home Speechs in the year 2003 2002 2001 2000 1999 1998 1997 1996 1995 1994 1993 1992 1991 1990 --> |
Oleh/By : DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD Tempat/Venue : BANK NEGARA Tarikh/Date : 30/08/82 Tajuk/Title : MAJLIS PENYAMPAIAN DUIT-DUIT SYILING PERINGATAN 25 TAHUN MERDEKA Saya merasa amat bangga kerana diberi penghormatan untuk menyampaikan satu set Duit Syiling Peringatan 25 Tahun Merdeka sebagai hadiah kepada Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Perdana Menteri Malaysia yang pertama. 2. Duit-Duit Syiling Peringatan ini dikeluarkan khas sebagai memperingati ulangtahun kemerdekaan negara kita yang ke 25. Walaupun 25 tahun telah berlalu perjuangan kemerdekaan dan usaha-usaha bagi mengekalkan kemerdekaan kita sentiasa dikenang. Duit syiling ini merupakan satu penghormatan negara dan rakyat kepada jasa dan bakti sekelian pejuang dan negarawan yang telah mengembalikan kedaulatan negara dan memeliharanya hingga kini. Jasa mereka akan tetap dikenang. 3. Khususnya, di dalam kumpulan ini, ialah Yang Teramat Mulia Tunku, "Bapa Merdeka" dan "Bapa Malaysia." Saya percaya, Majlis kita pada hari ini akan membawa Yang Teramat Mulia Tunku melalui liku-liku sejarah perjuangannya, mengenang kembali pahit-manisnya. 4. Sesungguhnya Duit-Duit Syiling Peringatan 25 Tahun Merdeka ini merupakan satu simbol penghormatan rasmi yang berkekalan terhadap Yang Teramat Mulia Tunku khasnya serta para pejuang tanahair yang lain amnya di atas sumbangan mereka yang tidak ternialai terhadap negara Malaysia. 5. Sekarang, dengan segala sukacitanya saya, bagi pihak Kerajaan Malaysia menghadiahkan satu set Duit-Duit Syiling Peringatan 25 Tahun Merdeka kepada Yang Teramat Mulia Tunku. Pejabat Perdana Menteri, |