home Speechs in the year 2003 2002 2001 2000 1999 1998 1997 1996 1995 1994 1993 1992 1991 1990 --> |
Oleh/By : DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD Tempat/Venue : MUZIUM NEGARA Tarikh/Date : 31/03/82 Tajuk/Title : MAJLIS PERASMIAN PAMERAN "MALAYSIA KESAYANGANKU" Yang Berhormat Dato' Mokhtar bin Hashim, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia; Yang Berhormat Menteri-Menteri; Yang Berbahagia Dato' Shahrum bin Yub, Ketua Pengarah Jabatan Muzium; Dif-Dif Kehormat; Tuan-tuan dan puan-puan sekelian. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi tahniah kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang mengambil daya-usaha untuk menganjurkan pameran "Malaysia Kesayanganku" ini, dan di atas penghormatan yang diberikan kepada saya untuk merasmikannya, saya mengucapkan terima kasih. 2. Pameran ini merupakan satu usaha yang penting bagi meningkatkan kesedaran dan keinsafan rakyat Malaysia terhadap tanggungjawab mereka kepada tanah tumpah darah mereka. Pembangunan yang pesat tidak memberi apa-apa makna sekiranya rakyat miskin dan tandus dari segi semangat dan rasa kasihkan tanahair, iaitu satu aspek dari perkembangan rohani dan satu dimensi yang termesti dalam pembangunan. Antara lainnya, usaha-usaha pembangunan mestilah kerana s.a.w. 3. Saya harap usaha-usaha untuk memupuk kesedaran dan membangkitkan semangat rakyat supaya kasihkan negara ini akan sentiasa diusahakan. Saya khuatir sekiranya semangat cintakan tanahair ini tidak sentiasa dipupuk, ianya akan menjadi begitu lemah hinggakan kita mungkin menjadi bangsa Sejarah serta peristiwa semasa jelas menunjukkan bahawa apabila penduduk sesebuah negara lebih mementingkan diri daripada masyarakat dan negara maka kelemahan menimpa negara itu. Sebaliknya, apabila rakyat mengutamakan negara, bukan sahaja negara menjadi makmur tetapi rakyat juga bahagia. 4. Kerana cintakan tanahair maka negara kita telah dapat dibebaskan. Ada yang berpendapat bahawa nasionalisme tidak penting, tetapi belum ada sebuah negara pun yang mencapai kemerdekaan tanpa nasionalisme. Memang ada orang yang menggadai nyawa dan harta benda ialah penduduk negara yang berkenaan. Dan mereka cuma akan sanggup menghadapi cabaran jika mereka cintakan negara mereka. Inilah yang kita lihat di Afghanistan hari ini. Sementara ramai yang bersimpati, cuma orang Afghanistan sahaja yang berkorban untuk merebut balik negara mereka. 5. Setiap rakyat negara ini harus bersyukur, dengan sebenar-benar syukur kerana lahir di negara ini, menjadi rakyat negara ini, dapat berteduh dan mencari rezeki di negara ini. Tidak ada mana tempat pun di dunia ini yang baik seratus peratus pada pandangan rakyatnya. Begitu juga dengan Malaysia. Tetapi, seribu kali syukur, Malaysia dilimpahi dengan rahmat, nikmat dan rezeki yang tidak ada bandingnya. Sekiranya ini direnungi dengan insaf, akan timbullah rasa halus yang begitu menghargai segala-galanya yang ada pada kita di Malaysia ini, walaupun sedikit. Tidak ada sebab mengapa kita tidak mengasihi serta berbangga dengan negara ini. Alangkah ruginya sekiranya ada di antara kita yang tidak mahu, atau tidak tahu mensyukuri kerana nikmat ini, dan sebaliknya, berusaha memburukkan negara sendiri dan merobohkan peradaban yang telah kita bina sekian lama ini. 6. Jika kita bersyukur dan menghargai sesuatu kurniaan, kita tidak harus semata-mata berkata kita bersyukur. Nilai yang tinggi yang kita beri kepada nikmat mestilah ditunjuk dengan tidak mensia-sia atau membazirkan apa yang kita terima. Orang yang bersyukur mestilah menggunakan hadiah yang diterima dengan cara yang membawa kebahagiaan kepadanya. Inilah tanda sebaik-baiknya orang yang bersyukur. 7. Jadi kalau kita bersyukur kerana kemerdekaan tanahair kita maka hendaklah kita berusaha untuk menjadikan tanahair kita sebuah negara yang kuat dan kukuh, yang dihormati oleh orang lain dan yang kekal dalam keadaan baik ini. Untuk ini kita perlu berusaha, perlu bekerja, perlu meningkatkan lagi keupayaan kita, bukan kerana kepentingan diri tetapi untuk menjadikan negara yang dikurniakan kepada kita negara yang tidak rosak dan hancur-lebur dalam sekejap masa. Jika kita tidak suka pemberian kita kepada orang dimusnahkan dalam sekelip mata, tentulah kita tidak akan merosak atau mempertarungkan pemberian Tuhan. 8. Apakah yang perlu kita buat untuk membuktikan Hasil dari tumpuan kepada dua perkara ini bukanlah sahaja negara akan mendapat manfaat tetapi diri sendiri juga akan mendapat kebahagian. Demikianlah hikmat bekerja untuk bangsa dan nusa. 9. Memanglah benar juga bahawa tumpuan kepada belajar dan bekerja sahaja tidak mencukupi. Untuk menjadi masyarakat yang berbahagia kita perlu memiliki nilai-nilai kemasyarakatan yang tinggi. Sebab itu kita telah gubalkan lima asas falsafah negara kita yang dipanggil Rukun Negara. Rukun-rukun ini tidak bertentangan dengan agama kita, walau apa pun agama yang kita anuti. Jika kita benar-benar berpegang kepada rukun-rukun ini nescaya negara kita akan menjadi stabil dari segi politik dan pesat membangun dari segi ekonomi tanpa menjadi terlalu materialistik. 10. Saya berharap agar setiap golongan masyarakat negara ini sentiasa berikhtiar untuk memupuk perasaan cinta dan kasihkan tanahair. Seterusnya kita hendaklah menyalurkan perasaan ini untuk membina negara yang kita sayangi ini dengan asas-asas perpaduan, kestabilan dan keharmonian. 11. Saya juga berharap apa yang dipamerkan ini, sedikit sebanyak akan membangkitkan semangat cintakan tanahair dan memberi manfaat kepada rakyat sekelian. Akhir sekali, dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, saya dengan sukcaita merasmikan pameran "MALAYSIA KESAYANGANKU" ini. |