home Speechs in the year 2003 2002 2001 2000 1999 1998 1997 1996 1995 1994 1993 1992 1991 1990 --> |
Oleh/By : DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD Tempat/Venue : MELALUI RADIO DAN TALIVISYEN MALAYSIA, (RTM) Tarikh/Date : 30/08/82 Tajuk/Title : PERUTUSAN HARI KEBANGSAAN YANG KE 25 wata'ala kerana kemerdekaan kita telah mencapai usia ini, dan dengan limpah rahmatNya, dapat kita menyambut Hari Kebangsaan negara yang kita sayangi ini. 2 Hari Kebangsaan kali ini merupakan peristiwa yang amat penting. Sambutan Jubli Perak ini menandakan sesuku abad kita telah merdeka, bebas dari belenggu penjajahan, dan sesuku abad kita menentukan nasib kita sendiri sebagai bangsa dan negara yang bebas dan berdaulat. Syukur, alhamdulillah, negara kita sentiasa berada di dalam keadaan sejahtera dan terkawal, dan hari ini, kita dapat menyambut Jubli Perak negara kita dalam suasana aman dan bahagia. 3. Sempena hari yang bersejarah ini bersama-samalah kita meraya dan meraikannya bukan sahaja dengan membuktikan penghormatan kita kepada lambang-lambang negara, malahan dengan doa, semoga negara dan rakyat akan sentiasa selamat sejahtera serta makmur dan bebas. 4 Dua puluh lima tahun pertama sejarah negara kita merupakan tempoh membentuk, meletak dan mengukuhkan asas-asas politik, ekonomi, sosial dan budaya negara kita. Dengan asas-asas ini kita tentukan kestabilan, kesejahteraan dan kemakmuran serta keharmonian yang menjadi impian kita akan dapat dinikmati bukan sahaja oleh kita tetapi oleh generasi-genarasi yang akan datang, insyaalah. berjaya, bahkan kita akan hancur. Mereka ini menunggu-nunggu untuk melihat ramalan mereka menjadi kenyataan. Tetapi, oleh kerana sebahagian besar daripada rakyat negara ini terdiri daripada orang-orang yang berfikiran waras dan sederhana, maka setelah 25 tahun berlalu, kita bukan sahaja stabil tetapi telah mencapai kita capai sehingga ekonomi kita berkembang lebih pesat dari setengah-setengah negara maju dan nilai matawang kita meningkat naik. Tiap kali kita mengadakan pilihanraya bermacam-macam ramalan buruk dibuat oleh peramal yang tidak senang hati dengan kejayaan kita, tetapi tiap kali pula kita telah buktikan bahawa, walaupun kita mempunyai banyak masalah, tetapi kita mampu mengurus hal ehwal negara kita dengan jayanya. 6. Salah satu perkara yang sering disebut oleh pihak-pihak tertentu sebagai faktor yang akan menghancurkan kita ialah hakikat bahawa kita adalah sebuah negara berbilang bangsa dan keturunan. Sebagai iblis yang sentiasa menghasut ke arah kemungkaran dan kehancuran, mereka sentiasa membangkit dan mengapi-apikan sifat semula jadi manusia, iaitu sifat tamak, iri-hati dan curiga di kalangan dan antara keturunan supaya apa yang mereka harap-harapkan, iaitu gagal dan hancurnya negara kita akan terbukti. Mereka tidak akan berhenti dari menghasut dan mengeksploitasi kurang fahaman dan kejahilan setengah-setengah pihak, dan meracuni fikiran rakyat di segenap lapisan dengan berbagai cara. Muslihat dan strategi mereka ialah menggunakan rakyat untuk menghancurkan negara. 7. Asas pembinaan satu bangsa dan sebuah negara Malaysia yang makmur dan bersatu padu ialah perkiraan faktor-faktor sejarah, politik, ekonomi, sosial dan budaya dalam pembentukan dasar-dasar negara. Asas ini dihasilkan dengan fikiran yang waras dengan memberi pertimbangan kepada kepentingan semua pihak dan golongan, dengan perspektif jangka pendek dan jangka panjang, dengan satu sistem yang dapat menjamin keadilan bagi semua pihak dan dengan batasan-batasan serta had-had yang dapat mengelak kita daripada terjerumus ke dalam bahaya dan kehancuran. Tidak ada sistem ciptaan manusia yang 100% sempurna di dunia ini dan tidak ada sistem yang terbaik bagi memberi kepuasan kepada semua cita-cita dan nafsu manusia, tetapi sistem yang telah digubal bagi kita ialah sistem yang terbaik sekali bagi menjamin keselamatan kita dalam dunia yang penuh pancaroba. Tempoh dua puluh lima tahun yang telah kita lalui membuktikan bahawa sistem pentadbiran, politik, ekonomi dan sosial di negara kita dapat menjamin kesempurnaan rakyat dan negara. Sistem yang ada ialah sistem yang berdasarkan kepada undang-undang dan yang diasaskan kepada perasaan bertanggungjawab, persefahaman dan toleransi, iaitu nilai-nilai tinggi yang diredai oleh agama dan oleh masyarakat manusia yang bertamadun tinggi. dari rakyat Malaysia tidak pernah hidup dijajah oleh orang lain. Mereka membesar atau dilahir selepas merdeka. Sungguhpun mereka mempelajari sejarah negara tetapi ini tidaklah sama dengan pengalaman rakyat yang pernah hidup di bawah pemerintahan penjajah. Persepsi terhadap nilai-nilai hidup yang ada kaitan dengan kehormatan negara antara dua generasi yang berbeza ini tentulah tidak sama. Sekarang ini sudah ada generasi yang menganggap kemerdekaan sebagai perkara semula jadi yang tidak memerlukan perlindungan mereka. Maka dengan itu, bagi mereka mungkin perayaan Hari Kebangsaan, iaitu ulangtahun kemerdekaan pun tidak mempunyai makna. 9. Anggapan kemerdekaan sebagai perkara biasa yang tidak perlu kita agung-agungkan adalah amat merbahaya. Kita mesti sedarkan generasi yang beranggapan demikian sebelum kemalangan menimpa kita. Sebenarnya kemerdekaan adalah satu nikmat yang istimewa. Kerana kehilangan kemerdekaanlah hari ini rakyat Palestin, Afghanistan dan Kampuchea berperang bermati-matian. Kita bersimpati dengan mereka kerana negara mereka ditakluk orang. Kita hulurkan derma dan kita sanjung tinggi mereka yang menawar diri untuk pergi berperang bersama dengan pejuang-pejuang negara-negara ini. Tetapi, apakah maknanya simpati dan kesedihan kita jika nikmat yang kita rasai di negara sendiri tidak kita hargai. Oleh itu sedarlah dan bersyukurlah. Pada hari kita rayakan 25 tahun kemerdekaan, insaf dan bersyukurlah tentang nasib baik kita. Generasi lama memperjuangkan kemerdekaan. Generasi baru bertanggungjawab memelihara dan mengekalkan kemerdekaan. 10. Merdeka bukan sahaja bermakna bebas dari pemerintahan asing. Dalam dunia yang "semakin kecil," penjajahan boleh juga dilakukan melalui saluran-saluran lain. Oleh itu percubaan tetap akan dibuat untuk menyekat kebebasan kita. Berhadapan dengan cabaran ini kita tidak boleh memutuskan perhubungan dengan dunia luar dan memulaukan diri. Cara yang berkesan ialah melengkapkan diri dengan segala ilmu dan kecekapan, dan mengukuhkan ketahanan negara. Jika pada hari ini Kerajaan mendesak rakyat supaya menguasai ilmu dan kecekapan, bekerja kuat dan mencari kekayaan, tujuannya bukanlah kerana terpengaruh dengan materialisme dunia tetapi kerana sayangkan, dan bertanggungjawab terhadap kemerdekaan negara. Kita tidak mahu melihat negara ini merdeka dari segi lambang dan bendera sahaja. Kita mahu kemerdekaan yang tulin, yang tidak boleh dipermain-mainkan oleh sesiapa, baik yang telah kita alami, banyak yang telah kita capai dan banyak pula peristiwa suka-duka yang harus menjadi pengajaran kepada kita. Di antara yang telah berlaku ialah pertukaran dan pemergian beberapa pemimpin yang telah banyak berjasa kepada negara. Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, bapa kemerdekaan, Allah Yarham Dato Onn Jaafar, Allah Yarham Tun Razak, Allah Yarham Tun Ismail dan Tun Hussein Onn bukan sahaja membangunkan negara tetapi telah mempelopori asas-asas yang kini menjadi panduan kepada kestabilan negara. Kesanggupan mereka mematuhi prinsip-prinsip demokrasi dan kerelaan mengundur diri yang membangun. 12. Kita juga telah mencapai pertumbuhan ekonomi yang tinggi. Di samping itu usaha ke arah memperseimbangkan pembangunan kaum telah membawa hasil yang boleh dibanggakan. Jika pada satu ketika dulu tidak ada peniaga dan pengusaha bumiputera, hari ini terdapat bumiputera dalam bidang-bidang ini, dan ramai pula yang berjaya. 13. Tetapi, bukan semua yang berlaku selama 25 tahun boleh dibanggakan. Pada tahun 1969 telah berlaku rusuhan kaum. Peperangan melawan pengganas komunis masih belum tamat. perjuangan menjayakan negara kita. 14. Kerajaan tidak pernah khayal dengan kejayaan yang telah dicapai. Sebab itu sepanjang masa Kerajaan meneliti dan menganalisa keadaan dalam negara dan membentuk dasar serta mengambil tindakan untuk menentukan bahawa Malaysia bukan sahaja terus aman tetapi bertambah bahagia. Baru-baru ini beberapa perubahan dibuat dan rakyat, sama ada dalam Kerajaan atau swasta, di gesa untuk mengubah sikap dan memandang ke Timur. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan ialah untuk mengukuhkan lagi ketahanan negara dan meningkatkan kemajuan. 15. Memandang ke Barat di zaman-zaman yang lepas memang wajar. Tetapi moral serta etika Barat sudah merosot, dan bersama dengan kemerosotan ini, kemajuan dan ketahanan mereka juga merosot. Memang benar masih ada kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh Barat, tetapi, umumnya mereka sudah tidak begitu berupaya lagi. Apabila tercabar, dan kerana tidak sanggup bersaing mereka mengambil tindakan pun tidak dikecuali daripada tindakan negative mereka. Oleh itu kita tidak lagi boleh menjadikan Barat sebagai contoh. 16. Jika kita mempunyai kebolehan sendiri kita tidak perlu kepada contoh. Tetapi, pengaruh Barat telah melenturkan nilai-nilai asal kita dan kita tidak mencapai kejayaan di tahap yang berkesan. Oleh sebab itu kita harus menoleh ke Timur kerana di Timur terdapat contoh-contoh yang jelas membawa kemajuan dan ketahanan. Tidak semua yang terdapat di Timur yang perlu kita tiru. Pemilihan adalah hak kita sebagai bangsa yang merdeka. Jika ada yang ditiru yang tidak bermanfaat, kita tidak mempunyai sesiapa untuk disalahkan. Kitalah yang akan tentukan pemilihan dan kitalah yang bertanggungjawab terhadap mundur-jayanya kita. 17. Rakyat Malaysia dari berbagai keturunan sedar dengan hakikat yang unik mengenai masyarakat dan negara mereka. Rakyat berbagai keturunan telah belajar hidup bersama, dan kerana sanggup hidup bersama dan sanggup bekerjasama, kita telah dapat berusaha dan berikhtiar menempa masa depan yang bahagia bagi kita dan generasi kemudian. Pengalaman hidup bersama hendaklah kita gunakan bagi mengukuhkan lagi asas kebahagian negara. 18. Tidak ada negara yang tidak menghadapi cabaran. Kita terdedah kepada pendapat yang berbeza-beza di dalam negeri dan pengaruh-pengaruh ideologi dan kebudayaan dari seluruh dunia. Di zaman "communication explosian" tidak ada siapa yang boleh mengasingkan diri dari pengaruh luar. Oleh itu masalah negara tetap bertambah dan mengancam setiap masa. 19. Benteng yang terkuat dalam menghadapi ancaman ini bukanlah yang bercorak fizikal atau undang-undang, tetapi ialah benteng moral atau keperibadian. Kita perlu memupuk dan mengamalkan nilai-nilai hidup yang baik yang boleh melindungi dan mempertahankan kita dari pengaruh-pengaruh yang tidak diingini. Kita hendaklah bersatu hati dalam menghadapi ancaman dan mengatasinya. Dan yang penting sekali ialah kita janganlah mudah keciwa. Kemuliaan negara bergantung kepada sifat-sifat ini, dan bersama-samalah kita berusaha untuk menjadikan sifat ini sebagai sebahagian dari kebudayaan kita. 20. Masa depan kita dan negara kita adalah cerah. Tidak ada sebab mengapa selepas dua puluh lima tahun kita harus curiga dengan kemampuan dan kebolehan kita. Kita perlu mendisiplinkan diri kita dan meneruskan perjuangan kita untuk menjamin kebahagiaan negara. Kita mesti giat serta kemampuan untuk menjadikan diri kita sebagai rakyat yang cintakan negara dengan segala pengorbanan dicurahkan bagi kebahagiaan negara dan masa depannya. Biarlah setiap Hari Kebangsaan kita mencatit kejayaan yang boleh dibanggakan terhadap Malaysia yang kita sayangi ini. 21. Bersama-samalah kita berdoa semoga negara kita sentiasa selamat sejahtera dan aman makmur. Akhir kata, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan kita Yang Ke 25. Wabillahi taufik walhidayah, wassalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pejabat Perdana Menteri, Kuala Lumpur. |