home Speechs in the year 2003 2002 2001 2000 1999 1998 1997 1996 1995 1994 1993 1992 1991 1990 --> |
Oleh/By : DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD Tempat/Venue : KAWASAN PERINDUSTRIAN BUKIT RAJA, KLANG, SELANGOR Tarikh/Date : 12/04/94 Tajuk/Title : UPACARA PEMBUKAAN RASMI KILANG CASIO (MALAYSIA) SDN. BHD. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Casio (Malaysia) Sdn. Bhd. kerana menjemput saya untuk merasmikan pembukaan kilangnya pada hari ini. 2. Tahniah dan terima kasih juga kepada Syarikat Casio (Malaysia) Sdn. Bhd. kerana mengambil langkah mendirikan kilangnya di negara ini. Kehadiran Syarikat Casio ini mencerminkan tahap perkembangan yang pesat yang sedang berlaku di sektor elektronik di Malaysia. 3. Syarikat Casio ini yang mengeluarkan produk-produk elektronik seperti alat pengira (calculators), jam, alat-alat musik, 'liquid crystal display' (LCD) televisyen, alat data peribadi dan 'eletronic cash registers', adalah antara syarikat pengeluar barangan elektronik yang terkenal di dunia. Saya difahamkan setakat ini Casio mempunyai sebanyak 58 rangkaian anak syarikat dan gabungan di seluruh dunia dan kini menumpukan usahanya kepada aktiviti perkilangan serta 'sales and services'. Taraf teknologinya yang tinggi telah memberikan Casio kekuatan yang dapat menandingi syarikat-syarikat di peringkat antarabangsa. 4. Jumlah bilangan projek-projek elektronik yang diluluskan oleh Kerajaan Malaysia telah meningkat dengan pesatnya kebelakangan ini. Sehingga tahun 1993, sebanyak 979 syarikat telah diberi lesen bagi mengeluarkan barangan elektronik di negara ini. Di samping itu, industri elektronik didapati telah mengalami 'structural adjustment', berikutan perubahan-perubahan dalam profil industri tersebut. 5. Jika kita imbas kembali perkembangan industri elektronik ini, kita akan dapati bahawa pada tahun 1984, sektor komponen elektronik menyumbang 84 peratus daripada keluaran industri ini dengan sektor elektronik pengguna menyumbangkan 12 peratus dan sektor elektronik industri empat peratus. Profil ini telah berubah. Pada tahun 1992 sektor komponen elektronik menyumbang 43.8 peratus, sektor elektronik pengguna 26.6 peratus dan sektor elektronik industri 29.6 peratus. Ini ialah hasil daripada 'restructuring' yang berlaku di dalam industri tersebut. 6. Walaupun sumbangan sektor komponen elektronik kepada jumlah keluaran telah merosot, pelaburan dalam sektor ini tetap bertambah. Bagaimanapun pelaburan dalam sektor-sektor elektronik pengguna dan elektronik industri meningkat dengan lebih pesat lagi. Ini mencerminkan peningkatan dan perkembangan sektor yang mewujudkan rangkaian atau 'linkages' ekonomi dalam industri elektronik keseluruhannya. 7. Profil industri ini jika dibandingkan dengan sasaran ataupun 'target'nya yang ditetapkan oleh Pelan Induk Malaysia (Industrial Master Plan), iaitu 61 peratus bagi sektor komponen elektronik, 24 peratus sektor elektronik pengguna dan 15 peratus sektor elektronik industri menjelang tahun 1995, menunjukkan bahawa, selain daripada sektor komponen elektronik, sasaran bagi sektor elektronik pengguna telah dicapai manakala bagi sektor elektronik industri telah mencatatkan pertumbuhan yang lebih tinggi daripada sasarannya. 8. Pencapaian yang lebih baik daripada jangkaan merupakan satu petunjuk bahawa iklim pelaburan di Malaysia adalah menarik bagi pelabur-pelabur asing. Keadaan ini 'coincide' dengan keadaan sekitaran ekonomi yang lembab di Jepun yang mana telah menyebabkan syarikat-syarikat Jepun beralih mencari pasaran luar. Penempatan Casio di Malaysia pada tahun 1990 merupakan satu langkah yang bersesuaian dengan prinsip pengurusan yang strategik. 9. The electronics industry in Malaysia has been confined principally to the assembly and testing of semi-conductors utilising imported technology and material inputs. Recognising the limitations of the sector and the need to strengthen its structure, the basic thrust of the electronics industry would be to diversify into the production of a wider range of electronic products as well as to create more effective forward and backward linkages. In line with this basic thrust, the following strategies have been adopted: i) To accelerate the growth of the non-semiconductor components, consumer and industrial electronic sub-sectors; ii) To foster the development of supplier and support industries for the electronics industry and thereby promote increased linkages and local content; iii) To encourage production of higher value-added products through greater investment in Research and Development activities, and improving design capabilities within the sector; iv) To increase local participation in the electronics industry by encouraging joint-ventures between foreign and local investors as well as wholly locally-owned firms; and v) To improve and upgrade the technology used in existing semi-conductor assembly and test activities in order to increase productivity. 10. Dua isu penting yang dihadapi oleh industri ini adalah tahap penyertaan tempatan yang rendah dan kekurangan kaitan-kaitan industri yang mencukupi. Tidak dapat dinafikan bahawa industri ini dikuasai oleh orang asing dengan kebanyakan syarikat yang ada merupakan anak-anak syarikat milik asing. Syarikat-syarikat milik penuh tempatan pula adalah kecil bilangannya, di mana kebanyakan mereka terlibat di dalam kontrak kecil ataupun pembuatan komponen plastik/logam. 11. Di dalam usaha memastikan lebih banyak lagi syarikat tempatan mendapat manfaat daripada pembangunan pesat yang sedang berlaku di dalam industri ini, dua kriteria telah ditetapkan untuk mendapatkan insentif-insentif cukai iaitu penggunaan bahan-bahan tempatan dan pembangunan kaitan-kaitan ekonomi. Adalah dijangkakan bahawa kriteria-kriteria ini dapat membantu mewujudkan kaitan-kaitan ekonomi yang sepatutnya di antara industri elektronik dengan industri-industri sokongan. Oleh yang demikian, para usahawan tempatan adalah digalakkan untuk memberanikan diri menyertai industri-industri sokongan ini. Adalah menjadi hasrat Kerajaan untuk memelihara hubungan pembekal-pembekal dengan industri-industri sokongan untuk industri elektronik kerana dengan proses ini kita akan dapat mewujudkan integrasi tambahan pada kaitan-kaitan ekonomi dan penggunaan kandungan tempatan yang lebih tinggi. 12. Kerajaan juga menggalakkan usahasama-usahasama bagi menambah penyertaan tempatan di dalam industri ini. Justeru itu, pada bulan Julai 1993, jualan ke Zon-Zon Bebas atau Free Zones (FZs) dan Gudang-Gudang Perkilangan Berlesen atau Licensed Manufacturing Warehouses (LMWs) tidak lagi dianggap sebagai eksport di dalam menentukan struktur ekuiti. Amnya, projek- projek asing yang ingin menjual ke syarikat-syarikat di FZ/LMW mestilah mempunyai penyertaan ekuiti tempatan. Dengan ini juga, terdapat beberapa barangan yang spesifik di mana tahap penyertaan ekuiti tempatan telahpun ditetapkan. Aktiviti-aktiviti ini adalah meliputi pembuatan 'coil transformers, wire harnesses, power cord sets, telephone cords' dan 'connectors'. 13. Memandangkan industri elektronik lebih bertumpu di dalam sektor pembuatan komponen pada masa ini, satu penekanan untuk menggalakkan pertumbuhan di dalam sektor elektronik pengguna adalah wajar. Ini akan dapat mengurangkan pergantungan yang terlalu tinggi kepada sektor komponen, khususnya sektor semikonduktor yang 'highly-cyclical in nature'. 14. Terdapat prospek yang baik dan menguntungkan di dalam pembuatan 'calculators and parts thereof, watches and parts thereof and liquid crystal displays' dengan potensi untuk di eksport ke pasaran Amerika Syarikat dan Eropah. Sebagaimana kita sedia maklum, di Eropah khususnya, bilangan pembuat barangan elektronik pengguna adalah sedikit kerana ianya tidak lagi ekonomik untuk dikeluarkan di sana. Pada masa ini, negara-negara Eropah telah beralih kepada negara-negara yang mempunyai sumber-sumber yang lebih murah untuk mendapatkan bekalan import mereka. Pada waktu ini juga, terdapat beberapa syarikat tempatan di Malaysia yang mengeluarkan peralatan elektronik pengguna untuk dieksport dan terdapat lebih banyak lagi peluang-peluang untuk pelabur-pelabur tempatan menubuhkan syarikat-syarikat seperti ini, khususnya pengeluaran barangan jenama dari Malaysia. Oleh itu, saya berharap penubuhan Syarikat Casio ini akan memberi perangsang kepada pengusaha-pengusaha tempatan untuk berkecimpung di dalam sektor industri elektronik. Ini memandangkan potensinya yang tinggi. 15. Sekarang saya dengan sukacitanya merasmikan pembukaan Kilang Syarikat Casio (M) Sdn. Bhd. |