home
Speechs in the year
2003
2002
2001
2000
1999
1998
1997
1996
1995
1994
1993
1992
1991
1990
-->
   
Oleh/By		:	DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD 
Tempat/Venue 	: 	DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR 
Tarikh/Date 	: 	11/11/89 
Tajuk/Title  	: 	MAJLIS SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-44 
			BANGSA-BANGSA BERSATU 




 Yang Berhormat Mulia Tengku Ahmad
     Rithauddeen,
     Presiden Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu
     Malaysia atau UNMA;
Encik Carl-Erik Wiberg,
     Wakil Serantau UNDP di Kuala Lumpur;
Dif-dif Kehormat;
Tuan-tuan dan Puan-puan,
    Saya  berbangga  dengan  usaha  Persatuan Bangsa-Bangsa
Bersatu Malaysia atau UNMA yang menganjurkan  sambutan  Hari
Ulangtahun  Bangsa-Bangsa  Bersatu  yang  ke-44  ini.   Hari
Bangsa-Bangsa Bersatu sebenarnya jatuh pada  24hb.  Oktober,
tetapi  oleh  kerana kita sibuk dengan Mesyuarat Ketua-Ketua
Kerajaan Komanwel atau CHOGM, maka kita baru sekarang  dapat
menyambut  upacara  ini.    Walaupun terlambat, Malaysia dan
rakyatnya mengucapkan tahniah kepada badan dunia itu sempena
sambutan ulangtahun ke-44 ini.  Apatah lagi Malaysia  adalah
penyokong  kuat  Bangsa-Bangsa  Bersatu  dan  Malaysia telah
mengambil peluang bersuara  dengan  tegas  terhadap  isu-isu
yang penting di badan dunia itu.
Tuan-tuan dan puan-puan,
2.   UNMA,    seperti    tahun-tahun   yang   lalu,   selalu
menganjurkan Hari Bangsa-Bangsa  Bersatu  dengan  penyertaan
kanak-kanak.    Tradisi  ini  sangat terpuji oleh kerana apa
sahaja yang diperjuangkan hari  ini  oleh  badan  dunia  ini
adalah untuk kesejahteraan, keselamatan dan kebahagiaan masa
hadapan  anak-anak  di seluruh dunia.  Bangsa-Bangsa Bersatu
mempunyai peranan penting untuk  memastikan  wujudnya  dunia
yang  selamat  dan  sejahtera itu.   Kita berkumpul sekarang
untuk menebalkan dedikasi  kita  ke  atas  matlamat-matlamat
murni  badan  dunia  itu.   Selepas dunia kita mengalami dua
peperangan yang dahsyat,  Bangsa-Bangsa  Bersatu  ditubuhkan
bagi    mengelakkan   peperangan, mewujudkan hak-hak manusia
dan menggalakkan  kemajuan  ekonomi  dan  sosial  yang  akan
meningkatkan taraf hidup penduduk dunia.
Ladies and gentlemen,
3.   I  am sure that nothing could be more satisfying to the
organisers of this evening than to ensure that the spirit of
26 June 1945, when the UN Charter was signed, is  inculcated
in  the  hearts  of the very young so that they will grow up
fully imbued with the spirit of  global  responsibility  and
the  need  to  cooperate, and cooperate peacefully, in order
for mankind to progress.  A famous Malay proverb  succinctly
points  out  that  for  one  to shape the bamboo you have to
start from the shoots.
4.   The involvement of children tonight is also significant
as 1989 marks the thirtieth anniversary of  the  Declaration
on  the Rights of the Child and the tenth anniversary of the
International  Year  of  the  Child.  The  United Nations is
profoundly concerned that the situation of children in  many
parts  of  the  world   remains  critical  as  a  result  of
inadequate  social  conditions,  natural   disasters,  armed
conflicts, illiteracy, hunger  and  so on.  The  UN  and its
member  countries  are   convinced  that  urgent   effective
national and  international action is called for.  Hence the
world body is  working on the details of a convention on the
rights of the child at the UN General  Assembly in New York.
We in  Malaysia will give full support to the convention.
Tuan-tuan dan puan-puan,
5.   Saya  mengambil   kesempatan   ini   untuk   merakamkan
penghargaan  kepada semua kanak-kanak, serta pengorbanan ibu
bapa mereka, yang  telah  menjayakan  majlis  sambutan  ini.
Akhirnya, saya mengucapkan selamat menyambut Hari Ulangtahun
Bangsa-Bangsa Bersatu yang ke-44.

 
 



 
Google