home
Speechs in the year
2003
2002
2001
2000
1999
1998
1997
1996
1995
1994
1993
1992
1991
1990
-->
   
Oleh/By		:	DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD 
Tempat/Venue 	: 	HOTEL ISTANA, KUALA LUMPUR 
Tarikh/Date 	: 	17/05/94 
Tajuk/Title  	: 	MAJLIS PELANCARAN DASAR 
			TELEKOMUNIKASI NEGARA 


 
    Saya   mengucapkan   terima  kasih  kepada  Kementerian
Tenaga,  Telekom  dan  Pos  kerana  menjemput   saya   untuk
melancarkan Dasar Telekomunikasi Negara (DTN) pada hari ini.
Tahniah  juga  diucapkan  kepada  Kementerian kerana berjaya
menggubal  dan  menyediakan  Dokumen  Dasar   Telekomunikasi
Negara.    Adalah  diharapkan dasar yang menyeluruh ini akan
dapat   memberi   arahtuju   kepada   perkembangan    sektor
telekomunikasi negara ini menjelang abad ke-21.
2.      Pada  hari  ini  sistem telekomunikasi yang meliputi
beberapa  jenis  rangkaian  perhubungan   seperti   satelit,
gelombang  mikro, fiber optik dan teknologi digital bergerak
adalah  infrastruktur  asas  yang  penting   bagi   kemajuan
sesebuah  negara, bagi perniagaan dan  perindustrian.  Ianya
telah  menjadi  salah  satu keperluan penting bagi kehidupan
moden.
3.   Seperti yang kita ketahui kesan telekomunikasi ke  atas
ekonomi  adalah  besar.   Ia sendiri merupakan suatu 'growth
industry' yang penting dan ia juga mempengaruhi  pertumbuhan
ekonomi  dan  pembangunan.    Teknologi telekomunikasi cepat
berubah dan menjadi lebih  canggih  dan  berkesan  sepanjang
masa  serta memberi banyak peluang baru untuk perniagaan dan
perusahaan.  Saiz pasaran telekomunikasi sedunia dianggarkan
sebanyak  US$535  billion  pada  tahun  1992.    Lebih  tiga
perempat  daripada pasaran ini terdiri daripada perkhidmatan
melalui sistem-sistem yang baru dicipta.
4.     Di negara  kita,  sektor  telekomunikasi  juga  turut
mengalami   perkembangan   yang   pesat   dengan  pengenalan
perkhidmatan-perkhidmatan  dan peralatan-peralatan baru  dan
terkini.    Sebagai  sebuah  negara  yang  pesat  membangun,
Malaysia perlu memperalatkan  sistem-sistem  yang  baru  dan
canggih  ini dengan cara yang boleh mendatangkan faedah yang
maksima.
5.    Untuk mencapai rangkaian telekomunikasi  yang  canggih
pelaburan  yang  besar  diperlukan dan beban ini tidak mampu
dipikul oleh sebuah syarikat pengusaha sahaja.   Atas  sebab
ini    Kerajaan   berpendapat   bahawa   satu   'competitive
environment' perlu diwujudkan dan  selaras  dengan  matlamat
ini  lebih  daripada  satu  pengusaha telah dibenarkan untuk
menyedia rangkaian dan perkhidmatan telekomunikasi negara.
6.           Masyarakat   kita    juga    telah    mengalami
perubahan-perubahan  yang  besar  akibat  perkembangan dalam
teknologi   telekomunikasi   dan   pengenalan   produk   dan
perkhidmatan  yang  baru.    Jika  tidak ada saingan terbuka
antara  pembekal  khidmat,  kemungkinan  pelanggan   dibeban
dengan  teknologi  yang  usang  adalah  besar.    Sebaliknya
persaingan antara pembekal alat dan khidmat akan  menentukan
pelanggan  mendapat  sistem yang terkini dengan bayaran yang
berpatutan.
7.    Untuk maksud ini, Kerajaan  telah  mengeluarkan  lesen
kepada   pengusaha  rangkaian  kedua  di  samping  pembukaan
pasaran telekomunikasi yang lain seperti  telefon  berbayar,
telefon selular dan perkhidmatan tambah nilai.  Perkhidmatan
antarabangsa bagi trafik ke luar negara juga telah meningkat
lebih   dua   kali   ganda   selepas   pengenalan  panggilan
antarabangsa terus dail pada tahun   1979.      Perkembangan
ini  juga telah menyebabkan sektor perkhidmatan antarabangsa
dibuka   bagi  membenarkan  penglibatan  yang  lebih  cergas
daripada pengusaha-pengusaha baru.
8.      Melalui  persaingan,  terutamanya dalam perkhidmatan
tambah  nilai,  pengguna-pengguna  Malaysia  kini  menikmati
pelbagai   perkhidmatan  perhubungan  dan  maklumat  melalui
sistem telekomunikasi  yang  terkini.    Dengan  menggunakan
peralatan    khas   yang   disambungkan   kepada   rangkaian
telekomunikasi  beberapa  perkhidmatan  tambah  nilai  dapat
ditawarkan   di  samping  perkhidmatan  asas  telekomunikasi
seperti  teleks,  telefaks  dan  penghantaran  data,  sistem
videoteks,  'private wide area networks' (WANS) dan 'private
local area network systems' (LANS).
9.   Dasar Penswastaan Kerajaan juga telah menyumbang kepada
kemajuan pesat sektor telekomunikasi di Malaysia.   Industri
telekomunikasi  negara  yang  ada sekarang adalah juga hasil
daripada  proses   liberalisasi   yang   dilaksanakan   oleh
Kerajaan.   Melalui penswastaan dan liberalisasi sektor ini,
perkembangan  rangkaian  yang  pesat  dan  peningkatan  mutu
perkhidmatan telah dapat dilaksanakan dengan berkesan.  "The
Malaysian   public   is   now  provided  with  an  expanding
telecommunication  capabilities  comparable  to   those   of
developed countries".
10.      Perubahan   besar   yang   berlaku   dalam   sektor
telekomunikasi  ini  telah  menimbulkan  isu-isu   berhubung
dengan  pengurusan  perubahan.    Segala perubahan ini perlu
ditangani dan dikawalselia secara sempurna untuk  menentukan
pembangunan  sektor  telekomunikasi yang teratur, di samping
memberi manfaat kepada pengguna.
11.    Saya  difahamkan  bahawa   rangka   kawalselia   atau
'regulatory  framework'  telekomunikasi negara 'is still far
from perfect'.
12.   Satu bidang kawalselia yang  perlu  dikaji  ialah  isu
berhubung dengan proses pelesenan.  `Presently, licenses are
technology-based  rather  than service-based, and are issued
upon request and submission of proposal  by  individuals  or
firms.    In  the  future,  we should approach the licensing
issue  from  the  point  of  view  of  service  rather  than
technology,  and  that the regulators should be alert to the
latest innovation and take the initiative  to  announce  the
need  to update the nation's telecommunication services, and
this  therefore  calls  for  bidders  to   undertake   these
improvement through proper licensing.  It is imperative that
the  regulator  should  always  be  two  steps  ahead of the
private  sector,  in  respect  of  scanning  worldwide   for
technological improvements in the telecommunications sector.
13.  Another regulatory issue that needs urgent attention is
the  way we manage our radio frequencies spectrum resources.
Radio  frequencies  are  used  everyday  --  when   watching
television,  when  making  long  distance  calls, when using
microwave ovens, automatic gate opener,  pagers  and  mobile
cellular  communications,  radar  for navigating aircraft or
for other scientific and  medical  uses.    Radio  frequency
spectrum  has  the  potential  to  support  a  multi-billion
ringgit industry in Malaysia.   However, it will be  useless
if  it  is not properly managed.  Therefore we should strive
for  a  more  efficient  radio   spectrum   management   and
regulatory  framework.    The  regulator should refrain from
reserving too broad a range of radio frequencies spectrum to
one or two service providers only, to the exclusion of other
potential users.'
14.  Kita juga sering mendengar konsep 'global village'  dan
dunia   tanpa   sempadan  yang  memberi  gambaran  kemampuan
rangkaian telekomunikasi melalui satelit dan hubungan  kabel
dapat  memindah suara, data dan imej dengan pantas dan cekap
tanpa menghiraukan sekatan sempadan.  Proses 'globalisation'
ini mempunyai implikasi kepada Malaysia dalam beberapa segi.
Kesan  yang  pertama  ialah  peningkatan  dalam  jumlah  dan
mudahnya  trafik  telekomunikasi  antarabangsa.    Jika kita
tidak  berhati-hati  dan  bersedia  mengambil  bahagian  dan
melabur  dalam  industri  ini,  kemungkinannya ialah ia akan
dimonopoli  oleh  syarikat-syarikat  gergasi  negara-negara
maju.    Dengan  itu  bukan  sahaja kita tidak akan mendapat
hasil dan pendapatan,  tetapi  kita  akan  dibanjiri  dengan
khidmat  dan  maklumat  termasuk  dalam  bidang hiburan yang
boleh merosakkan  budaya  kita.    Justeru  itu  kita  harus
melabur dan melibatkan diri dalam proses globalisasi ini dan
menguasai teknologi dan pasaran antarabangsa bersama.
15.    Satu  lagi  kesan  positif  akibat  globalisasi ialah
penglibatan  negara  dalam  perdagangan  antarabangsa  untuk
peralatan  komunikasi.    Pada  tahun  1991,  nilai  eksport
sedunia untuk peralatan telekomunikasi mencapai paras  US$64
billion,  di  mana  sebahagian  besar  pasaran dikuasai oleh
negara-negara  Eropah  dan   Jepun.      Pasaran   peralatan
telekomunikasi sedunia adalah lumayan, tetapi malangnya cuma
beberapa  syarikat  telekomunikasi  sahaja berpandangan jauh
untuk mencari pasaran baru di luar negeri.
16.       Justeru   itu,    pengeluar-pengeluar    peralatan
telekomunikasi  serta pembekal urusan khidmat telekomunikasi
tempatan  hendaklah  lebih  agresif  dalam  mencari  peluang
pasaran dan perniagaan yang baru di seberang laut.  Demikian
juga  dengan  pembekal  maklumat  dan hiburan dalam dan luar
negara.
17.    Untuk  terus  berjaya  dalam  sektor  telekomunikasi,
pengusaha-pengusaha  perlu  mempunyai  wawasan strategik dan
perikatan  dengan  pihak-pihak  yang  lain   dalam   pasaran
antarabangsa.    Malaysia perlu berusaha untuk menjadi 'hub'
telekomunikasi serantau dan antarabangsa di  Asia  Tenggara.
Kita   perlu  meletakkan  Malaysia  sebagai  pusat  aktiviti
telekomunikasi supaya dapat dikenali sebagai  'teleport'  di
rantau ini.
18.    Untuk  menjadi  'hub'  telekomunikasi, Malaysia perlu
mempunyai sistem  telekomunikasi  berpadu  yang  menyediakan
pelbagai  perkhidmatan  melalui teknologi terkini pada harga
yang munasabah.  Kita harap pelancaran  Malaysia  East  Asia
Satellite  (MEASAT)  pada  tahun 1995 adalah langkah pertama
untuk  membolehkan  negara  kita   menawarkan   perkhidmatan
telekomunikasi berasaskan satelit.
19.  Kepakaran  Malaysia  dalam  bidang  pembuatan peralatan
'hardware' dan 'software' memerlukan  garispanduan dan dasar
yang tertentu dan Pelan Induk Perindustrian telah  menjelas-
kan  garis-garis  panduan  ke  arah  ini.  Untuk  menentukan
kejayaan   dalam  sektor  pembuatan  dan   pengeluaran  ini,
pemindahan teknologi perlu dijalankan.   Malaysia juga perlu
menerimapakai    teknologi-teknologi   baru   supaya   lebih
kompetitif   dalam    teknologi    telekomunikasi    seperti
penghantaran    (transmission),    penyuisan    (switching),
'mobile', satelit, kelui dan komunikasi 'broadband'.
20.    Untuk  meningkatkan  beberapa  tahap   dalam   proses
perkembangan  sektor  telekomunikasi, teknologi moden dengan
menggunakan fiber optik dan  teknologi  radio  perlu  dikaji
dengan serius.  Secara khusus, sistem penghantaran merupakan
aset  terbesar pengusaha-pengusaha  rangkaian telekomunikasi
yang    boleh    bersaing     dengan     pengusaha-pengusaha
telekomunikasi  yang baru.  Semua yang terlibat dalam sektor
ini, iaitu pihak yang  menyelia  dalam  Kerajaan  dan  pihak
swasta,  perlu lebih arif dengan perkembangan teknologi baru
dalam sistem  penghantaraan  yang  melibatkan  fiber  optik,
pemampatan   data,  rangkaian  radio  dan  satelit  berkuasa
tinggi.  Pihak-pihak tempatan harus menceburkan  diri  dalam
pengeluaran    sistem-sistem   penyuisan   yang   melibatkan
perkembangan terbaru dalam teknologi  ini,  iaitu  penyuisan
digital yang lebih 'intelligent'.
21.    Kualiti  perkhidmatan penting dalam membantu Malaysia
menarik pelaburan asing dan mengekalkan pertumbuhan  ekonomi
yang  tinggi.    Perkhidmatan yang kurang berkualiti, akibat
daripada kesesakan trafik, peralatan lama dan  penyenggaraan
yang  kurang  sempurna  adalah  suatu masalah di negara ini.
Saya dimaklumkan bahawa  penggunaan  telefon  selular  masih
mengalami  kesulitan  terutamanya  ketika waktu sibuk.  Oleh
itu, usaha-usaha baru hendaklah diambil  untuk  meningkatkan
keupayaan rangkaian, di samping membuat pelaburan baru untuk
meningkatkan  kualiti,  ketepatan masa, reliability dan mutu
perkhidmatan.   Memandangkan sektor  telekom  menguntungkan,
penarikan pelaburan daripada sektor swasta sudah tentu tidak
menjadi  masalah.   Di kalangan negara-negara maju tertentu,
pelaburan dalam sektor telekomunikasi adalah besar.   Mereka
melabur  sekurang-kurangnya  3.5  peratus daripada pelaburan
kasar domestik di sektor telekomunikasi.
22.  Adalah jelas kita perlu melabur lebih dengan cara  yang
baik  sekiranya  kualiti  perkhidmatan telekomunikasi negara
perlu ditingkat dan dimajukan.  Masalah yang wujud  bukanlah
kekurangan   sumber  kewangan  memandangkan  hampir  kesemua
pengusaha dan pembekal perkhidmatan telekomunikasi menikmati
keuntungan.  Pengusaha-pengusaha utama kita seperti  Telekom
Malaysia,   Celcom  dan  Sapura  kesemuanya  telah  mencatat
keuntungan yang agak besar  dalam  tahun-tahun  kebelakangan
ini.    Mereka  perlu melabur sebahagian daripada keuntungan
ini jika khidmat mereka hendak ditingkatkan.
23.   Dalam usaha kita  mengejar  pembangunan  ekonomi  yang
pesat  keperluan  asas  penduduk  luar  bandar  tidak  harus
diketepikan.   Memang benar bahawa  pembekalan  perkhidmatan
telekomunikasi di kawasan bandar lebih menguntungkan, tetapi
daripada segi tanggungjawab sosial perhatian yang sewajarnya
harus   juga   diberikan   kepada  peningkatan  perkhidmatan
telekomunikasi di  kawasan  luar  bandar.    Adalah  menjadi
hasrat  Kerajaan  untuk memberi 'access' kepada perkhidmatan
komunikasi kepada semua rakyat.
24.  Saya yakin dengan adanya  Dasar  Telekomunikasi  Negara
ini,  sektor  telekomunikasi  di  Malaysia dapat dibangunkan
dengan lebih teratur, cekap dan kompetitif.    Di  peringkat
nasional, DTN diharapkan dapat mewujudkan suasana persaingan
secara  teratur  supaya sumber-sumber negara dapat digunakan
secara optima.  Di samping itu, DTN  juga  diharapkan  dapat
memberi  panduan  kepada  perkembangan sektor telekomunikasi
supaya ianya lebih efektif,  bermutu  dan  setanding  dengan
keadaan  di negara-negara maju.  Namun pendapat pihak swasta
berkenaan dengan DTN harus diberi  penilaian  dan  pandangan
yang  serius supaya DTN tidak menganggu pertumbuhan industri
dan khidmat telekomunikasi  di  negara  kita.    Kita  harus
bersedia  menyesuaikan  dasar  supaya ianya tidak mengganggu
perkembangan khidmat dan industri ini.
25.   Dengan ini, saya  dengan  sukacita  melancarkan  Dasar
Telekomunikasi Negara.

 
 



 
Google