home Speechs in the year 2003 2002 2001 2000 1999 1998 1997 1996 1995 1994 1993 1992 1991 1990 --> |
Oleh/By : DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD Tempat/Venue : PETALING JAYA, SELANGOR Tarikh/Date : 29/04/93 Tajuk/Title : SEMASA MERASMIKAN KOLEJ SUNWAY DAN TAMAN AIR LAGUN SUNWAY ) Way Taman Air 2. Ini adalah kali pertama saya merasmikan sebuah institusi pendidikan tinggi milik swasta. Sempena Majlis ini ingin saya negara 3. Di mana-mana juga di dunia ini, wujudnya masyarakat majmuk sehingga kadang-kala berlaku rusuhan yang berpanjangan. Apatah lagi jika sama lain yang mana kaum yang berada dan kaum yang secara relatif tidak berada. Walaupun kita diMalaysia belum dapat mewujudkan keharmonian kaum sepenuhnya, tetapi kita telah berjaya membendung pertelingkahan kaum. 4. Keadaan ini tercapai kerana Kerajaan Malaysia sentiasa berusaha supaya sekurang-kurangnya faktor ekonomi tidak meluaskan lagi jurang perpisahan antara mereka. Dasar Ekonomi Baru (DEB), dan sekarang ini Dasar Pembangunan Negara (DPN) telah di bentuk dengan maksud ini dan pelajaran memang menjadi satu alat untuk mengatasi masalah perbezaan pembangunan antara kaum. 5. Strategi Kerajaan ialah untuk mengadakan institusi- institusi Malaysia. Untuk matlamat imbangan, kita cuba memperbanyak kan penuntut daripada perbezaan bilangan antara kaum tidak terlalu luas. Bagaimana pun, tidak adanya sekatan terhadap sesiapa yang mampu untuk mengejar pelajaran sama ada di dalam atau diluar menjadikan usaha ini tidak berkesan. 6. Oleh kerana Kerajaan tidak mungkin menawarkan gaji yang maka penyediaan tempat dalam negeri untuk semua yang ingin meneruskan dihantar ke luar negeri oleh Kerajaan dan ibu bapa yang mampu. Sama ada dihantar oleh Kerajaan atau ibu bapa, hakikatnya ialah pengaliran wang ke luar negeri berlaku. Jumlah pengaliran wang ke luar negeri setiap tahun amatlah besar. Disamping itu faedah daripada segi pendedahan kepada masyarakat asing juga tidak didapati. Ada penuntut yang di hantar ke luar negeri tidak bercampur sama sekali dengan rakyat asing sehingga tidak dapat menguasai bahasa yang di tuntut, dan ada pula yang terlalu mudah menerima budaya asing yang tidak sesuai dengan keadaan di Malaysia. 7. Memandang kepada keadaan-keadaan inilah, maka keputusan dibuat untuk mengurangkan penghantaran penuntut ke luar negeri. Sebaliknya melalui proses ` twinning' dengan institusi pendidikan asing, penuntut boleh berada dalam negeri untuk mengikuti kursus tahun-tahun awalan dan pergi ke luar negeri hanya untuk kursus dan peperiksaan tahun- tahun akhir. 8. 'Twinning' oleh institusi milik Kerajaan telah berjaya mengurangkan masa penuntut tajaan Kerajaan berada di luar negeri. belanjakan wang yang banyak untuk menuntut di luar negeri. Pengaliran wang yang banyak serta faedah yang terhad yang diperolehi daripada menuntut di luar negeri memerlukan perubahan strategi di buat juga untuk penuntut persendirian. 9. Tertubuhnya institusi swasta yang mempunyai 'twinning arrangement' atau yang tidak telah memenuhi keperluan ini. Mereka juga boleh mengenakan bayaran yuran yang lebih tinggi untuk tinggi tetapi dengan tidak adanya perbelanjaan untuk berada di luar negeri, kos belajar masih rendah dan mampu di tanggung oleh lebih ramai penuntut. 10. Di sini ingin saya menjelaskan bahawa Kerajaan juga ingin menaikkan gaji kakitangannya yang penting supaya selaras dengan gaji satu pihak kakitangannya dinaikkan, walaubagaimana sedikit pun, pihak-pihak yang lain akan juga membuat tuntutan. Ini adalah kerana semua pihak berpendapat bahawa mereka menjalankan tugas yang tidak kurang pentingnya. Jika mana-mana kategori dinaikkan gaji, yang lain semuanya akan menuntut supaya sama-sama dinaikkan gaji. Kerajaan sebenarnya tidak mampu menambah gaji bagi semua kakitangan nya melainkan apabila kedudukan kewangan Kerajaan menjadi bertambah baik. Menaikkan gaji satu pihak tanpa menaikkan gaji pihak-pihak yang lain hanya akan menyebabkan ke- pincangan dan masalah kepada negara. 11. Justeru itu, Kerajaan mengalu-alukan penubuhan institusi-institusi pendidikan milik swasta di mana gaji yang lebih tinggi institusi ini bukan sahaja menarik penuntut dari dalam negeri tetapi juga dari luar negeri. kan negara ini pusat pendidikan tinggi bagi rantau Asia Tenggara. Sebenarnya kita mampu daripada segi kepakaran untuk menyediakan kemudahan pelajaran diperingkat tinggi. Kita juga boleh menawarkan tempat pelajaran yang lebih murah kerana sara hidup di Malaysia memang lebih murah daripada negara- negara lain. 12. pendidikan swasta ialah mereka mematuhi dasar-dasar pelajaran negara ini dan perlu membantu menjayakan usaha- usaha mengimbangkan pembangunan kaum-kaum di Malaysia. 13. Tumpuan Kerajaan ialah terhadap peningkatan pengetahuan yang relevan dan boleh menolong pembangunan negara. Kita perlu kecekapan latihan secara 'hands on' lebih digunakan. Institusi- institusi meneroka cara-cara baru untuk menyampaikan pengetahuan. Sepertimana yang kita tahu, cara-cara menyampaikan pengetahuan berubah sepanjang masa. Pada mulanya pengetahuan di sampaikan melalui cara menghafal atau 'by menyampaikan ilmu dengan lebih berkesan. Saya percaya kita belum lagi mencipta cara yang terbaik untuk mengajar sesuatu ilmu. Adalah di harapkan institusi-institusi pendidikan tidak kekal mencipta pendekatan 14. Di samping itu, ingin saya tegaskan mengenai pentingnya mewujudkan tidak mahu melahirkan sanggup menggunakan ilmu orang yang lebih buruk dan bahaya daripada penjenayah yang terpelajar. Di zaman peningkatan jenayah kolar putih ini, kita harus menekankan etika yang baik kepada penuntut di semua peringkat Justeru itu, pelajaran etika dan moral harus di beri tempat dalam semua kurikulum institusi pendidikan. Kepercayaan bahawa etika dan nilai moral yang baik akan diserap secara otomatis daripada ibu bapa dan masyarakat adalah tidak berasas. Kebanyakan ibu bapa dan anggota masyarakat tidak tahu apa yang baik dan apa yang tidak baik bagi masyarakat. Sebab itu budaya cepat kaya sudah merebak dan sedikit sebanyak telah merosakkan masyarakat negara ini. menuntut pelajaran, dan diganti dengan budaya kepentingan jangka panjang yang mengambilkira masyarakat lebih daripada individu. Hanya dengan memiliki budaya yang baik baharulah ilmu pengetahuan boleh membawa kejayaan kepada individu serta masyarakat. Kejayaan masyarakat tetap menguntungkan individu tetapi kejayaan individu belum tentu menjayakan masyarakat, bahkan individu itu sendiri pun mungkin tidak selamat. Justeru itu, pelajaran etika dan moral hendaklah diutamakan dalam semua institusi pelajaran. 15. Malaysia pada tahun 2020 ingin menjadi sebuah negara maju. Kita telah menegaskan bahawa negara maju yang kita maksudkan bukanlah terhad kepada ukuran pendapatan per kapita. Tidak ada gunanya kita mempunyai per kapita yang tinggi jika ilmu pengetahuan dan penguasaan teknologi adalah rendah. Dan tidak ada gunanya kita mempunyai per kapita yang tinggi serta ilmu pengetahuan yang cemerlang jika moral dan etika yang mulia tidak dihargai oleh masyarakat. Walau bagaimana maju sekalipun sesebuah masyarakat, jika ia tidak mempunyai moral dan etika yang mulia, kemajuannya tidak akan tahan lama dan ia akan hancur. Sebab itulah awal-awal lagi etika dan moral perlu diberi tekanan dan dipupuk daripada bangku sekolah lagi. Lebih tinggi tahap pengetahuan yang di kejar, lebih berat tekanan yang perlu diberi kepada etika dan moral. Insya-Allah, jika negara Malaysia yang maju mempunyai etika dan moral yang tinggi, kemajuan yangdi capai akan lebih kekal dan lebih selamat. 16. Kolej Sunway adalah satu-satunya institusi pendidikan tinggi akan sentiasa dasarnya. Malaysia sekarang sudah menjadi contoh pembangunan negara majmuk yang biasa menular masyarakat boleh leka. Kata orang, "The vigilance". Demikian juga jika kita keamanan dan prestasi kita, kita hendaklah sentiasa ber waspada terhadap kemungkinan gejala perkauman melanda kita. 17. Kumpulan Sungai Way yang diringkaskan kepada Sunway telah Kerajaan merupakan satu pertumbuhan ekonomi. Sebenarnya Kerajaan ingin meningkatkan lagi pelancongan dalam negeri kerana pengaliran wang ke luar negara. 18. Justeru itu saya berasa amat sukacita kerana dijemput juga Air Lagun telahpun dibuka yang menggalakkan. 19. Taman Air ini adalah sebahagian daripada kompleks pelancongan dan komersil yang disatukan yang diusahakan oleh kemudahan rekreasi yang boleh menampung keperluan rakyat untuk masa lapang dan riadah. Dengan adanya kemudahan seperti ini, kualiti hidup rakyat di negara ini akan dapat dipertingkatkan. 20. Dengan ini saya dengan sukacitanya merasmikan Kolej Sunway |