home Speechs in the year 2003 2002 2001 2000 1999 1998 1997 1996 1995 1994 1993 1992 1991 1990 --> |
Oleh/By : DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD Tempat/Venue : DELIMA RESORT, PULAU LANGKAWI, KEDAH Tarikh/Date : 06/06/93 Tajuk/Title : MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PERUBATAN MALAYSIA (MMA) Saya mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) kerana menjemput saya untuk merasmikan mesyuarat agung tahunannya yang ke-33 ini. 2. Penjagaan kesihatan bukan lagi merupakan keperluan asas tetapi adalah satu kewajipan. Oleh itu, sistem penjagaan kesihatan hendaklah berorientasikan perkhidmatan, kemahiran dan pencapaian. Ini bermakna kejayaan sistem ini akan bergantung kepada `health care providers' yang terlatih, berpengalaman dan komited, yang dapat memberikan perkhidmatan yang berkesan dan memuaskan kepada pesakit. 3. Ekonomi Malaysia telah berkembang dengan pesatnya sepanjang dua dekad yang lalu. Berbagai-bagai kemajuan telah dicapai dan telah memberikan manfaat kepada masyarakat daripada segi pembangunan. Dengan itu rakyat telah menikmati taraf hidup yang lebih baik. 4. Kementerian Kesihatan turut menyumbang kepada pencapaian ini. Dengan adanya pembangunan kemudahan infrastruktur yang banyak, perkhidmatan kesihatan kepada rakyat telah dapat dipertingkatkan. Sehingga tahun 1990, jumlah kemudahan kesihatan luar bandar telah bertambah kepada 1,778 berbanding dengan 1,167 pada tahun 1970. Perkhidmatan kepakaran juga sedang dipertingkatkan di semua hospital besar dan di beberapa hospital daerah. 5. Taraf kesihatan rakyat Malaysia juga telah meningkat. Ini adalah disebabkan oleh antara lain, usaha-usaha kerajaan membangunkan perkhidmatan kesihatan di seluruh negara. Kesan pembangunan pesat negara ini boleh dilihat dengan perubahan status kesihatan daripada penyakit-penyakit berjangkit yang tradisional kepada penyakit-penyakit yang disebabkan oleh 'lifestyle' yang moden. 6. Kesedaran orang awam terhadap kesihatan juga telah meningkat. Harapan pesakit untuk mendapatkan rawatan bermutu dan canggih turut meningkat. Begitu juga dengan kos rawatan perubatan. Berdasarkan trend semasa, Kerajaan akan membelanjakan hampir lima peratus daripada Keluaran Negara Kasar (GNP) bagi perkhidmatan kesihatan pada tahun 2000 dan kadar ini dijangka meningkat kepada tujuh peratus pada tahun 2020. Kerajaan tentu sekali tidak berupaya menanggung perbelanjaan perkhidmatan kesihatan yang meningkat tinggi tanpa menjejaskan peruntukan atau keperluan perkhidmatan-perkhidmatan lain. Masanya sudah tiba bagi kita meneliti peranan sektor swasta dalam membantu Kerajaan ke arah penyediaan perkhidmatan yang lebih saksama dan mampu dinikmati oleh golongan masyarakat yang lebih ramai. 7. Kos perubatan kini semakin meningkat. Ini tidak dapat dielakkan oleh kita. Tetapi kita boleh cuba mengawalnya supaya kadar peningkatannya lebih bersesuaian dengan tahap pembangunan negara. Dalam hal ini, doktor-doktor mempunyai peranan yang penting kerana pada akhirnya gaya amalan atau 'practising habits' serta keputusan yang diambil oleh doktor-doktor dalam menguruskan pesakit adalah faktor penting yang akan mempengaruhi kos rawatan. Perkembangan yang pesat di bidang perubatan akan memberi tekanan kepada para doktor untuk menggunakan teknologi-teknologi termoden dalam merawat pesakit. Tetapi kita perlu ingat bahawa penggunaan teknologi baru tidak semestinya menjaminkan kualiti perkhidmatan. 8. Kualiti perkhidmatan boleh membawa erti yang berbeza-beza, bergantung kepada siapa yang mentakrifkannya. Bagi sesebuah organisasi, kualiti dikaitkan dengan pengagihan kemudahan dan sumber, keberkesanan kos dalam melaksanakan perkhidmatan serta keselamatan teknologi. Bagi seorang doktor, kualiti mungkin ditakrifkan sejauh mana penjagaan kesihatan dipraktikkan berbanding dengan pengetahuan dan teknologi masa kini. Bagi pesakit pula, kualiti dikaitkan dengan sejauh manakah seseorang doktor itu dapat memenuhi kehendaknya -- mungkin ianya bermakna perkhidmatan yang segera, selesa, boleh dipercayai atau 'personalised' dan dengan bayaran yang berpatutan. 9. Memandangkan kepada pandangan yang berbeza ini, dokrtor-doktor sebagai 'pembekal' perkhidmatan perubatan perlu peka kepada persekitaran dan bersikap proaktif dalam menyediakan perkhidmatan. Rawatan yang diberikan oleh seorang doktor tidak begitu berbeza dengan yang diberikan oleh doktor yang lain. Apa yang mungkin boleh membezakannya ialah mutu perkhidmatannya. 10. Para doktor perlu peka bahawa tahap yang dianggap sebagai berkualiti pada hari ini mungkin tidak lagi dianggap berkualiti di masa hadapan. Oleh itu usaha-usaha meningkatkan kualiti hendaklah berterusan. Di samping itu saya berpendapat sudah tiba masanya bagi sektor swasta mewujudkan mekanisma yang 'self- regulatory' untuk mengawasi kualiti perkhidmatan. Dalam hal ini, mungkin sektor swasta ingin mencontohi program 'Quality Assurance' yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan. 11. Amalan perubatan melibatkan penyerahan (submission) oleh pesakit secara rela dan sepenuhnya kepada doktor. Setiap doktor perlulah memberikan perkhidmatan yang baik dan menentukan bahawa rawatan yang diberikan akan memberi manfaat kepada pesakit. Untuk ini para doktor perlu melibatkan diri dalam usaha-usaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang mereka. Pesakit-pesakit juga perlu dimaklumkan di mana perlu dan baik baginya tentang kedudukan penyakit yang mereka alami, rawatan yang dicadangkan dan juga jenis ubat-ubatan yang diberikan kepada mereka. Sebagai doktor kita perlu memelihara 'doctor-patient relationship' yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. 12. Dalam keghairahan memberi perkhidmatan, para doktor perlu sentiasa memastikan ianya selari dengan etika profesion mereka. Kepentingan pesakit adalah faktor yang terpenting. Prinsip ini perlu diutamakan supaya imej profesion perubatan sentiasa dipertahankan agar keyakinan masyarakat terhadap profesion itu sentiasa dapat dipelihara. 13. Dalam usaha kita untuk meningkatkan mutu perkhidmatan, pendidikan perubatan secara berterusan adalah penting bagi menambahkan pengetahuan dan kemahiran khususnya dalam perkembangan terbaru dalam bidang perubatan. Usaha memperdalami ilmu perubatan haruslah berterusan dan menjadi satu kewajipan pengamal-pengamal perubatan. Dalam hal ini, badan-badan profesional perlu memainkan peranan yang lebih besar dalam menggerakkan doktor-doktor dan pengamal-pengamal perubatan lain, khususnya mereka di sektor swasta, untuk meluangkan masa dan menceburi program-program meningkatkan ilmu dan kemahiran mereka. Mungkin dalam hal ini, program-program ini akan lebih berkesan jika ia dapat dihubungkaitkan dengan peranan pengamal-pengamal seharian. 14. Kebelakangan ini media massa nampaknya banyak memberi perhatian kepada layanan atau perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit oleh hospital-hospital Kerajaan ataupun swasta. Apa yang 'ironic' ialah kritikan-kritikan terhadap profesion dan institusi perubatan ini timbul dalam keadaan di mana perihal penjagaan kesihatan adalah lebih baik dan lebih senang didapati. Mungkin aduan-aduan ini berbangkit daripada kesedaran masyarakat kini yang lebih kritikal dan harapan mereka yang lebih tinggi terhadap rawatan perubatan. Bagaimanapun saya percaya kejadian-kejadian buruk seperti yang dilaporkan boleh dikurang atau dielakkan sekiranya doktor-doktor bukan sahaja memberikan rawatan yang rapi tetapi juga berusaha untuk meningkatkan interaksi dengan pesakit dalam memainkan peranan mereka sebagai penasihat atau sahabat kepada pesakit. Interaksi yang tidak mencukupi kadangkala merupakan punca utama ketidakpuasan pesakit dengan perkhidmatan yang diberikan. 15. Finally I would like to say a few words about the Malaysian Medical Association. Practically every profession has an association. The medical profession is no exception. Indeed medical associations are among the first to be formed in any society. 16. A professional association is not quite a trade union. It is not really meant to fix fees, etc. Rather it is more concerned with ethics and standards of professionalism among its members. Because of this, it is usually accorded recognition by society. In fact in many instances, through its council, the association determines whether a person is qualified or not qualified to practise. It also metes out disciplinary action, for which it is given legal authority. 17. These basic functions of the Association must always be borne in mind by the members, particularly the office-bearers. An association loses its integrity and the respect of the community if it involves itself in politics, for example, or in bickering and internal dissension. On the other hand, if it helps to upgrade the quality of service and the standards of skills of the practitioners, it will help give prestige to the profession. 18. The MMA must never forget this. It must not allow itself to be used by a few members for their own ends. Instead it must, with dignity, uphold the stature of the profession and build an image of integrity that is unassailable. More than any other profession, the medical profession needs the respect and trust of those whom the profession serves. It is the duty of the Association to ensure this at all times. 19. Di sini sukacita saya mengucapkan tahniah kepada Persatuan Perubatan Malaysia sempena mesyuarat agung tahunannya. Kerajaan sentiasa menghargai usaha-usaha MMA dalam meningkatkan lagi tahap mutu rawatan pesakit di negara kita. MMA juga telah banyak menabur bakti bukan sahaja dalam bidang perubatan malah juga dalam bidang sosial dan kebajikan. Saya berharap MMA akan terus bergiat dalam usaha-usaha murni ini. 20. Dengan ini, saya dengan sukacitanya merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Perubatan Malaysia yang Ke-33 ini. |