini juga telah ditimbang
dengan teliti dan mendalam dan telah mendapat persetujuan
umum sebelum ianya dilaksanakan. Dalam lain perkataan
dasar-dasar Kerajaan telah diterima oleh sebahagian besar
rakyat Malaysia kerana dasar-dasar ini adalah sesuai untuk
masyarakat berbilang bangsa yang terdapat di negara ini.
Saudara-saudari sekelian.
7. Sepertimana yang telah saya sebutkan beberapa kali
dahulu, tidak akan berlaku perubahan-perubahan besar dalam
dasar-dasar asas Kerajaan di bawah kepimpinan sekarang.
Kalau ada yang bertukar pun hanyalah style atau cara sahaja.
Sepertimana juga yang saya nyatakan, tidak ada sebab mengapa
mesti ditukar dasar-dasar yang telah diterima dan yang
berjalan dengan baik. Saya kerap kali menyebut perkara ini
kerana masih lagi terdapat ramalan-ramalan yang tidak
berasas sama sekali yang mengatakan berbagai perubahan dasar
akan berlaku. Ini tidaklah benar. Saya ingin menegaskan
bahawa saya akan meneruskan usaha-usaha dan dasar-dasar yang
telah dipelopori oleh pemimpin-pemimpin negara yang lepas.
Saudara-saudari sekelian.
8. Dasar-dasar Kerajaan, seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar
Pelajaran Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan, adalah
bertujuan juga untuk mewujudkan perpaduan yang lebih lagi di
kalangan masyarakat Malaysia. Dasar-dasar yang sedang
dilaksanakan ini telah pun kita persetujui bersama. Yang
penting bukanlah lagi pembentukan dasar baru yang dikatakan
lebih sesuai tetapi mengamalkan dasar yang sedia ada dengan
cara yang saksama dan mengikut matlamat yang telah
ditentukan. Memang benar ada kadangkala berlaku beberapa
kelemahan, di sana sini, di dalam pelaksanaan. Ini memang
patut ditegur dan sekiranya didapati ada kelemahan di dalam
pelaksanaan sesuatu rancangan itu, tindakan segera hendaklah
diambil untuk membetulkannya.
9. Walau bagaimanapun kita mestilah sedar bahawa oleh
kerana dasar-dasar ini telah kita terima apa juga
teguran-teguran yang hendak dikemukakan seharusnyalah
mengenai soal-soal pelaksanaan sahaja. Teguran-teguran yang
berasas dan membina akan diberi pertimbangan yang
sewajarnya. Tetapi kita tidak patut membangkit atau menyoal
prinsip-prinsip dasar-dasar yang telah dipersetujui itu.
Apa yang sudah dipersetujui mestilah dihormati. Kerajaan
boleh memperbaiki interpretasi dan cara pelaksanaan sahaja.
Kerajaan tidak akan mengubah dengan sewenang-wenangnya.
Dasar-dasar asas yang telah diterima bersama. Semua pihak
mestilah menerima hakikat ini khususnya parti-parti komponen
Barisan Nasional.
10. Saya sedar tentang beberapa perkara yang tidak
disenangi oleh MIC dari segi pelaksanaan dasar.
Perkara-perkara ini telah disebutkan oleh YB Presiden MIC
tadi. Kerajaan berhasrat membetulkan pelaksanaan ini.
Tetapi dalam perkara ini masalah yang timbul ialah
kekeliruan di antara kaum keturunan India dengan kaum
keturunan Tamil dari Ceylon. Kerajaan tidak dapat mengambil
dari kaum keturunan Ceylon untuk diberi kepada kaum
keturunan India. Perkara ini hendaklah diselesaikan oleh
kedua-dua pihak sendiri. Keduanya ialah tentang minat kaum
keturunan India sendiri. Adalah penting mereka bukan sahaja
membuat teguran tetapi beberapa kelemahan dan sikap di
kalangan mereka dibetulkan supaya identiti mereka di
Malaysia ini tidak boleh dipersoalkan. They should remember
always that they are not just Indians but they are Malaysian
Indians; the descendants of people from the Indian
sub-continent who have settled here and have acknowledged
Malaysia as their home and focus of loyalty.
11. Teguran yang saya buat ini adalah sama dengan
teguran-teguran yang telah saya buat kepada kaum-kaum lain
termasuk orang-orang Melayu. Tujuannya ialah supaya kita
tidak sahaja memandang kepada orang lain untuk membetulkan
diri tetapi juga kepada diri kita sendiri. Saya berbangga
dengan tindakan-tindakan yang telah diambil oleh MIC untuk
menjayakan kaum keturunan India, seperti disebut oleh
saudara Presiden MIC tadi. Tetapi masih banyak yang perlu
diperbetul dan diperbuat oleh MIC dan kaum keturunan India
untuk mendapat faedah yang sepenuhnya dari pelaksanaan Dasar
Ekonomi Baru. Selain daripada itu janganlah sesiapa dari
apa kaum juga membuat apa-apa jua yang boleh menimbul
keraguan tentang fokus taat setia mereka. Perbuatan seperti
itu tidak memudahkan Kerajaan untuk menolong mereka atau
menolong mententeramkan suasana politik di negara ini.
Saudara-saudari sekelian.
12. Kemajuan dan pembangunan yang kita capai ini adalah
kerana kita berada dalam keadaan aman dan kerana adanya
perpaduan di antara penduduk-penduduk di negara ini.
Perpaduan adalah faktor yang sangat penting terutama sekali
dalam negara yang mempunyai penduduk berbilang bangsa. Bagi
negara kita Malaysia perpaduan kebangsaan adalah faktor
utama dan segala usaha-usaha kita adalah bertujuan untuk
memperkukuhkan lagi perpaduan ini. Tanpa perpaduan yang
tulin kita tidak dapat mencapai matlamat-matlamat yang telah
kita tetapkan. Perpaduan yang terdapat sekarang ini telah
dipupuk sejak begitu lama dan kita mistilah berusaha supaya
perpaduan ini tidak diganggu dan diancam. Dalam hal ini
kita semua terutama sekali parti-parti komponen dalam
Barisan Nasional mistilah sentiasa berhati-hati khususnya
apabila membuat cadangan atau pun permintaan supaya tindakan
tersebut tidak menimbulkan sebarang keraguan atau salah
faham yang boleh menjejaskan perpaduan. Walau bagaimanapun
saya yakin bahawa dengan kepimpinan yang bijak dan
kematangan politik parti-parti komponen Barisan Nasional,
tindakan seumpama ini tidak akan berlaku.
13. Kita juga bersyukur bahawa keselamatan negara kita
adalah terpelihara. Sayugia diingatkan bahawa keselamatan
negara bukanlah tanggongjawab pihak berkuasa atau pasukan
keselamatan sahaja tetapi adalah tanggongjawab kita bersama.
Setiap rakyat mempunyai peranan masing-masing bagi menjaga
keselamatan dan ketenteraman negara. Kita mistilah juga
berhati-hati kerana masih lagi terdapat golongan-golongan
yang cuba mengancam ketenteraman dan kesetabilan negara
kita. Golongan-golongan ini adalah kecil tetapi kita
hendaklah sentiasa berwaspada terhadap kegiatan-kegiatan
mereka.
Saudara-saudari sekelian.
14. Pada tahun ini, nampaknya pemilihan dalam MIC berjalan
tanpa pertandingan yang heboh dan hebat. Ada lagi pemilihan
yang belum selesai dan saya harap ini juga akan berjalan
dengan licin dan teratur.
15. Perhimpunan ini akan membincangkan berbagai-bagai
perkara. Saya harap apa jua perkara yang akan dibangkitkan
akan dibincang dengan penuh tanggongjawab dan keputusan yang
dibuat kelak bukan sahaja akan memberi munafaat kepada MIC
tetapi juga kepada negara.
16. Dengan kata-kata ini saya dengan sukacitanya merasmikan
pembukaan Perhimpunan Agung MIC yang ke-29 ini.
Terima kasih.
|