home
Speechs in the year
2003
2002
2001
2000
1999
1998
1997
1996
1995
1994
1993
1992
1991
1990
-->
   
Oleh/By		:	DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD 
Tempat/Venue 	: 	IPOH, PERAK 
Tarikh/Date 	: 	13/06/82 
Tajuk/Title  	: 	MAJLIS PERASMIAN MUSABAQAH MEMBACA 
			AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN 




Bismillahir-Rahmanir-Rahim.

Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saudara-saudara muslimin dan muslimat sekelian, Terlebih dahulu saya
mengucap syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, kerana dengan limpah
kurnia serta izinNya, dapat saya dan isteri saya bersama-sama mengahdiri
Majlis Pembukaan Musabaqah Membaca Al-Quran Peringkat Kebangsaan pada
malam ini. Kepada saudara-saudara sekelian yang hadhir saya mengucapkan
terima kasih kerana sudi menyeri dan meraikan upacara yang mulia
ini. Semoga penyertaan kita ini akan diberkati Allah Subhanahu Wataala dan
kita akan menerima kurnia petunjuk dan hidayahNya.

2. "Disiplin dan Kesungguhan Bekerja di dalam Islam" yang sesuatu perkara
keugamaan tetapi sebaliknya ia merupakan perkara umum yang dapat memberi
faedah dan syafaat kepada sesiapa jua, termasuk mereka yang bukan
Islam. dan peraturan yang menjadi daya penggerak bagi tindakan dan tingkah
laku seseorang. Disiplin lahir dari kemampuan dan penerimaan apa yang
membezakan yang patut dengan apa yang tidak patut, apa yang baik dan apa
yang buruk, dan apa yang harus dilakukan dan apa yang tidak. Kesungguhan
pula ialah ketekunan dan dedikasi dalam melakukan sesuatu. Kesungguhan
mungkin lahir dari disiplin, dan mungkin lahir kerana kepercayaan dan
keyakinan. Sebaliknya kesungguhan pula boleh membawa kepada disiplin. Oleh
itu kita dapat lihat bagaimana secara umumnya disiplin dan kesungguhan
dapat menjadi daya penggerak yang berkesan bagi seseorang manusia.

Saudara-saudara sekelian, 

4. Saya telah menyentuh mengenai disiplin dan kesungguhan secara
umum. Sebenarnya sebagai orang Islam kita boleh melihat disiplin dan
kesungguhan dengan cara terperinci dan mendalam kerana Islam merupakan
satu cara hidup yang paling sempurna dan penuh disiplin dan mementingkan
kesungguhan.

5. Banyak peraturan yang perlu kita patuhi sebagai seorang
Islam. Sembahyang misalnya mempunyai peraturan yang diatur dengan begitu
rapi. Sebelum sembahyang kita dikehendaki mengambil wudhu' dengan wajib
dan sunat serta bacaan dan doanya. Pakaian dan tempat sembahyang mesti
bersih. Seterusnya setiap kelakuan kita di dalam sembahyang mempunyai
tertib dan aturannya. Apatah lagi kita dikehendaki khusyu' menjalankan
tugas bersembahayang dengan 

6. Oleh itu kita dapati sistem disiplin dan kesungguhan menjalankan tugas
diberi kepentingan yang amat sangat di dalam sembahyang. Ini sebenarnya
kita dapat kita lihat dalam semua amal ibadat di dalam Islam; malah jika
seseorang Islam itu mengikut semua ajaran Islam, seluruh hidupnya akan
mencerminkan nilai disiplin dan kesungguhan yang amat tinggi
sekali. Dengan mudah dapat kita membuat kesimpulan bahawa disiplin dan
kesungguhan merupakan dua sifat penting keperibadian Islam yang
tulen. Oleh sebab Islam merupakan satu keseluruhan cara hidup yang lengkap
maka disiplin dan kesungguhan tidak terhad kepada amal ibadat yang asas
seperti sebahyang, puasa, haji dan seumpamanya tetapi dalam semua tindakan
dan gerak-geri yang tidak melanggar batas dan hukum-hukum Islam.

7. Soalnya, "Apakah disiplin dan kesungguhan tidak menjadi sifat bagi
mereka yang bukan-Islam, khususya mereka yang maju?" Sebenarnya
sifat-sifat inilah yang menjadikan mereka hampir serba-serbi umat Islam
begitu mundur sekali?" Kemunduran umat Islam bukanlah kerana Allah
(swt) mempraktikkan ajaran-ajaran Islam apatah lagi untuk menegakkan
nilai-nilai Islam yang luhur dan mulia itu.

8. Hakikat ini mungkin begitu pahit untuk kita terima. Kita selalu digesa
dan kita pula selalu menggesa tentang keagungan Islam hinggakan kebanyakan
kita berada seolah-olah di awang-awangan. Kita mengagungkan Islam
seolah-olah kerana kita tidak mahu berhadapan dengan hakikat bahawa,
sebagai orang Islam, kita lemah dalam segala-galanya.

Memang Islam agung, Islam mulia, Islam lengkap dan Islam sempurna. Tetapi
apakah dengan melaungkan Islam agung, Islam mulia, Islam lengkap dan Islam
sempurna kita telah sampai kepada kebenaran mengenai diri kita sendiri
sebagai umat dan individu Islam. Kebenaran itu adalah pahit dan yang pahit
pula selalunya menjadi ubat yang paling mujarab.

Begitulah juga bagi kita umat Islam; kita harus berani berhadapan dengan
kenyataan bahawa kita lemah, kita mundur, kita kurang kemampuan, dan
lebih-lebih lagi kita kurang disiplin dan kita kurang kesungguhan. Kita
tidak menggunakan segala sumber, tenaga dan potensi yang ada pada kita
bagi mengubah "nasib" kita.

Saudara-saudara muslim-muslimat sekelian, 

9. Tidak ada cara yang paling berkesan bagi menjamin masa depan umat Islam
kecuali dengan meningkatkan disiplin dan kesungguhan di dalam semua
lapangan termasuk lapangan pekerjaan. Di samping menjalankan amal ibadat
kita dengan penuh disiplin dan khusu' serta bersungguh-sungguh, kita juga
hendaklah bekerja dan berusaha mengikut landasan disiplin yang dikehendaki
oleh Islam. Di dalam Islam, setiap individu Islam dikehendaki bekerja dan
berusaha dan menjalankan kerja atau tugas kita dengan bersungguh-sungguh,
dengan ikhlas dan dengan penuh minat. Orang yang enggan bekerja, malu
dengan sesuatu pekerjaan yang halal atau cuma sanggup meminta dari orang
lain ataupun tidak mahu bersungguh-sungguh bekerja adalah hina di dalam
Islam. Ini setiap individu Islam harus terima dan insafi.

10. Islam menyuruh kita berusaha. Berusaha sahaja tidak mencukupi; kita
disuruh berikhtiar. Seterusnya kita disuruh berdoa dan akhirnya barulah
kita bertawakkal. Islam tidak menyuruh kita berserah bulat-bulat kepada
takdir dan berputus asa. Islam adalah agama yang dinamis bukan pasif; jika
ia dilihat sebagai pasif ini adalah kerana orang yang melihatnya itu
pasif, tetapi Islam tidak pasif.

11. Baru-baru ini Kerajaan telah menggesa rakyat untuk mengikut dan
mempelajari sikap dan tata-cara kerja orang-orang Jepun dan orang-orang
Korea Selatan. Mungkin ada mereka yang keliru dengan hakikat sebenar
seruan ini.

Yang kita pentingkan di sini ialah sikap dan tata-cara orang-orang ini
bekerja dan inilah yang kita mahukan. Perkara yang buruk kita tidak
mahu; bukan sahaja perkara yang buruk dari orang Jepun, malah perkara yang
buruk dari orang lain dan juga perkara yang buruk dari orang Malaysia pun
kita tidak mahu. Kita mahu apa yang baik sahaja. Orang Jepun dan orang
Korea Selatan merupakan orang-orang yang berdisiplin tinggi dan kuat
bekerja. Tidak salah kalau kita belajar dan meniru mereka untuk menguatkan
disiplin kita dan untuk menanam sifat kuat bekerja di kalangan kita. Pada
hemat saya dengan cara ini kita dapat mengisi rangka-rangka disiplin dan
kesungguhan yang dituntut oleh agama Islam kita jika kita memupuk nilai
disiplin dan kesungguhan bekerja di kalangan masyarakat kita. Dengan cara
ini kita dapat memperkukuhkan lagi nilai-nilai yang sebenarnya telahpun
diberi kepentingan oleh Islam tetapi kerana sebab-sebab tertentu
orang-orang Islam sendiri kurang mengamalkannya dalam bidang pekerjaan
untuk dicontohi oleh kita. Namun demikian saya yakin pada satu ketika
nanti, setelah kita dapat menghayati amalan disiplin dan kesungguhan,
sikap dan tata-cara bekerja kita dengan prinsip-prinsip Islam yang lain
barulah kita dapat menyamakan kemuliaan Islam dan penganut-penganut Islam
itu sendiri dan barulah contoh yang baik akan lahir di kalangan masyarakat
kita sendiri iaitu masyarakat Islam sendiri.

12. Kerja yang halal dengan disiplin dan kesungguhan sebagaimana dituntut
oleh Islam adalah ibadat. Jika setiap individu Islam melihat kerjanya
sebagai ibadat yang mana buruk-baiknya akan ditimbang dan dihisab untuk
menentukan balasan di akhirat kelak, golongan pekerja Islam akan menjadi
golongan pekerja yang paling berdisiplin dan kuat bekerja dan akan menjadi
tenaga yang paling berkesan di dalam semua bidang pembangunan dan
dakwah. Oleh itu, amalan disiplin dan kesungguhan bekerja merupakan
intisari kaedah dakwah yang dikehendaki oleh Islam kerana buruk-baik yang
berlaku di dalam masyarakat Islam banyak dipengaruhi oleh penyelewengan
dalam kerja iaitu kerja yang bukan lagi mendapat ganjaran ibadat malah
mendatangkan keburukan kepada masyarakat dan kepada mereka yang
melakukannya sendiri.

13. Saya menyentuh kaedah dakwah di sini kerana terdapat sebahagian besar
daripada umat Islam yang melihat dan memahami dakwah dengan cara yang
sempit. Mereka menganggap dakwah sebagai meliputi peraturan-peraturan
ibadat-ibadat asas yang bersangkut-paut dengan frdhu 'ain ataupun
perkara-perkara yang remeh-temeh. Perkara-perkara ini antarabangsa. Segala
tingkah laku dan gerak geri serta tindakan yang selaras dengan
prinsip-prinsip Islam di dalam bidang-bidang ini yang dapat difahami dan
diamalkan oleh individu-individu Islam adalah di dalam lingkungan dakwah
dan perlu diberi perhatian yang seimbang oleh pendakwah dan badan-badan
dakwah. Menjalankan tugas dan kerja dengan disiplin dan bersungguh-sungguh
hendaklah didakwahkan sehingga kita semua menjadi manusia memberi nilai
yang tinggi dan mengamalakn disiplin dan kesungguhan bekerja.

Saudara-saudara sekelian, 

14. Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran adalah acara yang mulia yang harus
memberikan kepada kita banyak keinsafan dan pengajaran. Kita harus
mengambil peluang dari Majlis ini untuk mengambil tauladan dan pengajaran
dari ayat-ayat Al-Quran yang diperdengarkan. Seterusnya kita harus
berusaha untuk menghayati prinsip-prinsip yang dianjurkan oleh Islam
sebagaimana diterangkan di dalam ayat-ayat yang dibacakan. Bersamalah kita
berdoa semoga Allah (swt) memberkati kehadiran kita di Majlis ini dengan
melimpahkan petunjuk dan keimanan kepada kita.

15. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi
tahniah dan penghargaan kepada Pengerusi dan Ahli-Ahli Jawatankuasa
Musabaqah Membaca Al-Quran dan Kerajaan Negeri Perak serta semua pihak
yang telah bekerja kuat membuat segala persiapan bagi menjayakan Majlis
ini.

16. Akhir kata, dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,
saya dengan segala sukacitanya membuka Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran
Peringkat Kebangsaan ini dengan rasminya.

Wabillahi taufik walhidayah wassalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 



 


 











 
Google