home
Speechs in the year
2003
2002
2001
2000
1999
1998
1997
1996
1995
1994
1993
1992
1991
1990
-->
Oleh/By		:	DATO' SERI DR. 
			MAHATHIR BIN MOHAMAD 
Tempat/Venue 	: 	KUALA LUMPUR 
Tarikh/Date 	: 	31/08/99 
Tajuk/Title  	: 	MAJLIS PERASMIAN MENARA 
			KEMBAR PETRONAS 

    
  
       Saya  ucapkan  terima kasih kepada  pihak  PETRONAS
  kerana  menjemput  saya  untuk membuka  dengan  rasminya
  Menara  Kembar  PETRONAS pada petang ini. Pembukaan  ini
  sudah tentunya bersejarah bagi Malaysia.
  
  2.    Sesungguhnya  hari ini adalah amat  istimewa  bagi
  rakyat  Malaysia  kerana  kita menyambut  dua  peristiwa
  yang   bersejarah  dan  penting.  Pertama,    hari   ini
  merupakan   hari  ulangtahun menyambut kemerdekaan  kita
  yang  ke-42, dan yang kedua kita akan saksikan  sebentar
  lagi  pembukaan  rasmi Menara Kembar PETRONAS,  bangunan
  tertinggi di dunia.
  
   3.    Malaysia  bukan  sebuah  negara  pengeluar  minyak
  petroleum   yang   besar  tetapi  kita   telah   berjaya
  menubuhkan  Syarikat  Petroleum Nasional  atau  PETRONAS
  yang  sudah diiktiraf sebagai satu daripada 500 syarikat
  terbesar   di   dunia.   Adakalanya   PETRONAS   menjadi
  syarikat  yang  teruntung sekali di dunia.   Negara  dan
  rakyat berhak berbangga dengan kecapaian PETRONAS,  satu
  lagi contoh kebolehan Malaysia.
  
  4.    Negara dan rakyat mendapat banyak faedah  daripada
  kejayaan  PETRONAS.  Sumbangan PETRONAS kepada  kewangan
  Kerajaan  adalah besar, tetapi yang lebih penting  ialah
  PETRONAS memberi peluang pekerjaan kepada beribu  rakyat
  Malaysia  dan  membantu  meningkatkan  kecekapan  rakyat
  Malaysia   dalam  bidang  pengurusan  dan   kejuruteraan
  tinggi.  Hari  ini  PETRONAS aktif di merata  tempat  di
  dunia,  aktiviti  yang  bukan sahaja  menyumbang  kepada
  pendapatannya  tetapi juga akan menjamin bekalan  minyak
  bagi  negara  kita  apabila sumber  dalam  negeri  sudah
   berkurangan.
  
  5.    Menara  Kembar PETRONAS ini mencerminkan  kejayaan
  PETRONAS  dan  juga  melambangkan  kejayaan  pembangunan
  Malaysia   sendiri.   Menara  Kembar  PETRONAS   menjadi
  simbol fizikal kebolehan kita mentadbir negara kita  dan
  mengurus  kewangan  negara.  Ia dan  projek-projek  lain
  yang  dipanggil mega oleh pihak tertentu  tidak  sedikit
  pun  menjejaskan  kedudukan kewangan  kita.   Sebab  itu
  apabila  negara  diserang oleh  penyangak  matawang  dan
  pihak-pihak   lain,  apabila  duit  kita  disamun   oleh
  mereka,  kita  tidak  terpaksa menggadaikan  kemerdekaan
  kita  untuk  mendapat pinjaman bagi  memulihkan  ekonomi
  negara   kita.    Sebaliknya  kita   dapat   menggunakan
  kekuatan  kewangan  kita  dan kestabilan  negara  semasa
  kegawatan untuk memulihkan sendiri ekonomi negara  kita.
  Tidak mungkin kita melawan arus, kecaman dan tekanan  ke
  atas  kita  oleh  hampir seluruh  dunia  jika  kedudukan
  kewangan  kita  lemah  kerana  kononnya  membazir   wang
   dengan melaksanakan projek mega.
  
  6.    Kita  harus  lebih  yakin kepada  kebolehan  kita.
  Menara   Kembar  PETRONAS  membuktikan  kemampuan   kita
  menubuh  dan  mengurus syarikat gergasi  dengan  jayanya
  supaya  sumber minyak yang sedikit yang ada kepada  kita
  dapat  dijadikan  punca kekayaan dan pembangunan  negara
  kita.  Negara-negara yang mengeluar berkali ganda  lebih
  banyak  minyak  daripada  kita tidak  terlepas  daripada
  tekanan-tekanan  yang  disebabkan  oleh  naik   turunnya
  harga  minyak  di  pasaran dunia.  Kita  juga  mengalami
  kepincangan   dalam  harga  minyak   tetapi   ia   tidak
  menjejaskan   pembangunan  negara  kita,  bahkan   tidak
  menghalang kita, walaupun harga minyak semasa  kegawatan
  ekonomi    telah    turun   dengan   serendah-rendahnya.
  Strategi  kita  mempelbagaikan ekonomi  kita  melindungi
  kita  daripada  pendapatan  yang  menurun  teruk  akibat
  kejatuhan harga minyak.
  
  7.    Kawasan  Kuala Lumpur City Centre atau  KLCC  yang
   dahulunya  padang lumba kuda sekarang berada di  tengah-
  tengah  Bandaraya Kuala Lumpur.  Nilainya  tidak  kurang
  daripada  RM1000  sekaki persegi.  Biasanya  tuan  punya
  tanah   yang   bernilai   begitu   tinggi   akan    cuba
  membangunkan  keseluruhan tanah  dengan  padat.   Tetapi
  PETRONAS  memperuntukkan  50 peratus  daripada  tanahnya
  yang  mahal nilainya ini untuk taman rekreasi bagi warga
  kota  dan  rakyat  Malaysia.  Setiap hari  puluhan  ribu
  orang   datang  dan  menggunakan  dengan   senang   hati
  kemudahan  riadah  yang disediakan dengan  belanja  yang
  amat  besar  oleh  PETRONAS. Taman ini adalah  sumbangan
  PETRONAS  secara  langsung  kepada  rakyat  negara  ini.
  Jika   dibangunkan  bangunan  yang  rendah  sudah  tentu
  seluruh  tanah  akan  digunakan  untuk  bangunan  supaya
  pulangan  yang  setimpal didapati  daripada  tanah  yang
  mahal  harganya  ini.  Dengan membangunkan  menara  yang
  tinggi,  ruang pejabat menjadi cukup luas untuk mendapat
  pulangan  daripada  harga  tanah  yang  mahal.   Lagipun
   bangunan yang berprestij ini dapat menarik penyewa  yang
  berkualiti  dan  berkemampuan  untuk  sewaan  yang  agak
  tinggi.
  
  8.    Menara PETRONAS adalah bangunan yang amat  canggih
  dan  pembinaannya  memerlukan  kepakaran  yang  terkini.
  Walaupun kontraktor terdiri daripada orang asing  tetapi
  pengurusan   dan   integrasi   berpuluh   kontrak    dan
  spesifikasi  dibuat  oleh  rakyat  Malaysia.   Banyaklah
  pengalaman  yang  telah diperolehi oleh rakyat  tempatan
  daripada   pengurusan  pembinaan  menara   kembar   yang
  kompleks  dan  canggih ini. Pengalaman  ini  tetap  akan
  menambahkan pengetahuan dan kepakaran kita.
  
  9.    The PETRONAS Twin Towers will be officially opened
  today.   But we all know that it has already  been  used
  more  than a year.  In that time it has become the focus
  of  everyone's  attention,  whether  local  or  foreign.
  Indeed  it would not be possible to miss it if  you  are
  anywhere near Kuala Lumpur.
  
  10.    For  Malaysia  the  twin  towers  symbolise   the
   progress  of this nation of 22 million people.   We  are
  not  a  big country nor a very rich one.  But  we  build
  what  we can afford.  And we can afford the Twin  Towers
  as   we   can   afford  the  State-of-the-art   Airport,
  Putrajaya,  Cyberjaya and the rest.   As  you  know  all
  these  so-called  mega  projects  have  not  weaken   us
  financially that we have to beg for money.   We  resolve
  our  financial problem on the basis of our own financial
  strength.
  
  11.   A  country needs something to look up  to  and  we
  certainly have to look up to see the towers.   When  one
  is  short  one  should stand on a box to  get  a  better
  view.  The twin towers is to our ego what the box is  to
  the  shortie.  We need something to express our towering
  ambition  -- an ambition to become a developed  country.
  Some  may  disagree.  Some Malaysians too will disagree.
  But perceptions differ as between different people.   We
  do  as  we  think fit.  And the majority  of  us  favour
   these  projects as they do not prevent us from  bringing
  down poverty from 50 percent to seven percent.
  
  12.   When Malaysia became independent in 1957  the  per
  capita  income was 300 US Dollars.  Today, but  for  the
  devaluation,  the  per capita should be  about  5000  US
  Dollars.   Over  a period of 42 years we have  grown  by
  1700 percent.  That we think is quite an achievement.
  
  13.   Since the very beginning Malaysia had managed  the
  economy  quite  well.   There  were  ups  and  downs  of
  course,  but nothing that the country could not  handle.
  The  latest downturn was the result of the Ringgit being
  devalued   through   currency  trading.    The   country
  suddenly  became very poor and had to give up  a  number
  of   cherished  but  essential  projects.   During   the
  turmoil  we  would not have decided to  build  the  Twin
  Towers.   It  was  not as high in terms of  priority  as
  truly  infrastructure projects such as the Bakun Dam  or
  the  new  airport. Besides in devalued Ringgit terms  it
   would  have  cost  at least twice  as  much.   We  would
  allocate    the   money   for   hard-pressed   Malaysian
  businesses.
  
  14.   But  the Twin Towers were built before the Ringgit
  was  devalued.   In  terms of the  present  Ringgit  the
  price paid for the Towers would be very low indeed.   We
  have  not lost anything by building the towers.   Indeed
  we  can  say  we  got the towers at half  the  price  in
  present Ringgit terms.
  
  15.   Now  the  economy is recovering.  We will  rebuild
  our   wealth,   God  Willing.   We  will  continue   our
  interrupted   progress  towards  becoming  a   developed
  nation.   In  time  the controversy  and  snide  remarks
  about  the  PETRONAS Twin Towers will cease  and  people
  will  only  think of the Towers as the  symbol  of  this
  country's progress in an unfriendly world.
  
  16.   Sempena  pembukaan rasmi ini saya ingin  mengambil
  kesempatan  untuk mengucapkan terima kasih,  syabas  dan
  tahniah  kepada PETRONAS dan semua pihak,  kebanyakannya
   berada  di majlis ini, kerana telah sama-sama menjayakan
  pembinaan   Menara   Kembar   PETRONAS   ini.     Negara
  menghargai  sumbangan  mereka daripada   segi  keringat,
  dedikasi  dan  pengorbanan bagi menjayakan  projek  ini.
  Hari  ini  adalah  hari kejayaan dan  kecapaian  mereka.
  Kita  berada  di sini bukan setakat merayakan  pembukaan
  Menara   Berkembar.  Lebih  daripada  itu,  majlis   ini
  menandakan   permulaan   usaha  futuristik   atau   'the
  beginning of a futuristic endeavour' bagi Malaysia  yang
  mana  Menara  Berkembar  ini  adalah  simbolnya.   Hanya
  sejarah  sahaja  akan  menjadi saksi  kepada  ujian  dan
  kejayaan usaha-usaha ini.
  
  17.   Dengan ini, saya dengan lafaz Bismillahir rahmanir
  rahim,   dengan  sukacitanya  merasmikan  Menara  Kembar
  PETRONAS ini.
  
 
 



 
Google