home
Speechs in the year
2003
2002
2001
2000
1999
1998
1997
1996
1995
1994
1993
1992
1991
1990
-->
   
Oleh/By		:	DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD 
Tempat/Venue 	: 	WANGSA MAJU, SETAPAK, KUALA LUMPUR 
Tarikh/Date 	: 	16/08/94 
Tajuk/Title  	: 	UPACARA PERASMIAN PEMBUKAAN KILANG 
			SAPURA-NOKIA TELECOMMUNICATIONS & 
			SAPURA ELECTRONICS INDUSTRIES 


 
  Saya  mengucapkan  terima  kasih  kepada pihak pengurusan
Sapura-Nokia  Telecommunications   Sdn.  Bhd.   dan   Sapura
Electronics Industries Sdn. Bhd. kerana menjemput saya untuk
merasmikan pembukaan serentak kompleks  kilang  mereka  pada
hari ini.
2.    Usahasama   Sapura  Holdings  Sdn. Bhd.  dengan  Nokia
Telecommunications OY Finland  merupakan  satu langkah  yang
bijak yang  akan  membuka  peluang  untuk  aktiviti-aktiviti
nilai di tambah di negara ini.  Usahasama  yang  menggunakan
teknologi asing ini sudah tentu akan  membantu  meningkatkan
lagi produktiviti dan kecekapan tempatan.   Dalam usaha kita
mahu mempercepatkan proses  perindustrian kita harus sanggup
menerima teknologi asing yang sesuai  bagi  keperluan  kita.
Penerimaan hendaklah bukan  secara  pasif.  Sebaliknya  kita
harus   faham  prinsipnya   supaya  kita  dapat  menggunakan
teknologi berkenaan dalam  mencipta barangan yang lain.
3.  Sejak abad  yang  lalu,   pertumbuhan  industri  telekom
unikasi di negara ini telah  meningkat dengan pesat  sekali.
Kini terdapat lebih  kurang  tiga  juta  talian  telefon  di
negara ini.  Berdasarkan kadar pertumbuhan ekonomi  yang
menggalakkan sekarang,  Malaysia  dijangka  akan  memerlukan
6.5 juta talian telefon pada tahun 2000.
4.    Kini industri telekomunikasi adalah antara  penyumbang
penting kepada pembangunan ekonomi negara.  Ini  jelas  jika
kita melihat perkembangan industri  ini  dalam  tempoh  lima
tahun   kebelakangan  ini  di  mana  industri  ini  mencatat
pertumbuhan dua angka,  iaitu  satu pertumbuhan yang sungguh
menggalakkan.   Daripada  segi  bilangan  pelanggan telefon,
bilangannya telah  meningkat  daripada  169,600  orang  pada
tahun 1975 kepada  1.58  juta orang pada tahun 1990.    Pada
hari ini terdapat kira-kira 2.3 juta pelanggan telefon.
5.   Sehingga hari ini sebanyak 105 projek telah  diluluskan
bagi   mengeluarkan  berbagai-bagai  produk  telekomunikasi.
Daripada jumlah ini, 75  syarikat  telah  memulakan  operasi
pengeluaran.      Antara  barangan  yang  dikeluarkan  ialah
telefon,  'pagers,  answering  machines,  walkie   talkies',
berbagai jenis 'exchanges' dan 'mobile radio'.
6.     Sungguhpun eksport barangan telekomunikasi kita telah
meningkat daripada RM1.23  bilion  pada  tahun  1990  kepada
RM1.97  bilion  pada  tahun  1992,  kadar  import  alat-alat
telekomunikasi juga  turut  meningkat.    Dalam  tahun  1992
alat-alat   telekomunikasi   bernilai  RM1.33  bilion  telah
diimport, bertambah sebanyak  46 peratus  berbanding  dengan
nilai  yang  diimport pada tahun 1990.  Oleh itu, masa depan
bagi industri pengeluaran alat-alat telekomunikasi  tempatan
adalah cerah.
7.     Memandangkan pertumbuhan industri telekomunikasi yang
semakin pesat dan kompleks, Kerajaan telah melancarkan Dasar
Telekomunikasi Negara baru-baru ini yang  menggariskan  satu
panduan   yang   jelas  bagi  menentukan  arah  perkembangan
industri telekomunikasi negara di masa depan.    Di  samping
menentukan  pembangunan  industri  telekomunikasi yang cekap
dan teratur, dasar tersebut  juga  adalah  untuk  memupukkan
lagi integrasi nasional melalui perkhidmatan telekomunikasi.
Kita  juga  berharap dasar tersebut akan membantu mewujudkan
satu masyarakat yang pintar dan kaya dengan maklumat melalui
rangkaian  telekomunikasi  yang  canggih  dan  moden.
8.  Saya gembira  bahawa   di   samping   banyak   syarikat
telekomunikasi `multinational'  yang  beroperasi  di  negara
ini, syarikat-syarikat tempatan juga telah menunjukkan minat
untuk   memasuki   industri   yang  dinamik  ini.     Sapura
Electronics Sdn. Bhd.  adalah antara syarikat tempatan  ini.
Tahniah   diucapkan   kerana   mempunyai   `foresight'   dan
keberanian menghadapi risiko perusahaan ini.
9.   Adalah menjadi dasar Kerajaan untuk menggalakkan  lebih
banyak  syarikat  tempatan  memasuki projek usahasama dengan
syarikat-syarikat `multinational' untuk memenuhi  permintaan
yang meningkat bagi perkhidmatan-perkhidmatan telekomunikasi
tempatan  dan  untuk  membantu  menjadikan  Malaysia  sebuah
negara  pengeksport  alat-alat  telekomunikasi.    Usahasama
Sapura-Nokia  ini  adalah  antara  perniagaan usahasama yang
kita ingin lihat bertambah  lagi  di  negara  ini.    Adalah
diharapkan   melalui   usahasama   seperti   ini  pemindahan
teknologi kepada rakan kongsi  tempatan  akan  dipercepatkan
lagi.
10.    Sebagai  sebuah  negara  yang  sedang pesat membangun
adalah  penting   syarikat-syarikat   tempatan   menjalankan
program-program latihan untuk mempertingkatkan kemahiran dan
melengkapkan  para  pekerja  mereka  dengan  kemahiran baru.
Hanya  melalui  peningkatan   kemahiran   sahaja   baharulah
produktiviti   dan   kecekapan  pengeluaran  syarikat  dapat
dipertingkatkan lagi.
11.   Pekerja yang mahir juga  boleh  membantu  meningkatkan
dayasaing barangan keluaran eksport negara.  Dengan memiliki
berbagai-bagai kemahiran, para pekerja juga akan lebih mudah
membuat  penyesuaian dan perubahan-perubahan yang perlu yang
dibawa oleh teknologi baru.
12.      Oleh   yang   demikian,   inisiatif    Sapura-Nokia
Telecommunications Sdn. Bhd. menubuhkan pusat latihan dengan
mengadakan   program   intensif   untuk  memindah  kemahiran
teknologi amatlah sesuai dan selaras dengan dasar  Kerajaan.
Saya  diberitahu   bahawa   melalui   program-program   yang
dirancangkan,syarikat  ini  a  kan   membantu   usaha-usaha
menyelidik dan membangunkan kemahiran di negara ini.
13.  Saya difahamkan bahawa hampir 90 peratus tenaga pekerja
kedua-dua syarikat Sapura-Nokia Telecommunication dan Sapura
Electronics   Industries   terdiri   daripada  jurutera  dan
juruteknik dan kedua-dua syarikat   ini  merupakan  syarikat
bermodal  intensif.    Ini  adalah  satu  langkah yang bijak
kerana dengan kekurangan tenaga pekerja di negara kita, kita
harus  memberi  tumpuan   kepada   industri-industri   nilai
ditambah seperti ini.
14.   Adalah diharapkan dengan adanya lebih banyak usahasama
syarikat-syarikat tempatan dengan  syarikat-syarikat  asing,
maka    pembangunan   teknologi   industri   tempatan   akan
dipercepatkan.       Kerajaan   akan    terus    menyediakan
infrastruktur   asas   serta   suasana   yang  sesuai  untuk
pembangunan teknologi.
15.    Dengan  ini,  saya  dengan   sukacitanya   merasmikan
pembukaan  serentak  kilang  Sapura-Nokia Telecommunications
Sdn. Bhd. dan Sapura Electronics Industries Sdn. Bhd.
                           
 
 



 
Google