home
Speechs in the year
2003
2002
2001
2000
1999
1998
1997
1996
1995
1994
1993
1992
1991
1990
-->
   
Oleh/By		:	DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD 
Tempat/Venue 	: 	HOTEL ISTANA, KUALA LUMPUR 
Tarikh/Date 	: 	02/06/93 
Tajuk/Title  	: 	PELANCARAN BUKU 'DEALING WITH THE 
			MALAYSIAN PUBLIC SERVICE' 


 
    Saya mengucapkan terima  kasih  kepada  Tan  Sri  Ahmad
Sarji,  Ketua  Setiausaha  Negara dan ahli-ahli Jawatankuasa
penganjur  kerana  menjemput  saya  untuk  melancarkan  buku
'Dealing With The Malaysian Public Service' hari ini.
2.   Sungguhpun  k onsep  Persyarikatan  Malaysia  telah  di
perkenalkan  hanya  10 tahun lalu, hasil yang  dicapai  pada
hari  ini  adalah  amat  membanggakan.   Usahasama di antara
sektor-sektor  swasta  dengan  awam  telah  membawa   kepada
pembangunan   dan   kemakmuran   negara  yang  mengkagumkan.
Perkembangan ini menjadi semakin penting kerana kita  sedang
menggorak langkah untuk menjadi negara maju dalam dekad yang
kedua pada abad yang ke-21.
3.   Kejayaan kita dalam merealisasikan konsep Persyarikatan
Malaysia,  terutamanya  menjalinkan kerjasama erat di antara
sektor-sektor swasta dengan  awam  akan  menjaminkan  bahawa
cita-cita  kita  menjadi negara  maju  tercapai.  'Consensus
building'  melalui  proses  rundingan  swasta-Kerajaan  akan
membantu   memperkuatkan  lagi  kesesuaian  dasar-dasar  dan
matlamat supaya lebih secocok antara satu sama lain.   Lebih
penting  harus  wujud 'consensus' daripada segi matlamat dan
aspirasi negara.  Di samping itu, semangat daya  saing  yang
kita  harus  kekalkan  memerlukan negara mempunyai `mission'
yang dikongsi bersama.
4.   Dalam  hal  ini  input  daripada  sektor  swasta  harus
menjadi sebahagian daripada  bahan utama  dalam  penggubalan
dasar   dan  proses   membuat  keputusan.    Rundingan  yang
berkesan  di antara sektor-sektor awam  dengan  swasta  akan
dapat  menghasilkan maklumbalas mengenai keberkesanan dasar-
dasar  yang  ada  dan  keperluan  membuat penyesuaian.  Satu
penilaian  yang  realistik  terhadap  masalah-masalah  serta
cabaran-cabaran   yang  dihadapi  boleh  dibuat  jika  ianya
melibatkan  pihak-pihak tersebut.   Ini akan  membantu  kita
mengambil langkah-langkah  yang  sesuai dan berkesan melalui
tindakan bersama dalam menghadapi satu-satu krisis.
5.   Proses pembukaan atau 'liberalisation' dan  kelonggaran
ekonomi atau 'deregulation' bertujuan untuk mempertingkatkan
lagi  keberkesanan  dan juga untuk menggalakkan pelaburan di
negara ini.  Dalam hal ini kedua-dua sektor swasta dan  awam
mestilah  kerap  berunding  antara  satu  sama  lain  supaya
manfaat  daripada  rundingan  ini  akan  menghasilkan   daya
saingan yang dapat terus dikekalkan.
6.   Semakin  proses  perindustrian   kita   meningkat  maka
semakin penting diwujudkan dinamisma sektor industri  supaya
negara kita tidak terlalu bergantung kepada modal pelaburan,
teknologi  ataupun  sumbangan dari luar.  Di sini perlu saya
tekankan bahawa adalah penting diadakan usahasama yang lebih
erat  di  antara  Kerajaan  dengan   sektor   swasta   untuk
memelihara    industri    tempatan    ataupun    'indigenous
industrialisation'.      Perusahaan-perusahaan   kecil   dan
sederhana mesti dilibatkan dalam proses rundingan ini supaya
mereka  dapat  terus dibangunkan dengan lebih berkesan dalam
usaha kita memperluaskan 'industrial base'.
7.   Usahasama  sektor  awam   dan   swasta   mestilah  juga
menumpukan    kepada    keperluan   pasaran   di   peringkat
antarabangsa.  Ini memerlukan peningkatan mutu barangan  dan
juga  perkhidmatan  yang boleh kita berikan.  Di sini adalah
kritikal bagi kita mempertingkatkan lagi  kemampuan  R  &  D
supaya  kita  mempunyai 'access' kepada teknologi yang lebih
tinggi serta canggih.  Justeru itu, kita  mestilah  berusaha
dengan   lebih   gigih   lagi   untuk   mempelbagaikan   dan
memperluaskan  asas-asas  pelaburan  kita  di  negara-negara
lain.
8.   Pembangunan   yang   kukuh   bergantung   besar  kepada
kemampuan dan kebolehan kita  untuk  mendapat  maklumat  dan
meningkatkan  pengetahuan  kita.    Lebih-lebih  lagi dengan
perkembangan  dan  kemajuan  dalam  teknologi  maklumat  dan
telekomunikasi  sekarang.    Untuk  kita mencapainya, adalah
penting  kita  menekankan  bahawa  maklumat  harus  dikongsi
bersama   di   antara   sektor-sektor  awam  dengan  swasta.
Sekiranya  ini  tidak  dilakukan  usaha-usaha   kita   untuk
membangunkan ekonomi dengan lebih pesat mungkin bukan sahaja
terjejas,   malah   menimbulkan  ketidaktentuan  masa  depan
negara.  Memandangkan Malaysia memainkan peranan yang  pent-
ing  dalam pergolakan sosio-politik wilayah (seperti ASEAN),
ekonomi, alam sekitar, pasaran  dan  teknologi,  maka  sudah
tentu   maklumat   menjadi  asas  utama  dalam  mempengaruhi
keputusan-keputusan  kita  dan  seterusnya  menentukan  daya
saingan kita.
9.   Selain  daripada teknologi maklumat, juga penting ialah
penggunaan serta pendekatan kita dalam  menguruskan  sumber-
sumber  negara  yang  terhad  supaya  dapat  menjamin negara
mempunyai daya saingan yang kukuh di  pasaran  antarabangsa.
Justeru   itu,   sektor-sektor   swasta   dan   awam   harus
bekerjasama  dan berkongsi  sumber-sumber  yang  terhad  ini
seperti  teknologi,  kepakaran, pengalaman dan sumber-sumber
lain yang penting dalam usaha kita mencapai pertumbuhan yang
optima.   Malahan, daya saing yang  paling  kritikal  adalah
potensi  sumber  manusia.   Mutu dan inovasi pekerja-pekerja
profesional kita akan menentukan pencapaian  dan  kemakmuran
negara  ini.    Oleh  itu  usahasama  sektor-sektor awam dan
swasta  dalam  membangunkan  sumber  tenaga  manusia   harus
dipertingkatkan   bagi   mewujudkan   pekerja-pekerja   yang
bermutu, berkemahiran dan berpengetahuan tinggi.
10.  Semenjak  tahun  1984  sektor  swasta   telah  menyahut
cabaran   Kerajaan   supaya   menjadi  lebih  dinamik  dalam
mempergiatkan lagi pertumbuhan ekonomi negara.    Dalam  hal
ini  sektor swasta telah memainkan peranannya dengan sungguh
memuaskan.  Sektor swasta telah  tidak  mengabaikan  peranan
dan   tanggungjawabnya   dalam   usaha   meningkatkan   lagi
pertumbuhan ekonomi negara.
11.  Sukalah juga saya  di  sini  memberi  sanjungan  tinggi
kepada  pegawai  dan kakitangan Kerajaan di atas usaha gigih
mereka  dalam  mempertingkatkan  prestasi  pentadbiran  awam
semenjak tahun 1990 yang mana hasilnya mengkagumkan.  Sektor
perkhidmatan  awam  telah  benar-benar  menunjukkan dedikasi
mereka  bagi  mengatasi  sebarang  kelemahan  dalam  jentera
pentadbiran  Kerajaan.    Dengan  menumpukan kepada kekuatan
yang ada pada sistem pentadbiran Kerajaan, perkhidmatan awam
telah  berjaya  menyumbang  dalam  usaha  Kerajaan  mencapai
pembangunan yang menggalakkan.
12.  Majlis  hari ini  merupakan satu  lagi tanda pencapaian
cemerlang  perkhidmatan  awam   dalam   peranannya   sebagai
penyelaras  atau 'facilitator'.   Usaha untuk mendokumentasi
dan menyebarkan maklumat merupakan pendekatan  penting  bagi
menyalurkan  maklumat-maklumat  asas  kepada pelabur-pelabur
dan pengusaha-pengusaha di negara ini.  Maklumat yang senang
atau mudah  didapati  adalah  juga  maklumat  yang  penting.
Nilai  satu-satu  maklumat  itu  harus  diukur daripada segi
kemampuannya  bukan  sahaja  bagi  memaklum  dan  membimbing
pihak-pihak   yang  terlibat,  tetapi  ianya  juga  haruslah
komprehensif.    Justeru  itu,  ia  akan  dapat  mengelakkan
timbulnya  pembaziran  masa,  iaitu  aset  yang penting bagi
pengusaha-pengusaha  di  sektor   swasta.      Justeru   itu
penerbitan  buku  ini  adalah tepat pada masanya.   Buku ini
adalah hasil usahasama kedua-dua sektor awam dan swasta  dan
menandakan  adanya  jalinan hubungan yang erat antara kedua-
dua pihak itu.
13.  Perkembangan  yang   pesat  berlaku   di  sektor   awam
kebelakangan  ini  memerlukan  pengurus-pengurus sektor awam
turut peka kepada perubahan di sekitar mereka dan  mengambil
pendekatan  yang sesuai bagi menghadapi cabaran-cabaran baru
itu.  Perkhidmatan- perkhidmatan yang ada hendaklah dirangka
dengan tujuan memberi manfaat kepada  pengguna.    Mutu  dan
produktiviti haruslah menjadi objektif mereka.
14.  Sektor awam kini bertanggungjawab  kepada  rakyat  yang
kian   mempunyai   citarasa   dan  keperluan  yang   semakin
canggih.  Permintaan dan harapan mereka kini semakin tinggi.
Masyarakat Malaysia  tidak  lagi  mudah  berpuashati  dengan
sebarang  layanan  yang  diberikan.   'The Client's Charter'
harus memberi lebih kuasa kepada pengguna dalam  menggunakan
hak mereka untuk dimaklum di samping juga hak untuk memilih.
Mereka  harus  diberi  lebih  banyak lagi pilihan di samping
penyediaan  maklumat  tentang  apa  yang  boleh  diharapkan.
Lebih  penting  lagi mereka harus tahu apa yang boleh dibuat
bila satu-satu kesilapan berlaku.
15.  Langkah sektor awam yang  berani  dalam  memperkenalkan
'The   Client's   Charter'   mencerminkan   era  baru  dalam
penyediaan perkhidmatan awam yang memuaskan.
16.  In closing, I must express my great pleasure and  pride
to  be  here this evening to witness the public and the pri-
vate sectors joining hands in an auspicious occasion to  sa-
lute  10  years of Malaysia Incorporated.   The launching of
the book 'Dealing With The Malaysian Civil Service' and  the
declaration  of  the 'Client's Charter' by the public sector
is a fitting tribute to Malaysia Incorporated.  The  private
sector's  participation  in  this event reflects the growing
relationship between the two partners.
17.  I would like to take this opportunity  to  congratulate
both  the public and private sectors for having played their
respective roles effectively  in  bringing  about  sustained
growth  of the economy and the progress of the nation in the
last decade.  This is testimony of your contribution to  the
nation.    However,  we  must  not rest on our laurels.  The
journey ahead towards making Malaysia a fully developed  na-
tion  is  long and arduous.   But together we shall face the
odds with good stride.   Let us make  Malaysia  Incorporated
our competitive edge.
18.  Dengan ini, saya dengan sukacitanya melancarkan  dengan
dengan  rasminya  buku 'Dealing  with  the  Malaysian Public
service' ini.
     Sekian, terima kasih.

 
 



 
Google